Total Pageviews

Monday, October 1, 2018

...Persepsi Masyarakat Sesama Kita...





...Seorang saudara saya lama dulu keluar dari kampung merantau dan cari kerja di Singapura...Ok masa tu memang menjadi satu budaya bagi orang muda Malaysia untuk berhijrah ke sana kerana banyak tarikannya dan gaji pun tinggi, mereka sesekali balik nampak benar beza pada penampilan...kita boleh kenal sebenarnya mereka yang balik dari Singapura nih...Clarks, Kicker's, Levi's, Champion. Donnay, Ascot memang trademark brand bagi yang balik kampung dari sana...


...Tapi langit tak selalu cerah...Dia terpengaruh dadah bila era 'flower power' sedang hebat menyerang muda mudi masa tu, 'culture shock' pun sama kot...Memang orang kita biasa pada pengaruh sebelum era Pop Yeah Yeah dan Hindustan lagi, maklumlah negara baru lepas Merdeka dan membangun, banyaklah benda baru yang masuk, tapi itu bukan masaalah asal kita tahu batas batasnya...Dipendekan cerita selepas beberapa kali keluar masuk 'Uni' dia balik kampung cuba untuk berubah dan mula berniaga Roti John di Pekan Beruas...Tapi tak lama...lepas itu dia hilang semula, kami tak tahu kemana...Masyarakat kampung pula tak habis habis menempelak maupun menuduh jika berlaku kecurian sedangkan siapa pelaku sebenarnya tidak diketahuai...Satu hari aku ternampak dia sedang merepair kasut kat Perhentian Bas Medan Kidd, Ipoh...Aku menegur dan berbual kosong..." Abang Gie dah kawin Wan" tanpa ditanya...nampak ikhlas dan dari cara bercakap dia memang betul betul nak berubah...tapi rupanya itu pun tak lama, tau tau 1ama lepas itu dengar khabar dia dah meninggal di kampung...


...Masaalah tipikal orang kita ialah suka memberi persepsi dengan memandang rendah serta narrow pada orang lain dan mereka suka mengadili; lebih malang lagi ia bukan hanya pada bekas penagih tetapi juga kepada bekas banduan, orang cacat, orang tua, orang sakit, orang miskin hatta kepada kita yang berlainan pendirian serta pendapat...Saya dulunya mempunyai ramai kawan penagih dan amat simpati kerana kebanyakannya tak mampu lagi untuk berpatah balik, dalam perkara sebegini kita sebagai kawan/jiran/kaum kerabat sepatutnya menolong dengan memberi bimbingan serta sokongan untuk mereka berubah, paling tidak pun dengan mendoakan mereka...jika kita terus mengamalkan sikap menyisih atau double standard maka itulah antara sebabnya mereka akan rebah atau kembali kepada perkara yang negative...


...Kita munkin berkata berhak untuk hidup selesa tanpa mereka yang kononnya dilabel sebagai sampah masyarakat, sedangkan antara sedar atau tidak mereka juga berhak untuk hidup bebas dari sebarang belenggu dan persepsi masyarakat dengan menerima sokongan dan bantuan terhadap pembangunan sasiah mereka dari kita yang ada di sekeliling...Jika tiada? Bermakna kita jauh lebih teruk kerana hanya tahu menghukum sedangkan tidak berfungsi sebagai 'trouble shooter'