Total Pageviews

Tuesday, February 15, 2011

..Still Got The Blues...

...Celebrated rock guitarist and former Thin Lizzy star Gary Moore was found dead in a Spanish hotel room on Sunday...Aku terbaca masa buka Yahoo aritu...Ishh cam tak percaya plak..aku buka website rasmi...Sah! Gary Moore telah mati..

...Gary Moore,gitaris berdarah Irish ini bermula dengan bermain bagi kumpulan Skid Row sebelum menggantikan Eric Bell dalam Thin Lizzy...Nama beliau turut sama naik bersama sama kumpulan itu dan juga bassis/vocalist mereka Phil Lynott..1986 RIP..

...Masa tinggal di Sg Senam masa bujang dulu aku selalu terdengar akan lagu dari album 'Victim Of The Future'..dari umah jiran sebelah ...dan lagu yang amat menarik minat aku masa tu 'Murder In The Skies'..kerana intro solonya yang membakar semangat..hahaha..Juga lagu ballard 'Empty Rooms' yang mempunyai mood kemelayuan dalam solonya yang panjang tu...Zaman ni pun masa tu sume nak jadi gitar hero..Sume nak jadi macam Rhandy Rhoads (RIP),Eddie Van Halen,Jake E Lee,Yngwie J Malmsteen...yang solo 150km.sejam..Hahaha zaman orang yang tak minat rock pun mengaku suka rock,yang cuma tau rock itu batu pun pun nak ikut dressing style Mat Rock...sebab taknak orang kata..Tak rock le braderr!!



...Memang mulanya tak tau siapa pemuzik atau bandnya..Satu hari aku minta dengan jiran aku tu untuk pinjam keset lagu berkenaan..aduhhh tapi sayang keset je yang diberi tanpa cover dan keset nya plak tu pirate cap tapak kaki...so tak de apa le yang tertulis atasnya...nak tanya terasa malu plak..Humm bodoh sombong plak tuu..Aku amati suara ada iras2 Ozzy Osbourne..terutama dalam lagu 'Law Of The Jungle'...tapi gaya muzik jauh sekali nak sama...

...Aku tak ada banyak koleksi dari album2 dia ni..sebab ekonomani yang tak mengizinkan masa tuh..hehehehe...Jadi yang aku ada pun hanyalah Victim Of The Future,Run For Cover,Wild Frontier,After The War,Still Got The Blues dan After Hours.









...Banyak menjemput artis terkenal lainnya dalam album studio beliau..Ozzy Osbourne dalam 'After The War' dengan membawakan lagu 'Led Clones'...macam yang aku katakan dalam lagu ini dapat kita dengar akan persamaan tone suara mereka berdua bila berduet...Album ini turut menampilkan satu lagu instrumental cover dari Roy Buchanan...'The Messiah Will Come Again'..Huhh tajuk pun gempakk...Muzik dan skill usah cakap le...Hebat! Menyengat! Bagi mereka yang meminati solo killer dari guitarist rock,album Gary Moore perlu ada sebagai koleksi...Sebelum itu dalam album 'Run For Cover' ex-Deep Purple,Glen Hughes turut berkerjasama dengan bermain bass dan menyanyi beberapa buah lagu antaranya 'All Messed Up','Reach For The Sky'.Manakala Phil Lynott pula menyanyikan lagu 'Militarry Man'...Lagu lama diberi sentuhan baru 'Empty Rooms' jugak dimuatkan dalam album ini...Aku lambat masuk dengan lagu ini sebab part solo dah dipendekan dan feel dari original version lagi best...Mana mana Mat Rock yang tak tau akan lagu ini sama je la macam yang kononnya rockers tapi tak pernah dengar 'Smoke On The Water'..baik pencen je laaa...hahhahaa..

...Dalam album 'Wild Frontier' bau Irish amat kuat terasa dengan memasukan bunyian2 dari BagPipe juga..dan cerita tentang negara kelahirannya Ireland...Patriotik jugak mamat nih!...Album ini ditujukan kepada Phil Lynott kerana sepatutnya lagu 'Wild Frontier' dinyanyikan oleh Lynott sendiri namun setelah kematian lebih dulu menjemput semasa kerja recording akibat‘over dose’ maka ianya terbantut...

...Zaman drum machine banyak mendominasikan persada muzik masa itu dek kerana tempias muzik 'new wave'...Maka album Hard Rock ini juga tidak terlepas dari menggunakannya...Aku tak setuju walaupun bunyi sedap,rasa tak real...Cuma yang bagusnye kalo guna pakai drum machine ni kerja agak mudah..tapi kalo silap teknik guna..hancuss..dengar saja album 'Darah Muda' dari SilKhannaz...(Hehe Jaei sendiri pun dah mengaku ekk)Satu lagu instrumental yang menarik dalam album ini 'The Loner' pernah dimainkan oleh Din Search ketika perform di Stadium Indera Mulia lama dulu...Fuhh memang terangkat...untuk lagu ini dalam album Gary menggunakan gitar Hamer manakala Din menggunakan Kramer..aku ingat sangat tu...

...Perubahan yang ketara pada structure muzik beliau pada 1990..Selepas album 'After The War'...meninggalkan AOR,Hard Rock & Heavy Metal kepada Blues – Rock..tak jauh sangat beza sebenarnya sebab akar dari pokok yang sama jugak..'Still Got The Blues' melonjakkan lagi nama beliau setelah lagu ini berjaya menduduki beberapa carta ketika itu...antaranya American Top 40..tapi secara peribadi aku tak berapa suka lagu ini...berbanding lagu2 lain dalam album ini...munkin sebab dah 'over rated' kot..hehehe..Aku lagi suka pada 'As The Years Goes Passing By'..yang solonya melayang layang gitu..lagu cover dari Albert King..Pengaruh 'blues negro'juga kuat didengar dalam album ini.Album ini menampilkan kerjasama dengan pemuzik lagenda serta handalan dunia seperti George Harrison,Albert Collins dan Albert King...Ada jugak aku dengar pengaruh dari Toru Oki Blues Band...

...'After Hours' adalah album terakhir yang aku ada dan beli...seperti jugak album blues dari beliau sebelum ini mood dan flownya hampir sama...blues Rock + Jazz Fusion...jadi tak payah le nak kerah tenaga lebih2 bila mendengarnya...suka layan sorang2 masa nak tidur dan dalam gelap...terasa lebih dia punya feel...Blues memang syok dilayan masa santai hehehee...Selepas 'After Hours' aku dah tak ikut dia...pasal apa?Entah aku pun tak leh nak jawab...Atau munkin gak sebab aku dah banyak beralih kepada mendengar 'Progresive Death Metal' masa nih...



..Artikel dari Kerrangg yang jenuh aku punggah dari majalah lama aku malam aritu...Ingat nak framekan gambar tu dari dulu sampai sekarang tak buat2..Berbaloi jugak aku simpan dari tahun 80an dulu..ngehh ngehh...



...Pergi dan datangnya pemuzik sama seperti manusia yang lainnya...Namun penganti pasti takkan sama...Gary Moore...RIP..They said Gary NoMore..But We Still Got The Blues...

..The Fallen Heroes..One by one..Rhandy Rhoads,Steve Clark,Chuck Schuldiner,Rory Gallagher,Roy Buchanan,Stevie Ray Vaughn..RIP..

P/s : pergi out skirt ke Selama Sabtu lalu aku layan lagu2 dari 'After The War' balik Ipoh lalu Pondok Tanjung dalam cuaca mendung dan lembab di kelilingi hutan menghijau aku on plak album 'Still Got The Blues'..perghhh shahduuuu...Apa lagi bila singgah di Pusat Ternak Kambing Boer Malaysia yang cantek..cam Texas..hahahaha...

4 comments:

Jepp said...

one of my fav guitarist too!! pendiam cam gw!! ngheeee

berteromber said...

aku suka zaman2 hard rock/heavy metal dia...memang best.

WanBeruas said...

..Pak Cik Moore ngan suku sakat rockers 80an memang best sangat!!!

deaf-angel said...

tu dia... sudah bukak cerita2 lama tengok Din bawak the Loner semua.
Respek kat ko.

Tu la, aku suka jugak ada lagu Gary Moore ni.