Total Pageviews

Friday, December 18, 2015

...Vape...Langsung tak cool bro...




...Rakyat Malaysia sememangnya senonim dengan sikap suka meniru dan perkara yang ditiru itu  sering menjadi satu trend semasa pula...namun apa yang dikesalkan ialah apa yang ditiru itu selalunya pada perkara yang nagetive...salah satunya  ialah vape yang sedang hangat di Malaysia sekarang...hingga ada yang mengatakan ianya bukan sekadar hobi dan style tetapi satu gaya hidup!Vape atau rokok elektronik bagi saya merupakan kesinambungan dari apa yang telah ujud sejak lama dulu...selain dari rokok, cerut, pot, bong, dapur...kita pernah juga dilanda demam hogah atau shisha...




...Samada rokok, cerut, paip, shisha atau vape tujuan dan matlamatnya adalah sama....bagi yang beranggapan menyedutnya mampu memberi rasa kepuasan, ketenangan...dan dalam sedar sebenarnya turut menyumbang kepada kemudaratan kepada bukan saja mereka yang menghisapnya tetapi juga pada orang lain yang berada disekeliling...



...Dengan apa yang berlaku sekarang telah menghadkan lagi ruang dan masa  untuk orang lain berada di khalayak sebagai contohnya baru baru ini saya singgah ke sebuah Restoran Mamak favourite di Pekan Kecil Tg Malim tetapi terpaksa membatalkan tujuan kerana terdapat lebih kurang 12 orang pelanggan di beberapa buah meja...mereka terdiri dari anak muda Melayu yang sedang  asyik masyuk bersama Vape masing masing di tangan dengan  asap yang  berkepul kepul umpama keretapi wap dalam cerita koboi...




...Banyak hasil kajian saintifik memberikan keputusan yang negatif  kepada produk vape ini...untuk itu mengapa kita sengaja menempah bahagia seketika sedangkan mudaratnya untuk jangka masa panjang amat berat sama juga seperti mana bahan berasap lainnya seperti juga rokok...





...Terbaru kerajaan Johor telah mengharamkan penjualan vape di negeri mereka...Pelbagai statement dari netizen yang diluahkan...ada yang sampai mengaitkan dengan arak dan judi yang juga berleluasa...Ok fine saya tidak menafikannya...Tapi jika nak dikutip segala lainnya saya rasa akhirnya nanti munkin pegharaman itu akan ditarik balik...konon demi untuk memuaskan hati banyak pihak...Bagi pejuang hak asasi manusia munkin akan merasakan itu satu kemenangan juga buat mereka setidak tidaknya setelah tidak mampu meraih sokongan dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengiktirafan LGBT di sini...  

        



...Dalam isu ini kerajaan perlu bertegas kerana takde maknanya jika hanya untuk 'menyelamatkan' para peniaga tapi dalam masa yang sama kita korbankan pula kesihatan dan wang kebanyakan dari raakyat lainnya...Kita patut sedar bahawa sejak kebelakangan ini segala kos telah meningkat  dengan drastik termasuklah  kos perubatan yang mana akan turut memberi tekanan kepada hospital kerajaan  untuk menangani penyakit yang berpunca dari amalan tidak sihat ini...tidak munasabah  kerana mahu dilihat advance dan tidak ketinggalan maka kita mengenepikan segala risiko kesihatan dan kewangan yang dibazirkan begitu saja...




...Semua itu bukan lah satu gaya hidup sebenarnya...Justeru untuk melakukan apa pun perlu diambil kira kesan buruk dan baiknya  perkara itu...jangan hanya kerana dek terikut ikut dengan orang lain dan tidak mahu dikatakan out of trend kita menjerumuskan diri dalam perkara yang memudaratkan...


P/s:..Balik dari hantar jenazah ke kubur baru baru ini saya dan anak2 singgah  di restoran mamak untuk makan nasi...Sedang asyik mengunyah datang satu group anak muda China duduk di meja berdekatan sambil hisap vape...terus potong stim nak makan...Bangun terus ke meja dan minta supaya berhenti dan mereka akur...Lepas abis makan salah saorang dari mereka datang dan berkali kali meminta maaf...Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menegur orang yang merokok atau  hisap vape di tempat yang tak sepatutnya dan tak suka pun nak tegur...Tapi disebabkan tiada pilihan terpaksa  juga...Bagusnya jika mereka mau menerima  teguran  dengan baik namun masih ada di antaranya yang keras kepala...Ye lah kita ni rambut aje sama hitam...




6 comments:

deaf-angel said...

Aku tu hari straight forward cakap kat orang jual satay, "tukar satay saya, dia dah tiup asap vape kat makanan saya".
Lagi satu kedai aku besoknye bilang staff situ, orang tiup vape sudah seliput asap vape seluruh makanan, gulai, kari2, lauk2 yang terhidang untuk pelanggan pilih.

Tapi well, aku tengok ada orang hisap vape ni present muslimin image, so aku malas la komen lebih. Tapi kau tiup masuk makaanan aku atau keluarga aku, siap... mjngkin ada situasi maki memaki.
anyway, i am against all cigaretes, e cigarettes, shisha and whatever. Dan family aku kat rumah tahu prinsip aku tentang ini. Orang lain, i have no komen. Hidup masing2.

WanBeruas said...

Yeahh...Stand for your right bro...

Adi Herman said...

nasib baik la budak2 cina tu tahu nak hormat org walaupun buat salah...kalo yg jenis suka mengamuk tu yang susah huhu

WanBeruas said...

Betul Adi...Tapi tak ramai yg begitu...selebihnya pentingkan diri sendiri tak hormat orang lain... takde sivik minded...

berteromber said...

bagus juga kena haram...dia punya asap lagi teruk dari rokok...pening aku tu hari mengadap sorang mamat ni hisap vape non stop 90 minit masa tengok bola....orang dah sound pun tak reti bahasa...

D'arsil said...

akhirnya aku dpt masuk semula blog kamu ni, selalunya error saja... aku ada juga hisap vape kawan punya, rasanya sedap, patut pun ramai yg gian. masalahnya tu asap dia telampau banyak... kena sembur kat muka org musti lain macam.