Total Pageviews

Wednesday, October 6, 2010

…Alhamdullilah Syawal....

..Sekejap dah penghujung bulan Syawal yang kita tempuh...ramai lagi yang masih merayakan sambil ada yang masih celum celam berpuasa sunat 6 sebelum ini lompat2 pun tak apa janji buat..ada yang kata puasa sebulan jadi raya pun sebulan le..



..masa berbuka kat Ipoh Hainan Chiken Rice..

..Banyak rumah terbuka yang dianjurkan dan aku rasa kat tempat aku tahun ni lagi banyak berbanding tahun2 sebelumnya..hinggkan ada kerja atau tugasan yang patut aku buat pun terpaksa postponed..dalam pada itu banyak juga yang tak dapat aku penuhi..cam contohnya umah sepupu aku di Puchong..dan arini di Banting..heh ate dah jauh sangat beb..tak upaya leee..hehee..



..pagi raya kat umah mak...kurma kambing tuuu..


..Sana sini orang jemput..sana sini orang berebut..haha apa lagi..menyerbu meja jamuan lee..tapi dalam beraya sakan kata orang tu..kita perlu beringat tentang tujuan sebenar diadakan majlis camtu..selain daripada meraikan kejayaan dalam menyempurnakan puasa pada Ramadhan lalu..ialah untuk mengiratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin..juga untuk merapatkan jurang yang munkin ada..dan tak ketinggalan juga untuk menyambungkan kembali hubungan yang telah putus…maaf memaafkan...0 – 0..dan sambil2 tu boleh le jugak ushar2 apa2 yang patut..hehe..(?)




...satu kemestian bagi mak..lepas solat raya mesti wat kenduri..


...apa yang dapat kita perhatikan..humm..yelah..betapa mewahnya kita yang tinggal di negara ini..betapa beruntungnya kita..berbanding dengan negara negara lain yang ada… Makan minum semua cukup...kalo setakat burger homemade tu ceruk mana pun dalam Malaysia ni kita leh jumpa..tapi kat England sana leh ke senang2 jumpa ketupat ngan lemang?



..bergambo tengahari raya..panehhh menehinn...

..begitu juga dengan pakaian walau hanya ala kadar..itu pun dah kira ok sangat lahh..kalo nak kira dengan mereka yang tinggal di negara2 miskin sana,yang usahkan nak tukar baju,dapat pakai baju pun dah kira nasib baik idak kalo berlenggeng je laa..





..dari satu sudut lagi kita bebas berbuat itu ini..kita bebas untuk berulang alik ke Masjid..kita bebas untuk beramal ibadat dengan teramat selesa tanpa rasa takut dihalang,ditembak curi atau apa saja..masih teringat lagi kejadian di mana jemaah yang sedang bersolat ditembak mati di Selatan Thailand satu masa dulu..di sini kita juga bebas memilih dan makan/minum apa saja yang halal…Cuma kurang bebas sikit bagi mereka yang berpenyakit je, bila mana kena jugak le berpantang..ha haa.. tapi kalo kau orang tak nak berpantang pun ada orang kesah?Hahh..lantak le nak membujur lalu melintah patah sekali pun..hehehe..









adik2 aku yang kuat menyakat..terima kasih sebab jemput aku untuk menyibuk dalam majlis kome...


..Semua ini ialah antara kelebihan yang terdapat dalam bulan Syawal bulan Islam di
Malaysia,yang aku percaya tidak terdapat dalam banyak lagi agama lain dalam dunia ini..syukur bagi aku kerana kita telah pun muslim sejak dilahirkan..juga syukur mereka yang bukan Islam asalnya namun telah diberikan hidayah oleh Allah untuk turut bersama2 kita yang lainnya..Syukur kerana semua ini..Alhamdulillah..

2 comments:

deaf_angel said...

alhamdulillah

great post beb, huhuhu best nampak makan2 kenduri tu hehe

WanBeruas said...

..makan2 sampai tak larat bangun dah..hehehe..:0)