Total Pageviews

Thursday, March 11, 2010

..Depression...



Kenyataan Dr Pakar Psikiatri Dr Mohamad Fadzil,20% - 30% penduduk Malaysia adalah murung - Berita harian 24hb.Mei 1997.

Presiden GPMS Datuk Suhaimi Ibrahim berkata 60% guru tertekan - Berita Harian 1hb.April 1999.

...Ok kali ini aku nak kongsi sikit sesuatu yang lain dari kebiasaan..tapi biasa atau common atau koman kata orang kampong aku..yang berlaku di luar sana...aku nak cakap pasal penyakit kemurungan atau dalam omputehnya..depression...

...Kemurungan ialah penyakit biasa.Setiap 5 dari 100 orang akan mengalami kemurungan yang ketara dan selebihnya 5 dari 100 orang pula akan mengalami sakit kemurungan yang tidak begitu ketara dalam hidup mereka.Ini bereti 10% daripada populasi pernah dan akan mengalaminya.Kemurungan juga berkait rapat dengan beberapa lagi masaalah seperti anxiety,nervous,panic..maknanya jika kita mengalami salah satu dari apa yang dinyatakan tadi kita juga tidak mustahil akan turut menghadapi yang lainnya juga.Kerana ianya berada dalam satu circle...



..Kemurungan terdiri daripada banyak simtom fizikal dan psikologi yang menjadi petunjuk rawatan diperlukan :-
• hilang minat dan hidup tidak menentu/kekosongan
• tidak bersemangat dan motivasi,membuat sesuatu perkara atau mengambil keputusan menjadi amat sukar
• pening,sakit sakit dan rasa letih yang tidak dapat dijelaskan dan tanpa sebab
• Degupan jantung yang kencang serta sesak nafas (seperti serangan jantung)
• marah,mudah berang,terlalu sensitive,berasa tidak aman atau tenteram
• berat badan dan selera bertambah/berkurang
• terlebih tidur atau susah nak tidur
• hilang perasaan kasih sayang,tidak berkeinginan
• hilang keyakinan diri,mengelak untuk berjumpa dengan orang
• rasa tidak berguna,rasa bersalah yang melampau,sedih tanpa sebab,rasa tiada harapan atau putus asa.
• Rasa amat teruk pada sesuatau ketika tertentu khususnya di waktu pagi atau senja.



...Ini adalah tanda tanda biasa dan adalah petunjuk yang anda memerlukan bantuan dan rawatan sepatutnya.Ubatan tidak akan menghilangkan masaalah hidup cuma ia akan membuat pesakit rasa lebih positif dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan keperitan dalam hidupnya...

Apa yang menyebabkan sakit kemurungan?

..Sesiapa saja korang atau aku boleh mengidapi penyakit kemurungan tanpa sebarang sebab seumpama mengidap penyakit penyakit lain.Tetapi ada kalanya disebabkan oleh sebab sebab yang nyata.Contohnya ia munkin reaksi terhadap penyakit fizikal,penyakit atau kematian saudara mara,tekanan hidup,beban kerja,hilang pekerjaan,masaalah perhubungan,masaalah kewangan mau pun masaalah keluarga.Perkara yang perlu dihadapi oleh semua orang,tetapi apabila sesaoarang mengalami penyakit kemurungan,reaksi mereka terhadap semua perkara ini menjadi terlampau tertekan dan terlebih dari sepatutnya...

..Apabila berlaku kemurungan/stress,terdapat perubahan dalam fungsi otak.Akibatnya ialah berlaku kekurangan sejenis cecair kimia di dalam otak atau neurotransmitter yang dipanggil hormone serotonin (hormone penenang) dan diatasi pula oleh hormone cortisol (hormone murung).Kekurangan hormone serotonin inilah yang disyaki menjadi punca penyakit kemurungan.Sesetengah orang hanya mengalami satu atau dua episode kemurungan dlm hidup mereka.Tetapi adalah amat malang sekali bagi mereka yang mengalami 3 kali atau lebih episode kemurungan kerana kemunkinan besar mereka akan terus mengalaminya di masa akan datang...



...Mereka yang telah menghidapi penyakit kemurungan akan tahu betapa seriusnya episode kemurungan ini terhadap diri peribadi,kerja dan perhubungan .Malangnya pandangan masyarakat yang sering memandang serong akan pesakit ini menyebabkan mereka malu untuk berjumpa dengan doctor mahupun mengaku terhadap masaalah ini,ini antara sebab mengapa pesakit kemurungan di negara kita semakin bertambah tahun demi tahun selain dari di sebabkan masaalah peribadi dan juga kehidupan yang semakin konkrit.Justeru itu sokongan dari ubatan dan orang sekeliling dari segi moral amat amat memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan pesakit kemurungan ini.Mereka jangan diketepi atau diasingkan dari kita dan kehidupan. Bagi pesakit yang tidak tegar persekitaran dan penerimaan positif dari masyarakat cukup untuk membantu dalam proses penyembuhan.Namun begitu peranan pakar psycatrist tak boleh dinafikan kerana penyakit ini boleh berulang bagi sesetengah individu,justeru mendapatkan rawatan yang betul dari mereka (doktor ) adalah perlu untuk mereka menentukan apakah jenis ubatan yang sesuai untuk diberikan.Selain dari kaunseling daripada doktor pelbagai lagi kaedah untuk menangani kemurungan akan diajar antaranya dengan berlatih teknik ‘deep breathing’...Meditasi,tai chi juga adalah baik...mendengar muzik juga adalah disarankan selain dari ambil sedikit masa untuk menyendiri dan banyakkan bertenang...

Makanan yang patut dielak oleh pengidap kemurungan

1) Minuman bercaffiene kopi,teh,Milo,Coke
2) Makanan tinggi lemak
3) Makanan tinggi gula.

Aktiviti yang boleh membantu untuk mendapatkan mood yang baik
1) Brisk walk
2) Berbual/Ketawa
3) Mendengar muzik
4) Membaca
5) Sembahyang tengah malam.
6) Rajin rajin le ke surau/masjid sambil menikmati suasananya (mendengar ceramah dll.)
7) Berzikir
8) Berdoa dan lain lain lagi bergantung kepada kegemaran individu itu sendiri.

Kumpulan Ubatan yang membantu proses penyembuhan
1) Prozac
2) Xanax
3) Dothiepin
4) Luvox
5) Prothaiden


Kesan sampingan dari ubatan yang diambil
1) Pada sesetengah individu symptom2 akan menjadi lebih teruk sebelum beransur2 kurang
2) Menggeletar
3) Kesukaran bercakap (terketar2)
4) Nervous
5) Terasa pening atau seperti mau pitam
6) Tekak/mulut berasa kering
7) Mata berpinar pinar dan lainlain lagi yang selalunya berlainan dari satu individu kepada individu yang lain.



...Bergantung juga kepada individu itu sendiri mana mana kumpulan ubat dan dos yang sesuai untuk diambil.Berbanding dengan terapi,makanan dan senaman,ubatan hanya boleh diambil dan di bawah pengawasan serta arahan doktor yang bertauliah sahaja,jangan kita nak memandai mandai “self medication “konon...Haaa apa apa hal aku tak nak bertanggungjawab...adios...

15 comments:

deaf-angel said...

thanks for sharing my fren

skarang aku ada taktik baru untuk kawal emosi/perasaan/stress/kerisauan aku dalam kehidupan hari2.
aku baca kat mana ntah, so aku try prektis

bila aku jumpa atau interact ngan unreasonable characters.. aku

1. sabar
2. sabar giler, kalo masih tak boleh jugak
3. ingatkan mati..

WanBeruas said...

..anyway kita juga mampu produce anti stress secara biology di dalam tubuh badan sendiri..salah satu caranya macam lu cakap tadi.. sabar..ia jugak salah satu dari cabang iman..

Ebiko Shishamo said...

Yes frequently i feel that situation when i m under depression.. huhuhuhuhuhuhuhuhhuhuh...

maniaxman said...

thanks.....i'm on luvox 100mgm now...it's well function...

Eyla Gurlz said...

As'salam...
Sy penghidap PANIC DISORDER....
Dah 10bulan sy alami sakit ni..
Smpai sy tak tahu ape da jadi dengan sy..
Selama 10bulan sy rasa diri tak berguna lagi...
Tak ada harapan untuk hidup lagi.. Seolah2 ALLAH S.W.T ingin mengambil nyawa sya... Serta menghukum saya d atas dosa2 saya selama ini....
Di awal dulu sy sering berdebar2,
sukar bernafas dan sentiasa ketakutan...
Tapi sekarang perasaan berdebar2 dah tiada...
Cuma ketakutan yang teramat sangat.... Takut keseorangan, Kegelapan , Kelajuan , Ketinggian juga pada air laut...Dia semakin menjadi2 dgn perasaan cemas yg teramat sangat , Rasa nak mati , Bingung dan akan termenung selama beberapa minit...
Berbagai teknic yang doctor ajar sy cuba lakukan, tp masih juga sy tak dapat mengawal nya... Hingga kan ubat yang di berikan sy takut nak makan,Sya takut bila sy makan, kemudian tidur dan tak sedar2 lagi (MATI)....Sya sudah berumh tangga dan mempunyai anak, Tanggungjawab sy pd mereka terganggu akibat sakit ni... Sy terfikir ini bukan penyakit tetapi balasan dari ALLAH S.W.T pada sy... Apa yang ingin saya tnya kat sini... Apa yang bole sy lakukan lagi untuk kembali normal macam dulu....???

Unknown said...

Aq pun pernah mengalami tekanan or kemurungan yg bertahun2x sampai aq rasa hidup nie dh tkda makna bgi ku...
Kdg aq rasa menyusakan family and org lain.....terseksa rasanya..
Sapa rasa dia boley tolong aq berikn aq motivasi dlm hidup aq nie email kt ayippy.cool77@gmail.com ok....nasihat and pandangan korang aq hargai :))

Dr Akbar Abdullah said...


Artikel yang menarik mengenai masalah kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik seperti mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya. Ubat psikiatrik hanya diberi sekiranya masalah pesakit telah menjadi serius seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.

aimler said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ada join group anxiety disorder kat fb tak?

Unknown said...

i have a panic attack disoder which is i feel fear of death... so skrg sye tgh makan ubat and its slowly getting better...

Azrul said...

Ubat apa

Unknown said...

Ade tak sesiapa makan ubat batuk promethazine bertahun2?

Unknown said...

Ada sesiapa yg tahu tentang sakit motion sickness tak? Sakit aku ni bile aku drive kete atau lori bwk slow dlm 80kmj tapi view dr mata aku aku terasa mcm laju sgt.80kmj jadi 260kmj.ia akan berlaku hanya bile jalan straight/hiway.ngeri panic jugak aku.sampai penah aku brek tgh2 hiway lane tengah sbb komfius sgt dgn mata aku. Jln corner2 view mata aku oke.aku rasa otak aku pon terbabit.asalnya aku murung amik ubat tanpa saranan doktor.aku beli aku handle sendiri.aku makan ubat batuk yg ade fungsi depresion iaitu promethazine.sedap bertahun aku mkn last2 aku dapat sakit motion ni.tolong la sape2 boleh tolong masalah aku ni.membaca,tgok handset pon mcm aku tgah naik lift. Uuuu btol bahaya la sakit ni.otak aku pon mcm kacau.tolong lah anybody suggestions utk aku.

Unknown said...

Ada

Unknown said...

Sila rujuk doc pakar