Total Pageviews

Friday, June 27, 2014

...Ketika Mereka Derita...Di mana kita??





...Apa yang berlaku baru baru ini amat mengejutkan kita semua bilamana saorang kanak kanak yang sebaya dengan anak saya telah ditemui berada dalam keadaan yang amat dhaif...Ketika kanak kanak  lainnya berada di bangku sekolah bersama dengan rakan rakan belajar,bermain bola di padang, belajar di kelas Fardhu Ain..Beliau seorang terdampar di bilik kecil yang kotor malah rasanya lebih ngeri keadaannya berbanding 'bilik akhir' Penjara Pudu...Bagi saya ketika ditemui adik Firdaus hanya menunggu masa matinya sahaja...Apakah dosa beliau sehingga begitu nasib yang dialami...Mengapakah amanah Tuhan disiakan sebegitu rupa? Apakah sudahnya nasib beliau jika tidak ditemui?? Banyak persoalan yang perlu dijawab...


...Kanak kanak seperti mana orang dewasa juga mereka punya hak....untuk bebas, untuk menghirup udara segar, untuk bermain serta belajar... hatta binatang sekalipun punya hak untuk hidup...Sedang ada sebilangan dari kita yang ingin memiliki anak setelah lama berkahwin masih ada juga yang tidak menghargai anugerah Tuhan ini...Di manakah rasa kasihan belas serta kasih sayang dari saorang yang bergelar ibu atau manusia...


...Cara hidup urban yang kebanyakannya tidak ambil pusing dengan hal ehwal kejiranan sepatutnya tidak ujud dalam masyarakat kita yang dikatakan kaya dengan adat dan adap...Namun sikap kononnya menjaga adap turun temurun yang menolak perilaku  menjaga tepi kain orang lain  hinggakan berlakunya perkara seperti adik Firdaus amat saya tentang...Namun ianya semakin menjadi jadi hinggakan masyarakat kampung juga turut mengamalkan sikap yang sama...Kita hanya peka perihal orang sekeliling jika mereka berkereta baru umpamanya...selain dari itu kita akan hanya tutup mata....Banyak baik dari buruknya namun jangan lah pula terlalu amik pot hinggkan jiran pun sampaikan tak sempat nak tutup pintu kerana kita asyik bertandang untuk bermesyuarat dengan berlapikkan alasan...Kami jiran yang perihatin...Sedangkan jiran juga punya hak privacynya masing masing...Ini menuntut kita agar berhati hati dan berhemah dalam pergaulan dan saya percaya kita semua jelas serta faham akan perkara ini... Namun selepas ini saya percaya kes sebegini akan banyak kita temui dan baca di dada dada akhbar...Kerana kita di Malaysia memang standard dengan kes yang mengikut musim....


...Dengan hanya  menyalahkan pihak berwajib bagi saya adalah tidak adil kerana kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan bukan sekadar dengar dan lihat apa yang berlaku...kemudian dengan yakin menuding jari sekeliling....juga membuat perbandingan negara ini dengan negara lain yang telah maju dalam pelbagai segi adalah kurang tepat kerana kita perlu faham hakikatnya iklim ekonomi, sosial serta politik mereka tidak sama dengan kita dalam pelbagai aspek dan selain dari itu setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menangani pelbagai isu...Kita juga masih mempunyai JKM dan di setiap negeri mempunyai badan amal seperti Baitulmal dan Pusat Zakat yang berfungsi untuk membela nasib OKU serta mereka yang kekurangan dan pada pendapat saya apa yang wajar dilakukan agar peranan jabatan serta badan ini perlu diluaskan kan lagi dan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa supaya ianya selaras dengan kehendak kerajaan yang maukan kebajikan raayatnya terbela sebaik munkin...


...Lama dulu pernah saya ke Pusat Pesakit Melarat yang terletak di Kuala Kubu Bharu...Ramai insan terbiar yang dipinggirkan oleh keluarga, OKU serta pesakit yang amat dhaif ditempatkan di situ...Namun makan minum serta sakit mereka di situ ada yang menjaganya...Terus terang saya katakan bagi calang calang orang tidak akan sanggup untuk berkhidmat di sini termasuklah saya sendiri...maka dengan sebab itu jugalah pegawai penguasanya merupakan OKU juga....dan jelas jika tanpa perhatian dari orang lain akan bertambah malanglah akan nasib mereka...Namun pada pihak yang menangani kes adik Firdaus ini dengan segera saya suka mengucapkan tahniah kerana ini merupakan langkah bijak...Proses pemulihan perlu dilakukan walaupun hasilnya munkin lambat...Kerana ia bukan saja melibatkan kesan fizikal malah mental juga.....Justeru bagi kita yang  masih merasa kitalah yang paling tidak bernasib baik ingatlah bahawa sebenarnya masih ramai lagi yang lebih malang akan nasibnya di luar sana...Maka bersyukurlah yang nasib kita tidak seburuk itu...Alhamdullillah.....


...Dengan apa yang berlaku diharap dapat membuka mata banyak pihak yang bertanggung jawab namun tanggungjawab bukan hanya kepada mereka sahaja..kita sebagai masyarakat yang kadang kadang prihatin sebenarnya perlu lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling...Usah bimbang dilabel sebagai busy body...Kerana semua itu perlu pada sesetengah situasi...Semuga tiada yang terlepas pandang dan apa yang telah terjadi tidak akan berulang lagi...


...Satu persoalan kemanakah badan badan NGO yang kuat berbicara tentang hak asasi manusia dan apakah tindakan mereka dalam perkara sebegini?? Sedangkan dalam isu LGBT merekalah yang paling lantang bersuara?!?...

Thursday, June 12, 2014

...Tanpa Cinta...Alam Mula Menolak Kita...




...Bahang panas telah mula terasa, di mana mana orang bersungut hujan pun tidak menentu adakala kerap ada masanya langsung berminggu tidak menimpa bumi..Jika turun pun bersama dengan angin kencang yang menumbangkan pokok2 besar serta banjir kilat sama...Bagi nelayan cuaca buruk menandakan mereka tidak dapat turun ke laut samalah halnya dengan penoreh getah dan peniaga peniaga yang berkonsepkan nomad yakni peniaga Pasar Malam... Ada yang beranggapan ini petanda bulan puasa yang hampir tiba tidak lama lagi yang sebenarnya lebih  merupakan  Fenomena Al Nino...Namun saya kira itu bukan penyebab utamanya fenomena cuaca yang seakan 'marah' pada dunia dan penghuninya...Pastinya ada sebab musabab yang lebih besar mengapa semua ini terjadi...Baru baru ini beberapa kampung di Daerah Kampar Perak mengalami banjir kilat begitu juga pada hari yang sama turut berlaku di UIA Gombak serta MRR 2 selain tanah runtuh yang berlaku di beberapa tempat lagi...Ini sebenarnya bukan hanya berlaku di negara kita tapi seluruh dunia mengalaminya...


...Baru baru ini setelah agak lama tidak menungkah ke Tanah Tinggi Cameron bilamana termakan pujuk anak anak saya gagahi juga hati dan kederat ini untuk kesana semula...Terus terang saya katakan sebab utama yang membuatkan hati menjadi tawar adalah kerana sedih dan sakit hati melihat alam yang dipunahkan oleh manusia yang tiada rasa belas melainkan hanya nafsu tamak yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada di Tanah Tinggi itu..Memang benar seperti ungkapan atau sabda Nabi SAW bahawa manusia jika diberikan dua lembah emas mereka akan tetap mencari yang selain nya untuk menambah lagi apa yang ada...(lebih kurang begitulah ayatnya)...








...Sepanjang jalan saya hanya menumpukan perhatian dengan pemaduan tanpa mengambil kisah atau melihat2 sekeliling seperti kebiasaan kerana itu semua hanya akan menambah rasa kesal di hati...Sampai di Tanah Rata (Memang dah kena rata dek traktor) kami membentang tikar di bawah pokok Rhu untuk lepak lepak seperti kebiasan jika kesini sambil membuka bekalan...Setelah makan tiba tiba hujan turun dengan lebat...Kami bergegas ke atas bukit yang menempatkan Masjid Abu Bakar sementelah waktu Zohor pun sudah menjengah...Selepas solat kami ambil masa berehat di  dalam Masjid sambil menunggu hujan teduh...Alhamdullilah dengan hujan yang sebegitu lebat kami dapat kembali merasa kedinginan cuaca Cameron yang sebenarnya tidak lagi dingin seperti dulu dulu...Saorang sahabat yang pernah bekerja di sini pada tahun 80an memberitahu yang beliau cuma mandi seminggu sekali di sini kerana tidak tahan dengan suhu  yang terlalu sejuk hinggakan berasap ketika membuka paip air... Sejuk amat sejuk katanya...



                                                            ...halwa telinga ketika memandu...

...Tapi bak kata Dato' SM Salim itu semua dulu dan bukan lagi seperti mana sekarang...Pertama kali kesini saya memakai jaket kulit..Kali kedua selepas itu jaket kulit yang dipakai mampu membuatkan saya berpeluh...Ye betul inilah yang berlaku di Cameron Highland sekarang...Tiada yang istimewa jika mahu melihat keindahan alam serta gunung ganang di Banjaran Titiwangsa ini lagi...Cameron Highland sudah amat tercemar serinya, telah hilang dinginnya dengan bukit bukau yang gondol dengan sampah sarap dibuang merata2 di samping bangsa asing yang ramai bekerja di sana...Semua itu menyakitkan mata...Keindahan, ketenangan  Cameron hanyalah kisah kelmarin....Saya tidak pasti apakah  ini juga berlaku kepada lain lain Tanah Tinggi di negara ini...Bagaimana dengan Gunung Kinabalu, Frasier Hill, Bukit Larut...Genting Highland ketika pertama kali menjejak kaki di sana memang sejuk..Tapi ketika itu pembangunan nya amat minimal berbanding sekarang...Namun apa yang boleh saya katakan sekarang kita boleh melihat sayup sayup di kejauhan Bandaraya di Tengah Belantara (Genting Highland) ketika memandu di Lebuhraya Utara - Selatan (Berhampiran Tg Malim)...


      ...Suka saya untuk berkongsi beberapa gambar yang sejuk mata memandang ketika di sana...

































                                                 ...Terasa macam kat Siam le pulak...







                                            ...Peluang yang ada jangan disiakan...Huhuu...








                                                  ...Lepas solat..tunggu hujan reda...





                                 ....Arghhh@!!! Pemandangan yang tak mahu tapi terlihat jugak!...







...Suatu masa dulu saya pernah meredah banjir kilat ketika pulang untuk berhari raya di Batu Gajah...Pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelumnya dan ketika itu sungguh menakutkan kerana kereta saya nyaris2 dibawa air yang mengalir deras dari sebelah kiri jalan...Ada dua punca utama setahu saya selain hujan lebat sistem pengaliran air yang gagal berfungsi dengan baik...Parit yang hanya layak dipanggil sebagai longkang sedangkan ianya berhampiran RPT (Rancangan Perkampungan Tersusun) yang jelasnya tidak tersusun... Mujur saya terlepas namun lebih kurang 50 meter kereta saya langsung tidak dapat bergerak setelah injin dimasuki air...Saya terpaksa menunda kebengkel keesokan harinya...Dan ini semua membuatkan budget saya tergeliat untuk bulan itu...Bencana alam mampu membuat kita menanggung kerugian dan ia bergantung pada tahap mana kerosakan dan kemusnahan yang dialami...Bagi mana mana negara yang mengalaminya ia memberi kesan terhadap rakyatnya dari segi sosial, ekonomi, psikologi dan pelbagai lagi yang mana memerlukan peruntukan kewangan yang banyak bagi menanganinya...Justeru ada yang terpaksa meminta bantuan dari dunia luar...












           ...Produk Orang Asli yang terdapat di laluan dari Simpang Pulai Ke Cameron Highland...


...Kita tidak seharusnya  menyalahkan fenomena alam jika berlakunya tanah runtuh , gempa bumi, banjir atau lain lain lagi bencana...Kerana semua ini adalah kerana sikap alpa kita sendiri yang tidak mahu bukan tidak tahu untuk menghargai amanah Tuhan...Kita semua sedia maklum jika kita memberi kasih sayang serta menghormati kepada yang lain selalunya kasih sayang itu juga akan dibalas... begitulah sebaliknya...




P/s: - Semua gambar diambil menggunakan Note 2 dan Lenovo S650

Monday, June 2, 2014

...Di Mana Integriti Jika Tiada Jati Diri...





...Semakin cuba dibendung semakin menjadi2 pula...seludup diesel, passport palsu, dadah, pati dan segala macam perkara lagi yang melibatkan pelbagai jabatan yg membabitkan penguatkuasaan...Rasuah - Mampu menjahanamkan institusi atau sesebuah jabatan...Malah semua sedia maklum hatta sebuah negara pun mampu ditumbangkannya...Gaji tinggi bukan lah faktor yang mampu menghalang akan perilaku sedemikian...Jika integriti serta iman tidak bersama...Tegasnya lagi jika penguatkuasaan tidak mampu dilaksanakan dengan jujur serta berhemah selagi itulah segala macam onar tidak akan  mampu dikekang apalagi dihapuskan...Ironinya negara ini dalam segala hal jika diperhatikan sering mengamalkan apa pun tindakan secara bermusim dan bukan berterusan seperti mana yang sepatutnya berlaku...Kekesalan hanya mampu kita suara kan...sedangkan tindakan sepatutnya  dari pihak yang berkenaan...Setiap pemegang amanah telah digajikan untuk melaksanakan tugas sesempurna yang munkin tanpa alasan...By hook or by crook!!



...Tiada permintaan tiada penawaran...Rasuah- Salah satu sebab yang amat ketara....Di sini jika kita lihat pemantauan terhadap mereka yang memegang amanah ini juga perlu dan dilakukan bermula dari peringkat atas hingga ke akar umbi...Tiada pengecualian...Samada kamu jerung atau paus semua mesti dilupus! Kita sudah letih dengan mendengar kes melibatkan orang atasan....Kaut duit haram jutaan ringgit tapi lepas begitu saja sedangkan kes saorang pencuri jering yang harganya tak sampai Rm 20 meringkuk di penjara setahun!! Selalunya jika perkara yang melibatkan rasuah secara tak langsung akan menyentuh politik dan parti yang memerintah,dua isu yang merupakan kembar dan berkait rapat...dan ini sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Malaysia yang mengaku diri mereka celik politik untuk menghentam selagi mahu...Namun untuk memperkatakannya, saya berpendapat ia perlu dilihat dari scope yang lebih luas dan tidak terhad...sedangkan saya tidak berminat untuk menjadikan laman blog saya sebagai medan bagi menyentuh isu politik...



...Seperkara lagi amalan rasuah kita sedia maklum bukan saja berlaku dalam jabatan kerajaan atau swasta, bukan saja ujud dalam mana2 parti politik atau persatuan ianya ujud di mana2 sekeliling kita...dan saya beranggapan ianya munkin seusia dengan aktivi pelacuran yang merupakan pekerjaan tertua yang diketahui ujudnya...Teringat satu kes masa muda dulu saya pernah dikejar anggota Polis hingga ke rumah sewa setelah mengelak dari road block (lesen L mati) Setelah alasan serta rayuan tidak diendah mereka berkeras meminta saya berlaku 'gentleman' dan saya faham apa maksud mereka...Akhirnya dalam terpaksa menghulurkan Rm 3 yang mana ketika itu hanya itu yang saya ada sedangkan mereka mahu lebih dari itu (Saya buka wallet dan tunjuk isinya kepada mereka)...Tanpa rasa belas mereka berlalu dengan wang Rm 3 saya itu...Bayangkan betapa murahnya harga diri mereka yang boleh di beli dengan harga seringgit seorang ( kes ini berlaku pada tahun 80an tapi tetap segar dalam ingatan)



...Rasuah merupakan kudis dalam masyarakat jika tidak dibendung mampu menjadi barah yang akan melumpuhkan apa saja!!Undang undang, peraturan serta hukuman perlu dilaksanakan dengan tegas tanpa ada kompromi...Samada kamu yang duduk di kerusi empuk mau pun pemandu lori...Beserta dengan iman serta taqwa...saya percaya akan ujudnya jati diri serta integriti seterusnya semua ini mampu ditangani...Justeru semestinya perkara ini yang ditekankan dalam diri....Bagi yang terlajak wajar untuk muhasabah...Masih belum terlambat untuk berubah atau berpatah balik...Jika tidak kasihan pada diri sendiri kasihanlah pada anak isteri di rumah yang menanti rezeki halal dari kita...