Total Pageviews

Monday, July 21, 2014

...Bahagia itu di mana?



...Berjumpa dengan kawan lama baru baru ini yang tinggal di hujung sebuah kampung...tiada bekalan letrik serta air paip yang mana merupakan keperluan paling asas untuk kita masa ini...namun kecerian yang ikhlas jelas terpancar dari wajah beliau...Katanya dia tenang dan bahagia dengan kehidupan sekarang dengan rezeki yang ada..ada anak isteri dan makan minum cukup ala kadar..Jelas memberi isyarat kebahagian itu sebenarnya ada di mana mana...Dan rezeki itu bukan hanya pada sumber pendapatan berupa wang ringgit atau harta benda lainnya seperti kebanyakan yang kita fahamkan...Ia lebih luas maknanya...ketenangan, bahagia, sikap qanaah yang ujud dalam diri, barakah, jiran tetangga yang baik, anak, isteri/suami yang solehah itu juga dikira sebagai rezeki pada sesiapa saja yang dipinjamkan memilikinya...Rezeki yang berupa kebahagian itu ada di mana mana...justeru tidak perlu berasa hairan jika mendengar si polan atau si polan yang tinggal di rumah atau kondo mewah masih tidak berupaya berasa bahagia...Pernah berlaku di mana saorang anak kepada VVIP membunuh diri di dalam kondo mewah milik mereka...Jika dilihat secara 'luaran' semestinya sesiapa saja akan merasa bahagia tinggal di kediaman sebegitu yang juga mewah serba serbinya...


...Tuhan ada berfirman barang siapa umatnya yang bersyukur maka akan ditambah rezekinya...sebaliknya bagi yang kufur akan merasa azab yang pedih...Namun begitu masih ada yang tetap bertambah mewah...Sedar tak sedar itu juga merupakan ujian Tuhan terhadap hamba Nya...tahukah kita itu juga munkin  merupakan istidraj dari Yang Maha Esa...Ini amat ditakuti kerana manusia mudah tertipu dalam kemewahan dan kesenangan....Banyak wang boleh membunuh tiada wang juga mampu menjadi pembunuh...


...Jika kita merasakan bahawa bahagia itu hanya terletak pada wang serta harta yang banyak, isteri atau suami yang ganteng serta cantek,pangkat atau jawatan tinggi...Salah jika begitu pemahamannya kerana itu semua tidak kekal...yang cantek bila sampai masa akan menjadi layu seperti daunan di dahan pokok...Bila hilang semua itu maka lumrahnya bagi mereka bahagia akan turut juga hilang...Namun ada juga ujian yang berupa  bencana umpamanya mampu membahagiakan...selepas kita mampu melaluinya dengan penuh sabar dan redha...Insyaallah....Kerana kebahagian itu bukannya kebebasan dari gundah tetapi keamanan dalam resah..Maka itu sebabnya saya mengatakan yang  bahagia itu lebih bersifat subjective...Wallahuaklam...

Monday, July 7, 2014

...Usaha Murni Wajar diHargai...






"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa Nya" [Al - Maidah/5:2] 

...Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan geladangan sebagai orang yang tidak mempunyi pekerjaan atau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap...dan jika ditanya setiap dari kita tiada siapa pun yang mahu hidup sebegini, hidup dibelenggu kemiskinan dan tanpa perhatian juga pembelaan...



...Raakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat peramah dan suka membantunya baik dari segi material mau pun dengan tenaga empat kerat...dan ini merupakan sifat terpuji yang jarang didapati dalam mana mana Negara...Di sesetengah tempat, Kuala Lumpur antaranya banyak usaha membantu dijalankan oleh orang persaorangan dan juga oleh badan kebajikan serta NGO...Mereka bertindak dengan memberi  makan kepada ramai geladangan di sekitar ibu kota...Namun usaha murni ini telah menjadi  satu isu hangat yang dibangkitkan baru baru ini...Difahamkan usaha membantu dan bersedekah ini telah dianggap salah oleh pihak berkuasa...dan lebih ‘palat’ sesiapa yang bersedekah ini akan dikenakan denda! Hukuman zaman apakah ini...Rasanya zaman jahiliah pun tidak sebegini?! Mengapa dengan sistem demokrasi yang dibanggakan, hak individu untuk membantu pihak lain dinafikan? Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang sombong dan bersifat individual...Justeru usaha murni  sesetengah NGO dan orang persaorangan ini tidak seharusnya dipandang serong oleh pihak berwajib...Apakah mereka rasa tercabar? Yang mana saolah2 tidak peka dengan situasi ini..Jika itu yang dirasa maka bertindaklah..Namun saya berasakan pihak berkuasa adalah lebih baik  menjalankan serampang dua mata dengan membenteras kegiatan para pelacur jalanan yang berpeleseran di sekitar bandaraya ini dan dalam masa yang sama turut memberi perhatian terhadap golongan marhaen ini...Isu pendatang asing menjadi pelacur dan berpeleseran di merata jalan sebenarnya adalah lebih mencemar  dari sudut sosial, budaya dan pemandangan berbanding geladangan di kota Kuala Lumpur yang menurut statistiknya 80% terdiri dari kaum Melayu! Isu ini yang sebenarnya turut dialami oleh lain lain kota besar dunia...



...Usaha dua hala dalam menangani perkara ini harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan, JKM, jabatan agama dan NGO dengan cara duduk semeja dan berunding bagi mencari kata sepakat supaya perkhidmatan serta sumbangan boleh di 'up grade' dengan menitik beratkan soal kebajikan (yang semestinya) agama, psikologi dan jati diri mereka...Dengan harapan geladangan tidak menjadi mangsa keadaan dan nasib mereka terus dibela...Usaha MESTI dilakukan agar selaras dengan moto 'Masyarakat Penyayang'dan bukannya masyarakat yang hanya mampu memandang...





P/s" - ..Cuma terkilan dalam pada sikap di kalangan kita yang suka menolong ada di antaranya yang turut cuba menjadi Robin Hood kepada orang asing untuk mendapatkan apa saja, hatta kerakyataan negara ini...Matlamat tidak menghalalkan cara beb...Haram tetap haram!!