Total Pageviews

Saturday, January 31, 2015

...Mahukah kita pada Untouchables Generation...




...Seingat saya ketika bersekolah dulu hukuman merotan yang senonim dilaksanakan kepada murid yang bersalah tidak pun pernah menjadi isu kepada murid sendiri mau pun ibu bapa...Untuk pengetahuan generasi baru ianya bukanlah merupakan satu satunya bentuk hukuman yang dipraktikkan di sekolah ketika itu...Ketuk ketampi, lari keliling padang, kutip sampah, berdiri atas kerusi, dikurung dalam stor dan termasuklah pelempang dari guru, semua itu  sememangnya digalakkan kerana bertujuan untuk membentuk diri individu atau murid berkenaan...


...Suatu masa dulu ketika sedang menemani mak menoreh dari radio yang dibawa bersama saya terdengar almarhum Sultan Johor (ketika itu sebagai YDP Agung) dalam titahnya berkata biar anak menangis sekarang jangan kita (ibu/bapa) yang menangis  kemudian...Ianya sebagai satu isyarat dari baginda bahawa dalam hal mendidik anak anak kita perlu bertegas...Memukul atau merotan..Ianya hukuman yang lebih bersifat mendidik dan bukan mendera...Namun bertegas bukan bermakna kita perlu memukul pada setiap kesalahan...Dalam pada itu pendekatan psikologi juga harus memain peranan untuk  dipraktikkan dalam usaha menangani disiplin anak anak...


...Sehubungan dengan itu saya tidak nampk apa relevant nya dengan melabelkan merotan anak sebagai  satu 'jenayah'...juga tidak bermakna jika masih dipraktikan sekarang kita mengundur ke era zaman silam...Justeru sebagai ahli akademik dan Menteri berkenaan yang bertegas mahu mengharamkan sepatutnya lebih peka dan seharusnya membuat kajian mendalam dengan merujuk kepada lain lain institusi dan Jabatan Agama contohnya bukan nya dengan bertindak atas dasar ingin 'popular' yang akhirnya memakan diri dan hanya menampilkan sisi diri yang tidak berpandangan jauh dan tidak matang...Jelasnya kita tidak mahu negara melahirkan generasi  untouchables bagi generasi yang mendatang...dan dalam masa yang sama manja tidak kental jati diri hinggakan gagal meraih tempat dalam audition program realiti pun menangis macam mati emak...Ahh klise!!


..Sunah dan hukum Al Quran telah  jelas dan sesuai bila bila masa...Menafikannya bermakna kita menafikan hukum Allah...Menjadi anggota Kongres tidak bermakna perlu gelojoh dalam tindakan apa lagi melulu mengikut telunjuk orang lain sedangkan kita sepatutnya punya pendirian serta acuan sendiri...Sistem apa pun lama atau baru jika ianya praktikal wajar dikekalkan...
.

...Secara detail saya tidak tahu menahu tentang undang undang yang telah digubal untuk menangani kes Suami Pukul Isteri/Anak (Dera) umpamanya... namun saya rasa pihak terbabit perlu menyemak kembali akta atau undang undang berkenaan termasuklah dengan isu keselamatan kanak kanak di TASKA dan wanita di tempat kerja yang sering menjadi mangsa keadaaan di mana masih lagi kita dengar berlaku pelbagai kes salah laku terhadap mereka ini...Perkara ini jauh lebih baik ditangani berbanding isu rotan...Usahlah kita cuba menjadi popular di mata dunia luar dengan berusaha untuk duduk sama tinggi dengan mereka sedangkan banyak apa yang mereka praktikkan tidak sesuai langsung dengan ugama, budaya serta adap resam kita sama ada secara teori atau praktikalnya...




P/s:- Suatu hari saya ke hutan berdekatan Sungai Langat bersama kawan untuk menjerat burung...Terjumpa pokok rotan saya tebang sebatang bawak balik nak tunjuk kat abah...Eksyen konon anak jantan masuk hutan cari rotan...sudahnya rotan makan tuan.. Berbirat kesannya sampai sekarang...