Total Pageviews

Tuesday, October 25, 2011

...Gaddafi & Libya...Siapa Selepas ini??



...Hina besi kerana karat..Hina manusia kerana kuasa dan juga harta...Ada yang kata tanpa harta apalah daya...Maka atas alasan itu berdondon manusia terus terusan mengejar apa saja selagi terdaya...Waima tahu semua itu belum tentu membawa bahagia malah boleh menjurus kepada derita...Baik kepada orang lain mau pun diri sendiri...

...Ramai yang berkuasa mulanya dapat kita lihat berakhir hidup mereka dalam tragis..Abraham Lincoln,Mahatma Gandhi,Indira Gandhi,Adolf Hitler,John F Kennedy,Al Malek Faisal,Zia Ul Haq,Saddam Hussien,Anwar Saddat,Ali Bhutto,Benazir Bhutto,Osama Ben Laden dan ramai lagi.. Mereka mampu melakar kejayaan dan meraih kuasa..Namun manusia tidak mampu melawan takdir...Ya kini giliran Muammar Gaddafi pula...

...Tidak mahu menyentuh tentang apa yang telah atau pernah mereka lakukan (kerana semua kita mempunyai sisi hitamnya masing2..dan mana munkin tiada langsung baiknya mereka ini)tetapi sebagai manusia aku cukup sedih sekali melihatkan keadaan mereka ini menemui akhirnya hidup masing masing....Maksudnya disini aku menyentuh dari sudut kemanusiaan itu sendiri...Masih ingatkah lagi dengan video Saddam Hussin digantung? Atau footage Presiden Anwar Saddat ditembak ketika memberi tabik hormat kepada tentera yang lalu di hadapan beliau semasa perayaan Kemerdekaan...Kejam ya memang kejam...Mengikut undang undang antarabangsa tawanan perang yang menyerah tidak boleh dibunuh...Tapi nasib tidak menyebelahi Gaddafi...beliau telah disiksa fizikal dan mental sebelum akhirnya dibunuh oleh raayat beliau sendiri...Jika pun bersalah mengapa mesti diaibkan mereka sebegitu sekali dengan memaparkan segala kejadian...tidak cukupkah dengan hanya menyiarkan gambar mayat mereka sahaja sebagai bukti kepada dunia...Lebih malang lagi mayat Gadaffi serta anak lelakinya dipertontonkan kepada umum umpama ikan di pasar...Sungguh sedih ia dilakukan oleh mereka yang sebangsa dan seagama (walau bukan semua Arab itu Islam) dan semestinya tahu akan hukum hakam..Kemana perginya pihak yang menjaga hal ehwal agama ketika ini? Langsung terkunci mulut untuk bersuara?

...Dalam pada itu saorang demi saorang kita lihat pemimpin dunia memberikan reaksi menyokong pihak Nato dan AmeriKeparat yang kononnya telah memainkan peranannya untuk demokrasi di negara itu...Begitu juga pihak media yang rata ratanya milik Yahudi tanpa henti menyiarkan dan menjadikan berita ini lebih sensasi...Namun mereka lupa atau sengaja terus menutup mata dengan apa yang berlaku terhadap raakyat Palestin yang sekian lama merempat ditanah air sendiri....Jelas akan double standard yang diamalkan oleh mereka selama ini...Persoalannya selepas ini negara mana dan siapa pula yang bakal menjadi mangsa permainan Polis Dunia ini nanti...

...Maka kini kita melihat sebuah lagi negara Islam ditumbangkan oleh kuasa Barat/Yahudi yang bersatu di bawah satu payung untuk menaja sebuah lagi kerajaan boneka...Sedangkan negara negara Islam yang berjiran hanya mendiamkan diri...Dari apa yang berlaku impaknya akan turut dirasa oleh negara Islam yang lainnya...Tahniah kepada raakyat Libya yang mahukan demokrasi acuan kafir ini...kerana dengan itu juga kamu telah menggadaikan segalanya termasuk harga diri untuk dinilai oleh generasi sesudah kamu nanti...

..Semua ini boleh dijadikan iktibar kepada kita rakyat yang mahukan keamanan dan ketenangan di negara sendiri apa lagi kita sebangsa dan seagama agar tidak menjadikan ideologi politik sebagai satu jurang perbezaan...Kerana di negara ini politik juga lah yang aku nampak merupakan percaturannya....Enuf ez enuf...Marilah bersatu tanpa perasaan iri di hati..diharap kemakmuran yang dinikmati kini akan terusan kekal dari generasi ke generasi...Moga kita tidak akan dijadikan bahan cacian oleh cucu cicit sendiri...Aminn..

P/s: - Jangan sampai...Menang sorak kampung tergadai...

3 comments:

berteromber said...

nice artikel bro...dengo kabonya kat Libya tu rakyatnya hidup senang lenang...

nampak sangat adanya campurtangan asing dalam hal2 cenggini...nampaknya tinggal Iran jer la satu2nya negara Islam yang bersuara lantang...

WanBeruas said...

..negara yang kaya dengan minyak..musuh keliling hanya menunggu peluang untuk menjengah..

Faith Craft said...

Sedih juga bila mendengar kuliah Maulana Asri (darul Kautsar) menceritakan scheme yang digunakan musuh Islam terhadap Gadafi, dan lain-lain yang mengekalkan pentadbiran Islam (sunnah sebenar, bkn mcm Malaysia) sama sahaja dan berjaya. Idi Amin (Uganda) kena sbijik macam Gadafi... Menurut Maulana Asri, Idi Amin seorang yang sangat baik tetapi telah difitnah USA dan digulingkan rakyatnya sendiri...