Total Pageviews

Thursday, August 11, 2016

...Produktif & Inisiatif...


\

...Ketika saya masih kecil dulu Perdana Menteri Tun Razak pernah memperkenalkan kaedah penanaman padi dua musim kepada para penanam padi namun ditolak mentah2 atas alasan takut semangat padi akan hilang...Walhal sebelum itu lagi negara jiran Siam telah lama mengamalkannya malah membuktikan kaedah 'peralihan dari kebiasaan' itu mampu menjana peningkatan ekonomi kepada para petani dan juga negara mereka...Sememangnya orang kita payah untuk berubah apatah lagi pada sesuatu perkara yang menjadi kelaziman dan lebih teruk lagi setelah ia menjadi budaya dalam hidup...Secara umum samada ianya berupa sistem, ketepatan masa, peraturan, undang2, pantang larang, hukum hakam atau apa saja...Maka tidak hairanlah jika ada di antara kita yang berkerja kuat terus pula dilabel sebagai bodek...jika jujur pula digelar lurus bendul....tambah baik peraturan/sistem dikata sebagai  memandai mandai...Sedangkan produktif itu sememangnya wajar dan tidak perlu menunggu sebarang arahan...


...Sebenarnya tidak salah malah digalak agar kita supaya berubah dari satu  tahap ke tahap yang lainnya...dan ianya perlu bermula dengan inisiatif dari diri sendiri dengan tidak menjadi seperti paku..hanya tenggelam kala ditukul...Hidup jika berada pada satu level saja memang membosankan melainkan individu itu sendiri  sememangnya seorang yang tidak produktif dan tiada visi dalam hidup...samada untuk diri, keluarga, masyarakat, jabatan atau syarikat...yang  berasa selesa atau cukup sekadar apa yang ada...Maka jika itulah cara berfikir dan bertindak tidak hairanlah jikalau individu atau organisasi itu berada pada tahap yang 'cukup2 makan' atau kata lainnya...hidup segan mati pun tak berapa hendak...langsung tidak membanggakan...



Wednesday, August 3, 2016

...Chinese Cuisine (Halal & Toyiban) Ipoh...


... Ingin pula berkisah tentang makan makan di blog ini setelah sebelum ini asyik mengomel perkara lain...Maka untuk pertama kalinya saya mulakan dengan makanan China yang halal yang diusahakan oleh saorang gadis China Muslim...terletak di basement kompleks Aman Jaya jika dulu dipanggil Kompleks Green Town Mall dan Rainbow sebelumnya...

...Saya suka ke sini ketika bukan pada waktu puncak...sebabnya jika terlalu ramai pelanggan nikmat makan tu tak terasa pada tekak saya ini...Huhu...






...Premis ini menyediakan menu dua jenis mee yang dipelbagaikan berasal dari dari negara China - iaitu La Mian (Mee Tarik) dan Daoxiao Mian (Mee Potong) bersama perisa dari Xinjiang, Sichuan dan Lanzhou...



  


...Bagi yang berada atau datang ke Ipoh bolehlah cuba2 dan sokong premis ini...Bagi saya makanannya sedap dan dihidangkan  panas panas...Parking pun senang sambil itu boleh juga membeli belah pelbagai keperluan  - barang dapur, hand phone, tudung dan jubah serta lainnya... 
...Jom sokong produk Muslim...