Total Pageviews

Sunday, April 27, 2014

...Mengapa Mesti Double Standard...




...Seperti yang semua Metaler sedia maklum band Thrash Metal dari Jerman Kreator dijadual mengadakan gig di Scandals Club Kuala Lumpur pada 23hb.April 2014...Saya yang berasa sangsi dengan ketelusan mengambil jalan selamat, dengan tidak membeli tiket mau pun merancang untuk hadhir...Ini kerana bimbang akan kesan dari kes Bkt Jalil tempohari yang mempengaruhi pihak tertentu untuk mengambil tindakan...Rupa2 nya segala sangkaan saya menjadi kenyataan...


...Kerana selera yang berbeza, disebabkan penampilan yang lain dari kebanyakan orang lain...hak peminat band Thrash ini dinafikan...Umum banyak yang tidak mengetahui Muzik Metal kebanyakan mengenengahkan isu2 sensitif yang tidak disentuh dalam kebanyakan genre lainnya...Metal menyentuh isu rasuah, peperangan, politik dan lain2 isu lainya (tidak terkecuali yang nagetif)...cara penyampaian yang penuh dengan emosi, lantang samaada marah atau kritikan pedas...antara sebab ianya dipanggil Metal...bukan dengan muzik lesu ,layu dengan tema cinta tipikal yang tidak mencabar minda malah melumpuhkan semangat pendengar!!


...Saya ingin menyentuh sedikit tentang menikmati/mendengar muzik Metal ini...Secara amnya semua muzik perlukan penghayatan bagi menikmati salah satu dari anugerah Tuhan ini...Peminat muzik dan penggemar bunyian bunyian bagi pendapat saya merupakan dua perkara yang berbeza sebenarnya..Penggemar bunyian hanya suka kepada bunyi2an yang 'sedap' pada perkiraan mereka berbanding bagi peminat muzik yang meminati satu satu jenis muzik berdasarkan unsur seni yang ada pada muzik itu sendiri selain dari beberapa faktor lainnya seperti skil pemuzik, jenis muzik, hala tuju pemuzik, penampilan, melodi, lirik serta isu yang diketengahkan..Semua ini diambil kira dan mampu membuat peminat bukan saja mendengar tapi turut berfikir...berbanding dengan mereka yang suka pada bunyian tetapi tidak mengambil kira faktor lain nya selain dari hanya ingin berhibur dan berseronok!!...Justeru kebanyakan mereka ini tidak meminati akan muzik genre Rock atau Metal....Malangnya mereka  memerlukan bahan lain pula untuk mendapatkan lebih feel juga keseronokan...justeru dalam kata mudahnya bahan perangsang seperti dadah diperlukan!! (Merujuk kes di Stadium Bkt Jalil) Sebenarnya tanpa muzik pun kamu boleh mendapat nikmat (kosong) dengan bantuan bahan terlarang...Bunyi kentut yang biasa2 pun kamu akan kata ada sound effect beserta distortion segala...dengan syarat jika mengambil dadah!!! Sayang dan rugi sama sekali... Dan pendapat saya mengatakan mereka bukan lah peminat muzik yang sebenar jelasnya mereka hanya suka kan bunyi2an dan hiburan serta keseronokan terlampau!...Menghayati/mendengar muzik tidak perlu bahan lain untuk merangsang cukup dengan deria telinga yang dipinjamkan oleh Tuhan...Dan tanpa najis arak serta dadah kita masih mampu mengawal diri!...






...Ok berbalik pada isu Thrash Metal kita tadi...Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi semua kita perlu hormat serta menghargai pendapat serta selera orang lain...sesuatu yang berbeza seperti penampilan contohnya yang munkin nampak ganas, rugged serta kasar itu tidak bermakna ia akan merosakan orang lain...Siapa pun tidak boleh menafikan ramai lagi yang berpakaian kemas serta menarik tapi mengamalkan rasuah, menipu, memakan duit anak yatim, memeras ugut, mengadu domba 'back stabber' di luar sana!!


...Apakah kerana gig Metal tidak menghidangkan gadis2 mongel yang berpakaian mencolok mata dengan arak2 mahal...maka scene ini dipandang serong!?...Jelasnya scene Metal tiada moral support dari pemerintah tiada menteri yang hadhir untuk potong reben pada majlis sidang akhbar...Tiada itu tiada ini..makanya tiada peluang untuk bertapak serta mendapat hak di sini!!


...Apa pun saya percaya dengan pembatalan ini tidak bermakna ia menjadi titik permulaan bagi lain lain gig Metal untuk tidak dibenarkan beraksi di sini...Scorpions (80an) & Kreator kedua2nya cancelled dan saya selamat sebab tidak  yakin dengan kewibawaan organiser...Dalam lain kata organiser juga sebenarnya perlu mengambil sikap lebih bersedia serta berhati2 bagi menganjurkan gig atau konsert seperti ini...Mereka juga harus ingat beberapa langkah serta pendekatan perlu diambil kira...dengan modal besar yang dilabur belum tentu menjanjikan kejayaan apalagi keuntungan... 'Buisness Means Buisness' pelbagai risiko perlu dihadapi kerana ini bukan konsert Daud Kilau!...Wajar mereka ini menimba serta tidak malu belajar dari organiser yang lebih berpengalaman...Hubungan dua hala yang baik melibatkan pihak berwajib tidak boleh diambil mudah dan perlu ada bagi memudahkan segala urusan serta mengelak pelbagai kerenah birokrasi...


...Dalam hal ini konsep DIY yang diamalkan dalam scene underground perlu dilonggarkan kerana kita tinggal di Malaysia bukan di Eropah...Jika diambil kira dari pengalaman masa lalu risiko permit dibatalkan dengan sebab yang remeh sering berlaku....Namun tidak bagi gig pertama mereka yg berjaya diadakan pada 2005 pihak ADDK turut mengambil bahagian dengan membuka booth di tapak gig...Ini secara langsung memberi peluang untuk kedua2 pihak merapatkan jurang perbezaan serta memahami hala tuju masing2...juga mampu mengikis sikap sinis dari pihak berkuasa serta mereka yang tidak memahami scene underground...ini yang sepatutnya berlaku dalam usaha untuk mengujudkan masyarakat yang memahami serta saling menghormati tanpa mengira siapa kamu(agak klise bunyinya)...Justeru siapa kata komuniti Metal tidak mampu memberi apa2 sumbangan?!


...Metalers bukan hipokrit!!...sedangkan seperti manusia lainnya juga...selepas mengambil sedikit masa untuk berhibur mereka juga akan bertebaran untuk memenuhi tanggung jawab masing masing...Ada yang terdiri dari Jurutera, Peguam, Guru, Pelukis, Penjawat Awam dan pelbagai profesion lagi...Semua mereka terdiri dari manusia biasa seperti orang lainnya...Pada yang tidak tahu suka saya tekankan di sini (tanpa niat menunjuk2) bagi menghormati waktu solat show akan diberhentikan di setiap gig Metal yang diadakan...Satu contoh jelas concert besar Metal iaitu Festival Hammersonic di Indonesia kemudahan tempat mengerjakan solat juga turut disediakan...Apa pun dan siapa pun kita tanggung jawab terhadap diri serta Tuhan tetap diutamakan...Semua insan perlukan hiburan asal tidak melalaikan...




6 comments:

Adi Herman said...

"Semua insan perlukan hiburan, asal tidak melalaikan"...100% dengan kenyataan ini.

Rafi said...

terbaik punya ulasan..'asalkan tidak melalaikan' - setuju! 110%

berteromber said...

Walaupun Malaysia semakin moden dan semakin terbuka...rock dan metal tetap di takuk lama...80an Scorpions kena cancelled...2014 Kretor pulak kena....

Agak2 dalam tempoh 30 tahun tu berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang jadi jahanam sebab rock dan metal?...

deaf-angel said...

Thorbaik la beb. Aku setuju pendapat ni.

D'arsil said...

kebanyakan mereka ini buta, asal musik yg penuh kegahirahan akan mendapat tempat dihati mereka, nampak sangat double standard

Faithcraft said...

metal akan sentiasa dipandang serong...