Total Pageviews

Tuesday, December 23, 2014

...Sukan Kita Yang Terus Suram...



                        ...banner dengan ayat yang setepek selipar Vietnam ke muka kita...negara berediologi komunis yang menyerlahkan sikap bukan komunis berbanding kita negara Islam... 

...Suatu masa dulu Korea,Thailand,Vietnam juga Jepun merupakan pasukan belasahan kita...namun kini seiring dengan kemajuan dan masa mereka jauh lebih maju dari kita bukan saja dalam sukan bola tapi juga takraw...dalam bola sepak selain dari skill,bakat, fizikal juga memainkan peranan...pemain Korea dan Jepun kini mempunyai size tubuh yang hampir sama dengan pemain Europe...Disiplin mereka yang di tunjukkan patut ditiru oleh athlete kita...Dalam perlawann akhir Piala Dunia yang lepas antara Argentina - German saorang pemain telah tertumbuk mukanya oleh pihak lawan hingga berdarah...Namun tidak berlaku tindakan balas menunjukan betapa mereka benar2 committed dengan tujuan serta matlamat mereka ketika di padang...Cuba bayangkan jika ianya berlaku di sini...Selain pemain, jurulatih, pengurus hingga penyokong akan turut serta menyinsing lengan masing masing di luar mau pun dalam padang...dan inilah attitude serta mentality kelas tiga orang orang kita...Attitude atau semangat kesukanan yang sepatutnya diterjemahkan dalam permainan sebagai lambang profesionalism diterajang begitu saja...


...Tak lama dulu ada ura ura untuk melobi World Cup 2018/12 ....saya rasa ada lebih baik jika wang yang ada digunakan bagi tujuan lain setidaknya untuk kemajuan sukan itu sendiri...Kita tidak mahu lagi gah dengan hanya menjadi penganjur sedangkan kemenangan serta kemajuan berada di pihak lain...namun dengan kata lain semua ini bukan boleh dicapai dalam masa satu hari... ia memerlukan pengorbanan masa serta usaha yang padu dan usaha untuk memajukan bidang sukan perlu bermula dari awal dan akar umbi...sebagai contoh Jepun mengambil masa 20 tahun untuk menjana atlit mereka yang mempunyai fizikal serta kualiti seperti  atlit Eropah....Dengan kemajuan sains sukan, disiplin serta diet dalam hal pemakanan semua ini mampu direalisasikan...Teringat saya pada satu artikel bekas atlit balapan kebangsaan Zaiton Othman pernah berkata, ini adalah antara kekurangan/kelemahan kita...


...Kemelut yg berlaku diantara pemain, jurulatih serta pegawai dalam badan induk serta persatuan juga merupakan antara penyumbang merudumnya prestasi serta semangat atlit...Lihat saja Persatuan Hoki, Persatuan Sepak Takraw, Persatuan Badminton, Persatuan Lumba Basikal yang tidak kunjung hentinya dengan masaalah dalaman... Ianya perlu diadakan post mortem dengan telus serta tanpa ada kerenah birokrasi...di mana jawatankuasa disiplin perlu bertindak dengan tiada unsur cuba melindungi bagi siapa saja yang bersalah....jika patut pecat lakukan saja...Kita perlu ingat jika maukan sukan kita maju...tiada atlitnya "lemah lembut" justeru pihak pengurusan, jurulatih, pegawai yg terlibat serta badan induk juga mestilah "kuat" jika tidak...jawapan kasarnya adalah Paraquat!! Justeru saya tidak berasa hairan maupun teruja jika pasukan/atelit kita menang dalam perlawanan apatah lagi jika kalah...Kerana hanya inilah yang kita mampu setakat ini...Tidak perlu terasa hati dengan tulisan saya ini kerana walaupun pahit ianya adalah kenyataan... 

            

...Sewaktu bergiat cergas dalam bidang tennis lama dulu saya sering bertugas di Pusat Tennis Negara Jalan Duta yang mana ketika itu kita banyak menganjurkan pelbagai pertandingan bertaraf antarabangsa seperti Salemn ATP Tour, Davis Cup, Nissan Challanger, Malaysian Satelite Tour dan lain lain lagi...Apa yang saya perhatikan disiplin pemain,crew serta pegawai dari luar negara yang amat tinggi...Pukul 7.00 pagi mereka telah berada di sekitar gelanggang bersiap sedia...Saya pernah melihat saorang pegawai penyelaras pertandingan kita yang ditengking oleh pegawai dari World Tennis Federation yang hanya datang pada pukul 8.45 sedangkan segala persiapan sepatutnya bermula pada pukul 7.00 pagi manakala pertandingan bermula pukul 9.00 pagi...Amat memalukan sebagai penganjur sebenarnya kita masih belum layak walaupun segala peruntukan, prasarana dan lainya kita ada...namun tanpa disiplin kita fail!


...Ketika pertandingan Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam baru baru ini...Kita telah dikejutkan dengan sikap sesetengah penyokong yang bertindak sebagai hooligan dengan memulakan provokasi terhadap penyokong lawan...Bagi saya jika mau berlagak cool kamu tidak perlu berlagak samseng yang sebenarnya menunjukan kedangkalan kamu dalam berfikir serta  mengawal perasaan...Saya mulanya amat meminati sukan bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan sekolah...namun minat mula tawar setelah di pertengahan tahun 80an bilamana sukan bola kita mula dilanda  dengan pelbagai perilaku serta sikap yang menjengkelkan antaranya rasuah oleh pemain, bookie, pemain yang banyak demand berbanding bakat, termasuklah sikap sesetengah peminat yang sering membuat kacau ketika berada di dalam stadium...Pada masa itu juga bolasepak mula dianggap bidang yang glamour...Semua ini telah jauh menyimpang dari laluan yang pernah dirintis oleh mereka yang layak digelar sebagai lagenda seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, James Wong, Soh Chin Aun, Wong Kong Fook dan ramai lagi...


...Sabtu lalu berlaku kes pergaduhan di Asrama MSN Bukit Jalil yang melibatkan dua atlit yang jika diukur dari pencapaian mereka dalam sukan setakat ini adalah memberangsangkan...Malang sekali perilaku mereka bukan saja memalukan pengurusan asrama lebih teruk organisasi sukan itu juga turut menerima kesannyat...Ini tidak mengejutkan kerana masaalah disiplin ahli sukan kita bukan lagi sesuatu yang jarang jarang berlaku...Untuk berlaku adil suka saya menyebut tentang beberapa pencapaian persatuan serta atlit atlit mereka yang berjaya mengharumkan nama negara seperti  Nicol David, Lee Chong Wei antaranya, dan anugerah Dato' amat layak bagi mereka...Saya rasa belum terlambat untuk kita bangkit dan seterusnya meneraju bidang sukan samaada di peringkat kebangsaan mau pun Asia...Namun apa yang perlu ditekankan dalam apa sukan sekalipun yang paling penting selain dari bakat serat keupayaan ianya adalah attitude serta disiplin...Tanpa itu semua kita hanya akan menjadi juara yang tidak dihormati!!      



Monday, December 8, 2014

...Kita Yang Gagal...




...Dalam pada kita megah berdiri melaungkan kejayaan negara di mata dunia...kita banyak gagal sebenarnya...

Kita gagal memulihara alam


Kita gagal mengawal PATI yang berduyun masuk


Kita gagal mengawal sempadan


Kita gagal menangani penyeludup diesel dan rokok


Kita gagal mengawal harga rumah


Kita gagal mengawal rasuah yang tumbuh melata


Kita gagal mengawal monopoli dalam bisnes


Kita gagal menghukum mereka yang bersalah


Kita gagal mengawal harga barang 


Kita gagal mendidik diri agar tidak meminta minta 


Kita gagal lagi dalam bola

Kita gagal mengawal marah

Kita itu siapa? Kamu, aku, dia dan mereka...Maka apa peranan kita? Mana munkin sekadar mengeluh saja...