Total Pageviews

Wednesday, August 3, 2016

...Chinese Cuisine (Halal & Toyiban) Ipoh...


... Ingin pula berkisah tentang makan makan di blog ini setelah sebelum ini asyik mengomel perkara lain...Maka untuk pertama kalinya saya mulakan dengan makanan China yang halal yang diusahakan oleh saorang gadis China Muslim...terletak di basement kompleks Aman Jaya jika dulu dipanggil Kompleks Green Town Mall dan Rainbow sebelumnya...

...Saya suka ke sini ketika bukan pada waktu puncak...sebabnya jika terlalu ramai pelanggan nikmat makan tu tak terasa pada tekak saya ini...Huhu...






...Premis ini menyediakan menu dua jenis mee yang dipelbagaikan berasal dari dari negara China - iaitu La Mian (Mee Tarik) dan Daoxiao Mian (Mee Potong) bersama perisa dari Xinjiang, Sichuan dan Lanzhou...



  


...Bagi yang berada atau datang ke Ipoh bolehlah cuba2 dan sokong premis ini...Bagi saya makanannya sedap dan dihidangkan  panas panas...Parking pun senang sambil itu boleh juga membeli belah pelbagai keperluan  - barang dapur, hand phone, tudung dan jubah serta lainnya... 
...Jom sokong produk Muslim...