Total Pageviews

Wednesday, February 22, 2017

...Alam Dan Kita...




...Ketika masih kecil dan tinggal di Kampung Bharu, Lumut dalam daerah Dinding ketika itu (Manjung kini) kayu bakau merupakan keperluan bagi kami juga keluarga lainnya...Ye lah dapur minyak tiada apalagi dapur gas maka alternative nya ialah dapur kayu...Untuk pengetahuan orang muda atau siapa saja yang tidak pernah merasa nasi dan makanan lain yang dimasak dengan menggunakan dapur kayu ia memang berbeza dan lebih sedap! Kenapa? Itu bukan soalan yang akan saya jawab...Cuba sendiri...


...Pengalaman mengikut mak dan abah untuk menebang dan membawa pulang kayu bakau untuk dibuat kayu api bersama orang kampung lainnya amat berharga serta seronok untuk dikenang...Selut yang dipijak dalam hingga ke pangkal peha, ketam batu, lokan, ikan belacak. biawak air, ular kapak, pelbagai jenis burung, monyet dan lotong amat mudah ditemui...










 ...Tapi itu semua tidak mudah saya lihat ketika berpeluang berkunjung ke
Pusat Pelajaran Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang (Port Weld) dalam daerah Larut, Matang dan Selama...Biawak air, ular kapak hanya seekor, monyet kurang dari sepuluh ekor, lotong, ikan belacak serta burung langsung tidak kelihatan...Bangun waktu pagi pun tidak terdengar bunyi kicauan burung atau jeritan unggas lainya...Kemana pergi semuanya? Sedangkan ini adalah habitat mereka...Merajuk dengan pencemaran barangkali...








...Usaha untuk menanam semula serta pemuliharaan pokok kayu bakau di kebanyakan pesisiran pantai kita sebagai penahan semulajadi terhadap ombak serta Tsunami amat dialu alukan...dalam pada itu kita sepatutnya turut mengambil kira juga tentang nasib pelbagai `penduduk asal' agar tidak pupus dek rakusnya kita dalam mengejar pembangunan...Dunia ini bukan hanya untuk kita manusia...walaupun terdiri dari pelbagai makhluk kita tetap saling memerlukan...