Total Pageviews

Thursday, May 15, 2014

...Pita Hati...





...Ketika ke AEON untuk membeli issue terbaru ROTTW tempohari cover majalah itu menarik hati saya...Pertama imej anggota band itu kedua nama band itu sendiri...Pita Hati  (teringat saya ketika pertama kali melihat cover album Pedita Gila – Sil Khannaz...yang agk unik serta menarik.......Mengapa Pita Hati?? Setelah mendengar lagu lagu mereka...Saya berasakan band ini lebih lekat jika diberi nama sebagai Pelita Hati...Di mana mempunyai maksud yang dalam walaupun agak ’dark’ namun itulah juga yang membezakan identiti muzik mereka dengan kebanyakan band2  generasi baru yang tumbuh melata sekarang ini...Dengan imej simple dan rugged serta tema muzik Rock Psychedelic, progressif ,funky, folk era 70an mereka benar2 mencuit hati saya dah saya percaya juga bagi kebanyakan penggemar muzik genre ini...dengan package ini menarik saya untuk lebih mengenali mereka...walaupun sebelum ini pernah terlihat tapi tak amik pot...Cuba untuk memadam akan bayang bayang ayah mereka sifu terkenal M Nasir didalam karya  dan setakat ini mereka berjaya...namun itu bukan satu ukuran mutlak untuk melihat kejayaan bagi buah tangan awal dari band ini...Jalan masih panjang dan berliku...

                               


...Kehadiran mereka memenuhi jadual tour show case di Ipoh baru baru ini membuka peluang kepada saya untuk sendiri menyaksikan serta menilai akan Pita Hati...Skil permainan menunjukkan mereka merupakan pemuzik yang berilmu serta serius...Dengan set up equipment yang agak terhad namun itu bukan satu penghalang untuk band ini memberikan sesuatu yang terbaik...Pujian juga harus diberi kepada soundman malam itu (walaupun duduk bersebelahan langsung terlupa untuk saya menyapa serta berkenalan dengan beliau) Meriah serta asyik..adakala terasa seperti mendengar Pink Floyd, kadang2 turut bersama Coldplay... tidak keterlaluan juga Ebiet G Ade!







...Apa yang saya perasan pada lagu Nafas yang mana pattern bass linenya hampir sama dengan lagu Us And Them (Pink Floyd – Dark Side Of The Moon (1972)) tapi bagi saya itu munkin satu kebetulan atau pun sememangnya apa yang dikata kan sebagai influence...Bila diselidik rupanya bassis band ini meminati Roger Waters (Pink Floyd)...Ini normal kerana saya pernah membaca satu artikel di dalam Kerrang, Ritchie Blackmore mengaku Jimi Hendrix banyak menpengaruhi beliau...begitu juga Yngwie J Malmsteen yang amat menonjol pengaruh Blackmore di dalam karya serta imej beliau...Michael Jakcson juga meniru 'moonwalk' dari James Brown...Pengaruh Loloq serta Iwan Fals juga jelas pada lirik hasil tulisan band ini...Siapa kata pemuzik tidak boleh meniru pemuzik yang lainnya...Bagi saya tidak salah untuk terpengaruh asalkan tidak ditiru bulat2 dan ia seharusnya dikembangkan lagi agar menjadi identiti sendiri...Sedangkan muzik itu sendiri sememangnya direcycle setiap masa...




...Cuma satu persoalan yang lahir dari benak hati saya..adakah mereka mampu untuk terus berdiri dengan muzik bawaan mereka serta kekal bersama tanpa terpengaruh dengan flow muzik mainstream Malaysia yang klise serta tipikal...Bimbang saya sebenarnya...Saya berhenti dari mendengar album M Nasir sejurus album Solo pertama beliau...Kerana selepas dari itu beliau telah berlari jauh dari tampuk asal...Walaupun kesal saya tidak menyalahkannya dalam membina hala tuju  dalam muzik..kerana dalam kebanyakan hal beliau berjaya membuktikan kepada umum apa yang dilakukannya banyak yang betul...Semua kita punya prinsip serta falsafah yang wajar dipertahankan... Kebanyakan artis yang tegar mengatakan dalam berkarya material  berada pada takuk ke empat atau ke lima...Namun tiada siapa yang berani menafikan tanpa material seni  mampu tersekat separuh jalan...Kita tidak mampu untuk berkarya lebih bagus disebabkan kekangan kapasiti teknologi studio atau instrument itu sendiri...Sesetengah artis juga agak susah untuk menerjah dunia luar...Justeru material serta ruang yang lebih luas diperlukan...salah satu cara, keluar dari kepompong atau lari dari kebiasaan...Ini jugalah yang dilakukan beliau...Opss sudah jauh merewang kiranya saya...






...Bagi saya band ini wajar diberikan perhatian kerana keunikan mereka serta muzik yang dibawa...Justeru media penyiar seharusnya mengambil langkah postif dengan memberi peluang untuk lagu mereka disiarkan tanpa prejudis...Beri mereka peluang untuk membentuk semula minda para pendengar...Itu juga lah yang dikatakan kepada saya oleh Nasrin usai show case mereka di Ipoh baru baru ini...Jika mereka ikhlas serta serius dengan muzik... mereka yang perlu membentuk arah tuju mereka bukan pendengar atau pun rekod company...mereka mesti mendidik pendengar agar beralih dari terus terusan melayan lagu lagu yang tidak mampu membuat pendengarnya berfikir secara resional serta matang...Muzik atau apa jua yang berkaitan dengan seni bukan saja bertujuan untuk berhibur atau cari makan scopenya luas jika dilihat dari pelbagai sudut..Bagi penggiat tanggung jawab mereka berat untuk digalas dan pendengar wajar dididik untuk menghayati serta berfikir dalam mendengar...Tapi tidak semua artis mau ambil pusing semua itu sementelah pendengar juga hanya mahu berhibur... Dan saya berasakan masih belum terlambat sebenarnya untuk tujuan itu...Jika lagu nasyid mampu berdakwah dan mengajak kita kepada perkara positif muzik rock psychedelic atau lain lain genre juga begitu..cuma acuan serta pendekatan nya saja yang berbeza...Untuk si Pita Hati..Keep up a good job! (lain kali jangan lagi panggil saya abang ekk...Ingat, panggil saje Pak Cik..hehe)     



        

P/s: - ...Takziah untuk Kartina Dahari, Idris Sardi, Aziz Sattar..Tiga lagenda yang baru pergi meninggalkan kita dengan khazanah seni yang bernilai...







7 comments:

faizal abd fathi said...

terus terang bila dengar band ni... boleh pergi jauh... harap orang hargai muzik diorang bukan muka hensem diorang...

Rafi said...

Ini baru betul art.terbaik..'pakcik' pun Makin hensem.. Heheh..jgn mare bang

PC kOKak™ said...

aku suka band ni.. dorang cukup bagus.. tak kesah dorang hanyut ke apa.. dorang ada influence dorang yang paling kuat bukan Floyd atau apa tapi Bapak dorang.

deaf-angel said...

Nice post, ok nanti aku nak survey band ni.

Kaboi Tanduk said...

selain Pita Hati, bassist dia main dengan Couple dan ada lagi beberapa band lain setahu saya..

berteromber said...

Dah check kat youtube....boleh tahan dorang ni...bagus...

Faithcraft said...

13 June @ alor setar, bleh pi jenguk ni.. dengan gerek! hahahah!