Total Pageviews

Monday, August 5, 2013

...Mengapa Mesti Menipu Untuk Hidup...




...Hari kedua Ramadan aku kantoi...makan kueh yang dibeli anak aku di Pasar Ramadan yg sambalnya entah kurun bila pun tak aku tahu...baru2 ini pulak anak aku terbeli kueh yang tidak cukup masak...



....Ini memberitahu kepada kita akan tahap kebersihan dalam penyediaan yang semestinya juga fail! Sedangkan pengertian  halal itu luas bukan hanya melibatkan  babi serta anjing...ianya termasuk juga kebersihan serta suci dari sudut agama... Apa punya bebal si penjual pun entahlah...Munkin prinsip mereka..Lu suka boleh beli tak suka orang lain boleh mari...tak laku hari ini esok boleh kasi panas dan jual balik...



...Berniaga sambil menipu dan mengambil untung berlebihan ini bukan hanya terdapat dalam perniagaan makanan tapi yg lainnya juga...aku percaya ramai di antara pembaca pernah melalui pengalaman yang sama atau hampir serupa...Aku pernah menerima rungutan saorang Doktor klinik GP yg telah ditipu oleh sales rep dengan membeli set oxygen yang kononnya baru dan masih penuh oxygennya...Takkala datang saorang pesakit yang memerlukan rawatan didapati tank itu kosong sebenarnya!!...Dipendekkan cerita akhirnya pesakit itu meninggal dalam perjalanan ke Hospital...Di pekan Gopeng aritu pula juga saorang lagi Doktor mengadu telah didatangi saorang salesman yg ingin  meminjam oxygen set yang konon untuk ditunjuk sebagai contoh kepada saorang pelanggan yang berdekatan..(secara logiknya mana munkin saorang penjual tidak mempunyai demo set sendiri atau paling tidak katalog untuk ditunjuk pada pelanggan) setelah termakan dek pujukan dengan penuh percaya Doktor tadi lalu mengizinkan...Sejak dari itu salesman berkenaan tidak muncul2 bersama dengan  set yang dipinjam...



....Jadi jika penjual/peniaga di luar sana boleh berasa selesa dan bahagia dengan amalan menipu orang lain...apakah sebenarnya lupa mereka juga munkin akan disumpah seranah oleh mangsa...barang perlu diingat bahawa doa mereka yg dianiaya akan dimakbulkan Tuhan...tiada hijab walaupun yang berdoa itu adalah kafir sekalipun....Untung - bahagia  munkin di mata dengan harta serta kemewahan dunia..Rugi - namun sebenarnya itu semua munkin juga adalah istidraj dari Allah...yang mana dalam diam jiwa mereka  sebenarnya derita...Kesannya lagi bilamana pelanggan turut berasa prejudis terhadap para peniaga lainnya juga...



.... Di samping itu masih ramai yang berniaga dengan jujur dan ikhlas..tidak terlalu memikirkan untung duniawi tapi lebih memikirkan laba atau saham akhirat...mereka berpendapat...dalam diri mesti diterapkan selain dari berniaga harus ada niat serta usaha untuk menolong orang lain....Biar lah rezeki sikit tapi berkat...lagi pun kita sedia maklum dan  ingat... Sikit sikit...lama lama jadi bukit...tak gitu?? 




...Jadi Ramadhan kali ini aku hanya ambil  masa 3 kali saje untuk pergi ke bazar ramadhan...Sebabnya kita semua dah sedia maklum...Justeru mengapa mesti menipu untuk hidup??




...P/s: -...Sedih saorang pesakit yang aku bekalkan Oxygen Concentrator baru2 ini hanya sempat menggunakannya selama 4 hari sebelum meninggal akibat komplikasi lung cancer tahap empat...Aku cuma mampu membantu...namun Tuhan yang menentu...Inalillahiwainailaihirojiun...