Total Pageviews

Friday, March 4, 2011

...Maher Zain...

...Seni itu pelbagai ada yang gitu2,ada yang skema,ada gak yang abstrak...anugerah dari Tuhan untuk umat manusianya..bagi yang tahu menilai,menghayati seterusnya akan menghargai...ini tak kira lah apa pun muzik,lukisan,penulisan atau apa saja..Bagi yang tak suka pula,tak perlu memandang serong apatah lagi mencaci...Justeru jika baik yang kita bawa..baik atau elok lah jadinya namun jika sebaliknya...Hummm tau2 lah sendiri..yang elok pun akan jadi tak elok...

...Kadang2 setakat bercakap atau berceramah saja pun orang tak suka maka diselitkan lah juga hiburan berupa nyanyian...Baru2 ini berlaku demam Mahir Zain yang melanda negara kita,walaupun auranya tak sekuat Raja SMS Mawi..tapi ianya tetap menarik perhatian perempuan mau pun lelaki..Opss...hahah..aku dulu pun tertanya2 apa yang istimewa mamat sorang ni...rupanya selain kekacakan beliau yang mencairkan mata yang memandang...beliau juga memiliki suara yang sesedap telinga yang mendengar..dengan lirik yang simple tapi mempunyai meseg yang dalam..juga melodi yang easy listening...smooth gitu..hingga mak aku pun rupanya jugak meminati beliau...Begitu kuat pengaruh muzik terhadap manusia sejagat..Perghhh....

...Biasa la bila dah handsome bergaya tentu ramai peminat dan pemujanya...Begitu jugak lah yang berlaku pada mamat ni..ramai sangat wanita yang cair hinggakan FB dan Twitter antaranya dijadikan medan untuk melepas 'geram cair' mereka2..adussss...Maka dek kerana taksub hingga ada yang terlalu cabul memuja beliau hingga suami sendiri pun jika terdengar akan merajuk hati..Dan jika mertua yang mendengarnya pun akan berkata...Ahh! Beginikah perilaku menantu aku!??

...Jadi hentikan lah perilaku 'zina mata dan zina perasaan' itu...Sekadar meminjam kata2 dari guru aku dulu...Lancang dan berat bunyinya ayat tadi...tapi berat lagi perilaku seperti yang aku paparkan pada perenggan di atas..aku bukan bercakap kosong atau suka2..aku bercakap secara jujur dan ikhlas...

...Tujuan dan matlamat menjemput beliau ke mari memang baik dan kita percaya selain dari atas tiket bisnes dan hiburan ianya bertujuan lebih dari itu..apa pun tentunya atas tujuan yang baik2 belaka...Dan aku juga percaya bagi artis mana mana pun yang jujur dan ikhlas dengan apa yang diperjuangkan mereka juga tidak mahu dipuja2 sebegitu rupa,malah takut jika dengan sebab itu akan menyebabkan mereka menjadi riak atau pun takbur atau kelangsungan dari itu juga peminat mereka pula yang jadi lebur!!...



P/s : Teringat kawan aku yang pernah bergaduh dengan isteri bilamana si isteri asyik memuji2 akan kekacakan Syed Muzaffar di depannya...Kalo para suami yang buat begitu harus ada yang kena cantas idak pun potong 12...huhuu..

Sunday, February 27, 2011

...Kos Guaman Pun Naik..Bior Betekk!!

...Kalo mengikut polisi perniagaan yang dipelopori oleh Yahudi..sebarang product jika melebihi permintaan maka harga akan jatuh..dan jika permintaan melebihi product harga pulak pasti melambung..Kita lihat saja masa musim perayaan harga ayam contohnya, akan naik secara mendadak..Ini disebabkan kerana permintaan yang tinggi manakala bekalan stock kurang kata pembekal..Alasan murahhh! Perkara ini boleh mereka jangkakan sebenarnya...Abih kalo dah tau kenapa tak bersedia dengan menambah bekalan sejak dari awal?!!

...Maka itu satu perkara....Jadi sekarang lain pulak halnya bila Presiden Majlis Peguam Ragunathan Kesavan mengumumkan kenaikan kos guaman sebanyak 300 dan 400 peratus...Alasan yang diberi oleh beliau adalah kerana peningkatan kes2 atau boleh diistilahkan di sini sebagai product.. Banyak kes bererti mashukkk...Jadi jika merujuk balik kepada perenggan yang ditulis di atas maka apa relevannya kos berkenaan naik??!!..

...Ini bermakna jika kes sivil yang dulunya hanya membabitkan kos Rm 2,000.00 sekarang telah meningkat kepada Rm10,000.00..Itu belum lagi kes di mahkamah tinggi...Walhal perkhidmatan dari mereka belum tentu menjanjikan yang terbaik...

...Katanya lagi sekarang kes tidak lagi boleh ditangguh sewenang2nya..Aiit yenadeii?!.. Tidak kah nanti dengan kos yang melambung naik dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan nanti akan melambatkan lagi kes? Yelah kalo dah takleh atau lambat kos yang dibayar tentu juga lah kes akan lambat disebut di mahkamah..Ini bukan munkin..tapi pasti..Ye laa kereta kalo dah tak diisi dengan minyak mana nak bergeraknya...Macam paku juga laa kalo tak diketuk camna nak tenggelam dalam kayu..Ehemm...Aku dah kena dah masa kes rumah aku dulu..(Tapi bukan sebab lambat bayar cuma sebab lapuran kerosakan yang aku buat pada kontraktor tak diendahkan..bagi tau pada lawyer yang semestinya telah dibayar tapi lawyer plak buat dek ajee..Rupanya depa ada kaw tim di belakang aku...Sana makan sini pun makan...Gergaji dua mata...Tak patut betoi...)

...Berbalik pada tajuk asal tadi..Ini sama jugaklah dengan kisah tepung yang naik seposen harganya bagi sekilo...Maka harga sekeping roti canai juga naik seposen...Memang tak patut...Humm letihhh oooo...Kalo dah sume harga barang naik...

...Inflasi naik 45% tapi pendapatan bagi raakyat naik berapa peratus? Atau masih jugak di takuk lama? Statistik mengatakan graf peningkatan berlaku keatas ekonomi negara bagi tahun ini...Tapi bukan semua dari kita yang merasa faedahnya...Peratusan rakyat yang ‘sakit’ dengan fenomena ini tetap tinggi..Dengan harga minyak yang melambung naik kepada lebih 100 dollar setong,ada kah peningkatan ekonomi itu tadi akan tetap berlaku?...

...Kata orang di atas sana jika harga barang naik..Apa susah kita boikot je..jangan beli dan jangan makan..Itu cakap orang yang dah tak boleh buat apa2..Tak menasabah betul laa..Nape tak kata...Moh kita bakor aje...kita bakor ajee...Dah tentunya sembang merapu..Huhuuu...



P/s: Tak tau berapa le pulak kos bagi kes yang aku forward pada member aku aritu..Dia kata bior semua settle dulu baru nak kira berapa...Jeng jeng jeng...Adusss itu yang suspen tuhh..

Sunday, February 20, 2011

...Sayangi yang muda,hormat yang tua...

..Dalam hidup ini semua dari kita saling perlu memerlukan..tak kira apa..tak kira siapa..Siang perlukan jugak adanya malam...apa ke hal kalau siang tak malam malam..atau malam tiada siangnya...Lelaki perlukan perempuan begitu juga sebaliknya..lumrah alam...tak boleh dinafi...Begitu juga dengan kasih dan sayang..semua memerlukannya..Tiadanya maka pincang rasa jiwa...

...Banyak yang boleh dilihat..sekeliling...Betapa mereka yang hidup dengan tiadanya perasaan kasih sayang atau perasaan belas sesama sendiri...Malang bagi mereka...Kerana kasih sayang juga merupakan anugerah nikmat dari yang Esa kepada hambaNya...Tanpa anugerah itu semua...resah gelisah jadinya...Cuba bertanya kepada mereka...Pengakuan belum pasti...

...Maka itu lah kelangsungan nya dari perasaan..dengki,khianat,dendam,hasad,adu dumba...Jiwa yang kosong...Yang rasanya tak akan berakhir selagi dunia ada penghuninya yang bergelar manusia...

..Kasih sayang seperti juga iman,perlu dipupuk..Yang tua sayangkan yang muda..bagi yang muda pula hormati yang tua..Kalau dipanjangkan umur..muda akan merasai juga hari tua...Tak akan ruginya jika kita berjasa...

Tuesday, February 15, 2011

..Still Got The Blues...

...Celebrated rock guitarist and former Thin Lizzy star Gary Moore was found dead in a Spanish hotel room on Sunday...Aku terbaca masa buka Yahoo aritu...Ishh cam tak percaya plak..aku buka website rasmi...Sah! Gary Moore telah mati..

...Gary Moore,gitaris berdarah Irish ini bermula dengan bermain bagi kumpulan Skid Row sebelum menggantikan Eric Bell dalam Thin Lizzy...Nama beliau turut sama naik bersama sama kumpulan itu dan juga bassis/vocalist mereka Phil Lynott..1986 RIP..

...Masa tinggal di Sg Senam masa bujang dulu aku selalu terdengar akan lagu dari album 'Victim Of The Future'..dari umah jiran sebelah ...dan lagu yang amat menarik minat aku masa tu 'Murder In The Skies'..kerana intro solonya yang membakar semangat..hahaha..Juga lagu ballard 'Empty Rooms' yang mempunyai mood kemelayuan dalam solonya yang panjang tu...Zaman ni pun masa tu sume nak jadi gitar hero..Sume nak jadi macam Rhandy Rhoads (RIP),Eddie Van Halen,Jake E Lee,Yngwie J Malmsteen...yang solo 150km.sejam..Hahaha zaman orang yang tak minat rock pun mengaku suka rock,yang cuma tau rock itu batu pun pun nak ikut dressing style Mat Rock...sebab taknak orang kata..Tak rock le braderr!!



...Memang mulanya tak tau siapa pemuzik atau bandnya..Satu hari aku minta dengan jiran aku tu untuk pinjam keset lagu berkenaan..aduhhh tapi sayang keset je yang diberi tanpa cover dan keset nya plak tu pirate cap tapak kaki...so tak de apa le yang tertulis atasnya...nak tanya terasa malu plak..Humm bodoh sombong plak tuu..Aku amati suara ada iras2 Ozzy Osbourne..terutama dalam lagu 'Law Of The Jungle'...tapi gaya muzik jauh sekali nak sama...

...Aku tak ada banyak koleksi dari album2 dia ni..sebab ekonomani yang tak mengizinkan masa tuh..hehehehe...Jadi yang aku ada pun hanyalah Victim Of The Future,Run For Cover,Wild Frontier,After The War,Still Got The Blues dan After Hours.









...Banyak menjemput artis terkenal lainnya dalam album studio beliau..Ozzy Osbourne dalam 'After The War' dengan membawakan lagu 'Led Clones'...macam yang aku katakan dalam lagu ini dapat kita dengar akan persamaan tone suara mereka berdua bila berduet...Album ini turut menampilkan satu lagu instrumental cover dari Roy Buchanan...'The Messiah Will Come Again'..Huhh tajuk pun gempakk...Muzik dan skill usah cakap le...Hebat! Menyengat! Bagi mereka yang meminati solo killer dari guitarist rock,album Gary Moore perlu ada sebagai koleksi...Sebelum itu dalam album 'Run For Cover' ex-Deep Purple,Glen Hughes turut berkerjasama dengan bermain bass dan menyanyi beberapa buah lagu antaranya 'All Messed Up','Reach For The Sky'.Manakala Phil Lynott pula menyanyikan lagu 'Militarry Man'...Lagu lama diberi sentuhan baru 'Empty Rooms' jugak dimuatkan dalam album ini...Aku lambat masuk dengan lagu ini sebab part solo dah dipendekan dan feel dari original version lagi best...Mana mana Mat Rock yang tak tau akan lagu ini sama je la macam yang kononnya rockers tapi tak pernah dengar 'Smoke On The Water'..baik pencen je laaa...hahhahaa..

...Dalam album 'Wild Frontier' bau Irish amat kuat terasa dengan memasukan bunyian2 dari BagPipe juga..dan cerita tentang negara kelahirannya Ireland...Patriotik jugak mamat nih!...Album ini ditujukan kepada Phil Lynott kerana sepatutnya lagu 'Wild Frontier' dinyanyikan oleh Lynott sendiri namun setelah kematian lebih dulu menjemput semasa kerja recording akibat‘over dose’ maka ianya terbantut...

...Zaman drum machine banyak mendominasikan persada muzik masa itu dek kerana tempias muzik 'new wave'...Maka album Hard Rock ini juga tidak terlepas dari menggunakannya...Aku tak setuju walaupun bunyi sedap,rasa tak real...Cuma yang bagusnye kalo guna pakai drum machine ni kerja agak mudah..tapi kalo silap teknik guna..hancuss..dengar saja album 'Darah Muda' dari SilKhannaz...(Hehe Jaei sendiri pun dah mengaku ekk)Satu lagu instrumental yang menarik dalam album ini 'The Loner' pernah dimainkan oleh Din Search ketika perform di Stadium Indera Mulia lama dulu...Fuhh memang terangkat...untuk lagu ini dalam album Gary menggunakan gitar Hamer manakala Din menggunakan Kramer..aku ingat sangat tu...

...Perubahan yang ketara pada structure muzik beliau pada 1990..Selepas album 'After The War'...meninggalkan AOR,Hard Rock & Heavy Metal kepada Blues – Rock..tak jauh sangat beza sebenarnya sebab akar dari pokok yang sama jugak..'Still Got The Blues' melonjakkan lagi nama beliau setelah lagu ini berjaya menduduki beberapa carta ketika itu...antaranya American Top 40..tapi secara peribadi aku tak berapa suka lagu ini...berbanding lagu2 lain dalam album ini...munkin sebab dah 'over rated' kot..hehehe..Aku lagi suka pada 'As The Years Goes Passing By'..yang solonya melayang layang gitu..lagu cover dari Albert King..Pengaruh 'blues negro'juga kuat didengar dalam album ini.Album ini menampilkan kerjasama dengan pemuzik lagenda serta handalan dunia seperti George Harrison,Albert Collins dan Albert King...Ada jugak aku dengar pengaruh dari Toru Oki Blues Band...

...'After Hours' adalah album terakhir yang aku ada dan beli...seperti jugak album blues dari beliau sebelum ini mood dan flownya hampir sama...blues Rock + Jazz Fusion...jadi tak payah le nak kerah tenaga lebih2 bila mendengarnya...suka layan sorang2 masa nak tidur dan dalam gelap...terasa lebih dia punya feel...Blues memang syok dilayan masa santai hehehee...Selepas 'After Hours' aku dah tak ikut dia...pasal apa?Entah aku pun tak leh nak jawab...Atau munkin gak sebab aku dah banyak beralih kepada mendengar 'Progresive Death Metal' masa nih...



..Artikel dari Kerrangg yang jenuh aku punggah dari majalah lama aku malam aritu...Ingat nak framekan gambar tu dari dulu sampai sekarang tak buat2..Berbaloi jugak aku simpan dari tahun 80an dulu..ngehh ngehh...



...Pergi dan datangnya pemuzik sama seperti manusia yang lainnya...Namun penganti pasti takkan sama...Gary Moore...RIP..They said Gary NoMore..But We Still Got The Blues...

..The Fallen Heroes..One by one..Rhandy Rhoads,Steve Clark,Chuck Schuldiner,Rory Gallagher,Roy Buchanan,Stevie Ray Vaughn..RIP..

P/s : pergi out skirt ke Selama Sabtu lalu aku layan lagu2 dari 'After The War' balik Ipoh lalu Pondok Tanjung dalam cuaca mendung dan lembab di kelilingi hutan menghijau aku on plak album 'Still Got The Blues'..perghhh shahduuuu...Apa lagi bila singgah di Pusat Ternak Kambing Boer Malaysia yang cantek..cam Texas..hahahaha...

Saturday, February 5, 2011

...David Coverdale Whitesnake..Ready And Willing...Forevermore...




...Mula kenal akan lagu dan beliau pada tahun 1977 rasanya tapi sebelum itu pun pada 1976 aku dah selalu sangat mendengar akan Soldier Of Fortune ketika bersama Deep Purple..Walaupun beliau telah lama bermulanya..David Coverdale,Hela nafas dan suaranya ketika menyanyi memang sungguh menarik...macam aku kata dulu lah kalo tanpa muzik iringan pun dah cukup lunak...


...Sebenarnya aku bermula dengan mendengar Whitesnake dari album Live..In The Heart Of The City..rakaman di Hammersmith,London..semasa tinggal bersama member2 di Menglembu dulu..album yang dikeluarkan pada 1980..time nih memang payah sangat nak dapat info apa lagi album...Selepas tertarik dengan album ini lah aku mula mencari album2 sebelumnya...Kalo di Ipoh Melody Muziklah lubuknya kalo nak cari stuff sebegini..Sememangnya lambat..tapi lebih baik dari tak dapat...hahaa..


...Second solo album Northwinds selepas David Coverdale Whitesnake memang raw dan pure,lari sangat dari muzik asal bekas band terdahulu Deep Purple..untuk album ini sound lebih pada blues pop dan sedikit pengaruh jazz aku kira..Time And Again,Only My Soul,Say You Love Me antaranya,dalam album ini betul2 menguji kemampuan Coverdale sebagai penyanyi yang versatile..huh ayat klise..tapi itu lah yang mampu aku katakan..Sound yang friendly,clean,easy listening dan masih segar sehingga ke era muzik sekarang..namun aku percaya payah nak masuk ke telinga pendengar2 mainstream especialy pendengar tempatan di sini..Biasa laa..



Mickey Moody,Jon Lord,Cozy Powell,David Coverdale,Bernie Marsden,Colin Hodgkinson


...Secara peribadi aku tak minat dengan sound band ini ketika mereka bermula dan menggunakan khidmat guitarist Mickey Moody dan Bernie Marsden kerana sound gitarnya yang bluesy cair dan agak murah bunyinye bila part solo..hehe telinga dan selera aku tak masuk sound begini beb...walaupun aku minat dengan Blues...Ketika itu band ini lebih kepada sound blues rock..bersama dengan pemuzik lainnya Neil Murray di posisi bass serta dua bekas ahli Deep Purple,Ian Paice (Drums) dan Jon Lord (keyboard)namun begitu lagu2 seperti Walking In The Shadow Of The Blues,Ain’t No Love In The Heart Of The City,Ready N Willing,She’s A Woman,Crying In The Rain,Blind Man,Here I Go Again,Young Blood dan banyak lagi...tetap menarik minat aku dari segi susunan muzik,vocal dan liriknya..walau ada bau2 cintan..tapi perlu faham lagu2 mereka kebanyakan mempunyai double meaning..penuh dengan kiasan,jadi perlu faham jugak maksudnya di situ...



...Itu lah David Coverdale..Walau hanya 3 album studio (Burn,Stormbringer dan Come Taste The Band) dan beberapa album live antaranya Live In London,Live In Japan,Last Concert In Japan dan Made In Europe ketika bersama Deep Purple..tetapi album Stormbringer bagi aku adalah merupakan album klassik...Benar benar memikat aku..in fact album ini juga menampilkan muzik mereka yang menerapkan eliment funky dengan dua penyanyi iaitu Glen Hughes bassis yang berduet dalam lagu Hold On,Love Don’t Mean A Thing,You Can’t Do It Right dan lain2...







...Ok jom balik pada topik asal...Slide It In..tahun 1984,Whitesnake meneruskan misi mereka...memberi ruang kemasukan drummer baru tapi otai Cozy Powell,telah menukar sedikit muzik mereka yang mana sound drum yang sememangnya menjadi trade mark Powell begitu menonjol dalam album...Ini tidak digemari oleh Coverdale dan kebanyakan peminat hingga jualan album Slide It In kurang mendapat sambutan...Hehh, dah tak boleh jual baru kata tak suka...Begitupun aku yang sememangnya minat dengan sound dan drum attack dari Powell yang sebelum ini pernah bermain untuk Rainbow dalam album Rising benar2 suka akan album ini yang mempunyai banyak lagu yang laju serta elimen Hard Rock yang kental...Bertolak dari itu akhirnya Cozy Powell ‘ditendang’dari Whitesnake yang kemudiannya bermain untuk Black Sabbath...Agak lambat menembusi namun sebenarnya album ini jugalah yang membuka ruang bagi mereka untuk meneroka pasaran US setelah berhempas pulas sebelumnya..nyata album Slide It In mampu membuatkan mereka untuk pergi lebih jauh...



Tommy Aldrige,Rudy Sarzo,Vivian Campbell,David Coverdale & Adrian Vandenberg.


...Tahun 1987 Coverdale mengistiharkan untuk ‘remake’ dan telah keluar bersama beberapa line up yang muda dan semestinya bersama dengan mood dan taste ‘muda’ jugak..disokong oleh dua keyboardist Bill Cuomo dan Don Airey,Aynsley Dunbar bermain drum dan gandingan guitarist terbaik mereka ketika itu Adrian Vandenberg dan John Sykes(Thin Lizzy)..dan kembalinya bassis asal mereka Neil Murray..sound mereka benar benar berubah...mereka telah mengubah format muzik mereka kepada muzik yang lebih ‘open market’,friendly,lebih heavy metal dan semestinya lah ketika era itu dengan imej glam rock...fesyen rambut kembang...wajah yang dimake up,motley colors gitu...aduhhh sungguh tak boleh masuk dengan selera aku yang lebih suka dengan imej mereka sebelum ini lebih greasy,berseluar boot cut dan jeket kulit...padan le dengan aku pun yang ketika itu dressing pun selekeh...'kipas susah mati'hehehe..Tapi musical wise mereka tetap yang terbaik!




...Antara singles dan lagu2 yang menjadi hit ketika itu..Is This Love,Bad Boys,
Still Of The Night dan lagu lagu yang diberi sentuhan baru seperti Crying In The Rain dan Here I Go Again..bagi aku kurang menyengat berbanding versi asal...Gitar Virtuoso Steve Vai(Frank Zappa,Alcatraz,David Lee Roth)dan Vivian Campbell(Dio) juga pernah bersama2 dengan Whitesnake ‘baru’ini namun khidmat mereka hanya ketika road tour tidak di dalam album..Selepas itu Coverdale hilang buat seketika dari persada muzik rock...





...Setelah menyepi selama empat tahun dari sebarang material bersama Whitesnake..Pada 1993 Coverdale telah mengadakan kolobrasi bersama dengan Jimmy Page guitarist lagenda dari Led Zeppelin..Dengan album mereka Coverdale & Page...Gandingan dua orang bertaraf lagenda semestinya menghasil sesuatu yang..Boom!! Lagu2 yang terdapat dalam album ini hampir kesemuanya mempunyai bau persamaan atau mood dari kedua dua band asal mereka, dengar saja lagu lagu seperti Take Me For A Little While,Feeling Hot,Whisper A Prayer For The Dying,Don’t Leave Me This Way,Absolution Blues..Hasilnya bila Whitesnake + Led Zeppelin..Hahhh..Pastinya terbaikk!!...

...Robert Plant(Led Zeppelin) dalam temuramah dengan majalah Kerrang pernah mengakui sendiri kehebatan Coverdale dan berasa kagum di mana beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan lari dari bayang dan pengaruh band yang terdahulu setelah beliau keluar dari Led Zeppelin untuk karier solo...





...Bersama dengan album Restless Heart pada 1997...kedengaran sound dari album ini seperti kehilangan modal atau mood..sound dan melody yang seperti recycle dari album2 terdahulu..walaupun gandingan pemuziknya semua hebat2 termasuk Adrian Vandenberg.Aku kesal sangat dengan keseluruhan album ini...Anti klimaks...

...2003...adalah tahun untuk Whitesnake membuat come back sempena aniversari ke 25 tahun..dengan hanya Coverdale sahaja yang menjadi tunjang dan ahli asal..beliau telah membentuk satu team di mana Dough Aldrich yang pernah bersama dengan Man With The Golden Throat Mr Dio..RIP..sebagai lead guitarist,Reb Beach(Winger)Marco Mendoza bass,dan di posisi keyboard Timothy Drury..dan oh ya aku terlupa,ini termasuk saorang ahli lama beliau di posisi drum iaitu Tommy Aldridge..saorang drummer otai juga, yang pernah bermain dengan Ozzy Osbourne,Gary Moore dan ramai lagi rockers terkenal...

...Promoter terkenal Ali Bakar dari Showmster pernah berjanji untuk membawa Whitesnake ke Malaysia dalam tahun 80an tapi tak tahu mana silapnya hingga kini hanya Gillan And The Band dan sebuah band blues yang aku pun dah lupa namanya saja yang dibawa masuk oleh Showmaster...Apa yang aku percaya kerenah birokrasi yang menggagalkan usaha beliau...



Whitesnake 2011 - Dough Aldridge,Michael Devin,D.Coverdale,Reb Beach,Beriian Tighy.





...Coverdale tetap Coverdale..tiada yang sama seumpamanya...penyanyi Malaysia..Awie pernah mengaku beliau amat terpengaruh dengan cara nyanyian Coverdale...ini boleh kita dengar dengan jelas ketika Awie bermain dengan vibrato suaranya serta hela dan dengusan nafas..Bukan meniru tapi itulah pengaruh..Apa nak heran..

...Bukan senang untuk mengekalkan suara yang mantap dan sama ketika di dalam album dan juga live performance,tetapi itu lah kelebihan yang ada pada diri beliau...walaupun pernah mengalami beberapa kali komplikasi pada peti suara...Kini setelah Good To Be Bad...March 25,2011 adalah tarikh keramat yang ditunggu tunggu oleh peminat tegar beliau di mana album studio terbaru mereka ‘Forevermore’ akan dilancarkan...Sama samalah kita tunggu adakah mereka tetap dan masih hebat?!! ...Selamat kembali...David Coverdale & Whitesnake...





p/s:..walau dengan line up yang sering bertukar ganti..Whitesnake tetap David Coverdale..dan David Coverdale tetap Whitesnake...

Thursday, February 3, 2011

...Cuti Panjang...

...Adeeehhhh,boring...boring gilerr beb..cuti Tahun Baru Cina nih...bayangkan Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad perghh...punya la lama nak ngabihkannya...Ada kengkawan aku yang ngambik peluang pergi bercuti bawak family..sana sini...Tapi aku nak pergi..tak bley,sebabnya anak aku plak tak dapat cuti...

..Ingat nak pergi pekan window shopping..ada ke kedai yang buka arini pun...kalo ada pun rasanya jalan ke pekan Ipoh mau jugak jem nih..Ye la bukan macam Kolumpo time cuti2 nih orang kurang...Cuti lama cam ni la orang banyak amik peluang balik kampung...Mau tak mau dok jugak le di umah sambil layan majalah lama yang dah berapa kali aku ulang baca pun entah...Cukup time hantar dan malam kang amik anak aku balik dari kerja...Wife ajak aku ke Batu Gajah antar barang jualan dia...aku payung aje,takde mood...So aku minta anak yang sulong temankan merangkap driver...Balik depa bawak cakoi Kampung Pasir..cicah plak dengan sekaya tolak dengan air jambu batu asam boi...Burp!Jadi laaa...habuan melayan cuti arini...


p/s: Ujung minggu ni ada 2 kenduri kawin..Humm kenduri lagii...

Sunday, January 30, 2011

...Peace No War...

...Komuniti underground di sini kecil je..pakai baju itam pun dah dipandang serong...apa tah lagi..mendengar muzik yang hingar bingar...yang menyakitkan telinga orang lain(bagi yang tak suka le)..So usah la kita nak bertelingkah sesama sendiri...

...Tak dinafikan banyak artis atau pun band menjadikan muzik itu sebagai satu platform mereka mengembangkan dakyah atau pun ideoligi mereka...tak kira la samada yang songsang,satanism,athies,free thinker,homoseksual,bisexual dan pelbagai lagi...mereka gunakan muzik untuk menyatakan protes atau pendirian mereka...walau sebenarnya muzik itu satu dari cabang hiburan..namun disebabkan muzik itu sendiri mau pun penggiatnya yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik perhatian orang lain maka medium itu dipilih...Namun bukan semuanya berunsur negative...kena faham di situ..Sama jugalah dengan kumpulan2 nasyid yang berdakwah dan berjuang menegakkan Islam...semua disebabkan pengaruh yang kuat dari muzik...

..Dalam pada kononnya untuk membela agama kita Islam dari dihina dan dikutuk oleh orang lain yang kita tahu siapa asalnya beliau memang saorang Islam..ada pulak yang ingin menjadi wira memaki hamun orang sewenang2 dengan perkataan...Babi!! Perghh.. bagusnya bahasa...Aku nak tanya adakah dengan amarah dan memaki orang lain itu dapat meperbaiki keadaan?Semestinya tidak..apa yang pasti adalah mengeruhkan lagi keadaan yang sediada..Ia hanya melambangkan peribadi orang itu..Kalo ditanya memang aku sendiri pun tidak setuju samasekali dengan apa yang dilakukan oleh band 'itu'..Aku rasa pada sesiapa yang faham dan tahu siapa atau apa yang aku maksudkan yang baru baru ini hangat diperkatakan dalam FB,juga semestinya sependapat dengan aku...

..Kita punya pilihan untuk menegur dengan berhemah samada secara lisan atau lainnya,tapi adap tatasusila perlu kita jaga...jangan jauhi mereka tetapi cuba dekati..kalau tak mampu..paling cabuk pun jom kita doakan dari jauh..jangan hina mereka kerana kita tidak tahu macam mana matinya nanti munkin sekarang kita tengok mereka jauh menyimpang tetapi pada akhirnya pula berubah dan mampu untuk mengucap dua kalimah sahadah dipenghujung nyawa nanti...Bagaimana pula dengan diri sendiri?Mampukah kita untuk tidak menjadi seperti mereka hingga akhir hayat?...Kita patut bersyukur jika kita tidak seperti mereka...dalam masa yang sama simpati kepada mereka jugak perlu ada..

...Barangkali dah menjadi satu budaya agaknya,yang mana memaki,menyindir atau menyerang orang lain di wall FB.....Menang jadi arang kalah jadi abu..itulah yang sebenarnya..jangan diburukkan lagi pandangan masyarakat pada kita...Biarkan yang hitam itu hanya pada pakaian bukan pada hati kita...Mestinya kita tidak mahu orang lain yang selama ini memandang tiadanya yang positif dari kelompok underground ini,akan nanti berkata..Lihat lah Luncai terjun dengan labu labunya...Jadi elok lah berdamai saja...Peace No war...

Tuesday, January 25, 2011

..Makan untuk hidup...

...Tiap hari,tiap pagi aku akan mengalami masaalah tentang makan..ye la tak tau nak makan apa..punya lah mewahnya Malaysia ni boleh ada rakyat dia kata tak tau nak makan apa...

...Laa bukannya apa..bukan tak kena dengan selera bukannya cerewet..selera aku kalo nak di ikutkan memang semua yang halal nak aku bedal...Tapi munkin dah beralih umur ni kot...selera pun dah up side down..cam ada kawan aku tanya kenapa bila dah masuk 40an ni jiwa dia sensitive sangat...Hahaha tapi itu takde kena ngan soal makan..Balik pasal makan tadi...Cuba le tinggal kat negara yang mengalami kebuluran tuh..baru tau kulit pisang pun boleh dikunyah ngan penuh “feel”sambil bayangkan sedang menguyah pizza..Eh! tapi pisang rebus sedap ape..cicah pulak ngan kelapa campur garam pastu tolak dengan kopi O kaw..ha haa..layan plak waktu pagi..nak lebih feel jom duk atas dangau kat tengah bendang...masyukkk!!

...La ni, kira orang sekarang le..emmm maksud aku..budak2 lee..depa makan pun dah pandai memilih..pagi2 contohnye nak makan corn flakes,sausage ngan kentang goreng,nasi lemak,roti canai,paling tidak pun karipap..hehe..bole le banyak songeh,mereka reka nak makan ape..pagi makan itu,tengahari makan ini,petang kang lain malam plak kang lain jugak...kita di sini memang mewah..cam entri aku yang lepas ada sebut..apa nak sume ade..burger,kebab sebut je tak payah nak pergi ke tanah Arab..sediakan aje duit..Time aku kecik dulu tak tau nak memandai mandai nak makan apa..yang terhidang depan mata tu baham ajee...Itu pun bersyukur sangat dah daripada takde apa yang nak dimakan..

Hum apa kata sekali2 kita ubah selera dan menu..cuba plak hujung minggu ni..sarapan pagi kita layan je ngan sarapan cara tradisi...ubi atau pisang rebus cicah dengan kelapa + gula..atau idak pun dengan biskut lutut tu ditumbuk2 dibuat sagon (kata orang kampong aku)...perghhh..no doubt..memang best..Orang muda2 kena cuba,try,test..Aaa?Ade yang kata tak best..memang le kalo tekak dah terbiasa dengan makanan mewah..payah le sikit nak layan makanan yang sering dimakan oleh mak bapak aku masa zaman jepun dulu tu.. namun mewah tak mestinya berkhasiat..cam segala macam junk food omputeh tu haaa...Udah makan tu pun make sure jugak kena kasi exercise ..ini pun kena dibiasakan...Doktor pernah cakap paling kurang seminggu mesti exercise tiga kali dan bagi satu sessi dua puluh minit..tapi bagi aku itu dulu,zaman sekarang zaman orang pergi kerja naik kereta atau motor,naik opis di tingkat satu pun masih nak pakai lif,dengan corak pemakanan kebanyakan dari kita sekarang ni,memang tak cukup untuk schedule bersenam yang macam tu..kena buat lebih dari itu...

...Teringat plak aku satu masa bertugas di Jitra..bangun pagi tu aku dok melangut kat tepi tingkap hotel...sambil tu ushar orang ramai yang bersarapan kat gerai di bawah...aku tengok makanan yang disediakan lebih pada makanan utuk makan tengahari..perghh..Dan plak tu ramai yang makan nasi dengan lauk pauknya...Pagi beb bukan tengahari..Rupa2 nya kat sebelah utara ni depa faham (biasa) dengan sarapan yang heavy..Hum takpe lah sebab lepas tu kebanyakan dari mereka kerja membanting tulang di tengah sawah atau berladang..Ok le tu...

...Di Thailand plak masa aku pergi aritu tour guide bagitau depa walaupun berkerja keras tapi cukup dengan hanya bersarapan yang ringan ringan..macam sup,bubur nasi atau pun mee atau bihun sup...Humm patut le semasa 3 ari 2 malam di sana,aku tak nampak rakyat mereka yang gemuk...

...Pernah terbaca tak ingat bila dan di mana..lebih kurang camni laa...Berpantang dalam segala hal adalah ibu ubat..dan ibu segala penyakit itu adalah dari perut...tepuk perut tanya selera...Hahaaa...So makan aje la apa yang nak janji halal dan bersederhana..sebab Makan kita untuk hidup..Bukan hidup untuk makan...

Monday, January 17, 2011

...Isu Artis Luar..Isu Basi...

...Sebenarnya perkara ini sudah berlarutan sejak puluhan tahun dulu lagi..jadi boleh le dikatakan isu ini satu isu yang dah basi..Tapi walaupun dah basi macam nasi tu ianya berguna jugak untuk dicampur dalam adunan dan dijadikan tosei...Emmm sedap tu...hehehehe..Memang mamak rules tak boleh lekang dalam hidup aku..tapi itu bukan halnya di sini...

...Hehehee lama dulu negara kita telah diwarwarkan dengan isu artis dari negara seberang yang ligat cuba bertapak dinegara kita.Dalam kontek ini (chee meminjam bahasa wajib Ceramah Perdana TV 1)kita seharusnya melihat dari dua sudut yang berbeza,samaada positif mahupun negativenya.Jika kita melihatnya dari sudut yang positif ianya dapat memberikan satu saingan yang sengit kepada artis kita sendiri yang pada ketika ini apa yang kita lihat hanya lebih quantiti dari kualiti,ini sebenarnya tidak banyak menyumbang apa apa kebaikan kepada industri itu sendiri, selain dari hanya lah cerita cerita sensasi yang kadang kala kita lihat hanya mencemar diri mereka yang terbabit...

...Sepatutnya dengan kebanjiran artis luar ini artis kita perlu lebih lagi berdaya usaha dalam memajukan diri dengan cuba menghasilkan product yang lebih bermutu,baik, dari segi muzik,lirik dan juga penampilan mereka ini juga termasuk dengan cara mereka membawa diri dalam industri itu sendiri,justeru kita harus menjana lebih ramai lagi artis artis yang berpendidikan atau berilmu serta mempunyai jati diri yang kental dalam bidang yang mereka ceburi,di mana secara tak langsung kita mempunyai mereka dari kalangan yang beretika dan tahu hala tuju mereka dalam industri dan tak hanya tenggelam dalam mengejar glamour sahaja...

...Negative nya pula bila media kita yang saban hari berlumba lumba mempromosikan mereka ini dalam cubaan untuk memenangi hati pembeli,pendengar,pembaca dan juga penonton hingga mengabaikan artis tanah air kita sendiri.Fenomena ini telah berlaku sejak dari tahun 60an lagi dengan kebanjiran mereka ke negara kita...bagi saya adalah tidak adil dalam cubaan kita untuk memajukan industri kita hingga etika atau prinsip yang sebelum ini kita bela telah tergadai.Justeru sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab demi membela nasib artis kita sendiri,bukan untuk menyekat kemasukan artis asing ini tetapi bagi mengujudkan satu suasana persaingan yang sihat.Sistem kuota juga perlu diujudkan di mana setiap pusat hiburan yang menyajikan band live contohnya mesti lah turut memberi peluang kepada artis local.Bukan dengan hanya band band dari luar yang menyajikan amoi dengan pusat terdedah dan berseluar pendek..Soal kualiti sebenarnya tidak perlu di pertikaikan kerana negara kita tidak ketandusan akan bakat mereka mereka ini yang mahir dalam mengendalikan alat muzik mereka.Malahan ada di antara mereka ini yang sering bermain di luar negara...

...Kesimpulanya dalam kita ghairah untuk berhibur sebenarnya perlu kita mencari atau menambah lagi dan jika pun memperbaiki system yang ada demi untuk memajukan dan memertabatkan lagi industri seni di Malaysia ini.Pihak syarikat rakaman juga perlu berkerjasama dengan tidak hanya mementingkan keuntungan sahaja dengan memberi peluang kepada artis kita berkarya dengan format mereka sendiri ini banyak boleh kita lihat dari artis2 underground yang jauh lebih kreatif yang sememangnya bagus untuk di ketengahkan tidak lah kita asyik di sogok dengan hasil dari acuan yang sama saja kemudian bila tak laku di pasaran menyalahkan cetak rompak,muat turun dari internet dan ekonomi yang meleset...

...Tak dinafikan faktor itu tadi turut menyumbang,tapi kita harus sedar dengan perkara ini.Pihak berkenaan pula sepatutnya tidak terlalu mengongkong hingga menyekat kreativiti mereka ini...Dengan menggubal satu undang2 atau garis panduan yang perlu diikuti dan pantau mereka ini agar tidak lari dari matlamat dan tidak menyalahi etika ugama,bangsa dan negara.Dalam pada itu setiap dari kita peminat,pendengar,pembaca,penonton dan juga penggiat seni itu sendiri,tidak terhad hanya dalam bidang muzik...tapi dalam apa saja lapangan seni, perlulah turut serta bersama sama gembelingkan tenaga untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam usaha untuk memajukan Malaysia dari sudut perseptif yang berbeza...


P/S:-..Muzik yang merupakan salah satu escapism juga satu anugerah dari Tuhan..tidak merosakkan..hanya kita yang merosakkan anugerah itu sendiri...blink blink..

Wednesday, January 12, 2011

...Katakan Tidak Pada Rokok...

..Pagi Jumaat minggu lepas pergi BIMB..cam biasa laa...keluar ternampak satu mamat Cina tersenyum arah aku..aku tengok belakang takde orang ...sah dia senyum kat aku so aku balas balik..sambil berjalan ke arahnya dalam hati tertanya2 sape nih?..Hahh ini lah antara kelemahan aku..payah nak mengecam orang...untuk mematikan persoalan aku terus menyapa dengan nada selamat sambil bersalam..."Emmm kat mana kita biasa jumpa ek?"..Jawabnye..."Aiseyy lu tarak ingat sama saya kaa..Wong..sana F*****M kedai gambar"..."Ohhh yaa yaa Mr Wonggg..dulu saya ada beli 2 videocam dari you"... balas aku ...Haha sambil gelak untuk hilangkan rasa malu....Aku merasakan tak patut...memang tak patut..orang ingat kat aku tapi aku selalu sangat tak dapat mengecam akan orang..tapi ini bukan salah aku..Emm cuma kelemahan aku...Huhuu...

...Kami berbual kosong sambil bertanya itu ini termasuk hal kesihatan sesama sendiri..Aku ingat lagi antara kata2 dari Cina non Muslim ini.."Ye laa Wan kita mesti jaga dan hargai kesihatan yang Allah kasi sama kita"..Pandai apek ni bercakap..Aku mengiyakan saja apa yang dikatakanya..sebab memang betul le apa yang dikatakan tu...

...Yang membuatkan kami becerita soal kesihatan ini sebab kat sebelah kami ada dua orang budak muda ..aku kata budak sebab dari raut muka diaorang memang nampak muda sangat,makan minum pun tentunya masih diberi oleh mak bapak lagi...tapi dengan rangginye menghisap sambil menghembus asap rokok dengan lagak orang dewasa...harus juga duit beli rokok tu pun hasil dari belanja sekolah...Ahhh lantaklah bukan depa mintak duit aku pun...

...Bercakap pasal rokok ni aku dulu pun muda muda hisap jugak macam orang lain..konon nampak cool...Tapi bila nak kawin wife aku pernah cakap .."Wan you better quit!.."You better think twice about your money and your life"...So aku tekad untuk berhenti..Bertekad memang senang tapi nak melaksanakan memang payah..memang payah..Tapi payah itu lah yang aku suka..sebab aku suka pada challenge...banyak sangat dugaannya...masa jumpa kengkawan dan kenduri kendara contohnya...Masa tu laa ramai yang murah hati nak menghulur rokok..Sambil telinga menahan pedih dek kutukan dari mereka yang ingat aku hanya hangat hangat tahi ayam...

...Semua itu dugaan dan cabaran...ada yang boleh menyahut pelbagai cabaran dan mampu mengatasinya seperti memanjat gunung,trekking,scuba dan pelbagai lagi rintangan yang hebat hebat dalam hidup yang membabitkan tenaga juga perasaan...Namun mereka tewas berjuang untuk diri sendiri,untuk kebaikan dan kesihatan...ada yang pernah berhenti tapi sambung balik selepas beberapa lama..ada jugak yang terus mengaku kalah sebelum berjuang...Kuat dalam satu perkara tapi lemah pulak dalam hal yang lainnya...Lemah dalam mengawal nafsu..Ada yang kata menghisap rokok ini hukumnya makruh,ada yang kata haram,ada jugak yang kata ianya meniru perilaku jin..sebab jin makan asap..Ha haaa...Entah lah...

...Tanpa heran atau takut dengan larangan serta kempen dari pihak kerajaan penagih rokok terus terusan membeli serta menghisap tak kira dari mana sumbernya sama ada ianya rokok seludup atau sebaliknya...Apa yang jelas rokok berjenama sekarang merupa kan keperluan mewah bagi yang mampu...bagi yang kureng sikit tu mampu juga laa membeli tapi hanya jenama yang murah yang banyak terdapat dipasaran sekarang nih...Mereka tak peduli semua itu...Apa yang penting muncung mesti berasap...Melados tetap pasti!

..Aku berhenti merokok dulu pun bila melihat lebih banyak buruk dari baiknya..tapi yang jelas tak ada apa pun yang baik dari perbuatan itu...Mulut boleh berbau busuk,gigi kuning,nafas semput dan antara lain lagi..darah menjadi pekat,peratusan untuk mati cepat berpunca dari amalan merokok dengan mengidap pelbagai penyakit memang tinggi.Bagi vitamin pulak,vitamin C tak akan lekat dalam body penghisap rokok,sedangkan vitamin itu antara yang terpenting seiring dengan vitamin B Complex,vitamin E,CoQ10,Omega 3,dan lain lain yang perlu ada pada tubuh kita setiap hari...ini cerita betul..bukan lawak bodo..


...Sekarang ni dah jadi semacam satu trend bilamana kita boleh lihat merata2 bebudak muda yang melepak sambil menghisap shisa atau hogah yang mana tembakaunya mempunyai pelbagai perisa..kebiasannya mereka menghisap secara berkumpulan dengan hanya menggunakan satu alatan dan dihisap bergilir2..ini sebenarnya mendedahkan mereka dengan penyakit hepatitis pula selain lain2 penyakit yang berkaitan dengan amalan menghisap asap rokok...Kerajaan mengatakan rokok seludup lebih tinggi bahaya nya berbanding dengan yang 'halal'.Tapi bagi aku kalu dah namanya rokok tak kira le apa pun labelnya,bahaya tetap bahaya...


...Di hospital kerajaan sekarang pun sudah ada klinik 'Quit' untuk mereka yang mahu berhenti merokok..atau alternatifnya bagi yang lemah semangat pelbagai ubat boleh dibeli dari farmasi2 untuk tujuan itu...Jadi tak kira lah apa cara atau kaedah sekali pun,samaada cara moden atau traditional..mau pun yang hanya berbekalkan 'Will Power' macam yang aku praktikkan dulu...pokok pangkalnya mesti cuba..Jom kata Tidak Pada Rokok...Jom sama sama...




P/s:- Alhamdulillah berkat usaha dan sabar aku berjaya..hingga sekarang dah lebih dua puluh tahun aku berhenti dari menjadi penagih rokok...

P/s :-Di kebanyakan gig yang aku pergi sekarang..kurang sangat aku
lihat mereka yang merokok berbanding dulu...Ini satu petanda baik ...munkin?

Monday, December 27, 2010

..Tabir 2011..

...Cuti sekolah ujung tahun dah hampir ke penghujung...emak,bapak sibuk dalam urusan persiapan untuk menyediakan segala keperluan..baju,seluar,beg,buku dan kasut semua harus disediakan seadanya…Yang berkemampuan dalam soal wang ringgit semua itu tidak menjadi masaalah bagi mereka..tapi pada yang miskin sebaliknya pula...bagi penoreh walaupun harga getah agak baik la ni,tapi ujan sesaje le plak,pesawah yang baru kena banjir pening jugak tu,sama jugak le dengan nelayan yang terpaksa melayan musim tengkujuh nie..Mau atau tidak semua keperluan itu tadi harus juga disempurnakan...

...Aku seperti mana biasa tidak terkecuali…agak awal telah menyiapkan keperluan mereka, bukan apa taknak aku bila dah last minit baru nak kelam kabut..tak larat nak terkejar kesana kemari dah..bila dah tua ni tak nak stress dek benda2 camtu...

...Program bercuti ke pantai timur yang aku dah setkan awal2 lagi,tak dapat nak disempurnakan disebabkan anak aku yang sulong dah mula bekerja dan tak dapat bercuti..Walhal sebelum ini aku dah adjust date dengan jiran sebelah rumah yang nak kahwinkan anaknya supaya tidak bertindih hari..Adussss..Tak pe la tuu..Ye la kalo ada rezeki lain kali pun boleh pergi..Tugas serta tanggungjawab lainnye itu yang lebih penting..Kenduri kendara sama macam tahun lepas gak..keliling pinggang yang nak aku penuhi.Aku ingat kenduri bertunang anak kakak aku menjadi penutup jemputan kenduri untuk aku tahun ini,rupanya masih ada jugak lagi yang lainnye...

...Humm tak beberapa hari lagi masuk tahun 2011..Moga tahun baru yang mendatang nanti akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari semua segi termasuk rezeki dan kesihatan bagi aku dan keluarga,emak,adik beradik serta kengkawan setia aku..Aminn...

Tuesday, December 21, 2010

..Chiangmai,Chiangrai & Golden Triangle..



.....First thing in the morning...









....just touch down...







































...Asyikkk...



.....Cukup halus dan teliti..murah giler...









....Perghhh!!..Tangan kiri lagikkk...






....Mr Pyaa..lukis atas TShirt....








...Amran...merantau dari Pattani hanya untuk busking! Caya...!!





...Night Market..Happening sungguh...













..Tenun sutera...
















...Ruby...





<


























.....Gajah yang lukis beb..Tak caya datang sendiri tengok..uniknya makhluk ciptaan Tuhan....





..aku ingat nak gambo bonsai nih..tapi member dah palam dulu..amik je yang abstrak ni..finally bila letak kat umah aku nampak lagi menyengat..hehehe..























....Sempadan Burma...






...Naik bot ke Laos...





...Oppss..Not my cup of tea...







.....Kasino - Di tepi Sungai Mekong....



















....Good Byee...See you again...