Total Pageviews

Wednesday, July 17, 2013

…Obat Oi Obat..





...Masyarakat kita di Malaysia sekarang ramai yang telah sedar betapa pentingnya dalam hal menjaga kesihatan...dari itu pelbagai kaedah dilakukan kerana semua mau hidup sihat dan ceria...Ada yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan exercise secara berkala,menjaga pemakanan dan ada juga yang mengamalkan pelbagai jenis ubatan atau makanan tambahan...


...Bila sebut topik ubat nih...orang kita Melayu amat obses dengan ubatan traditional yang lebih menjurus kepada ‘ubat kuat’..apanye yang kuat jika ditanya..Semua kuat! Kata dema…ringkas tapi padat dan dalam maksudnya....entahlah...


...Bangsa asing...Cina contohnya seperti yang aku tau mereka lebih teruja untuk sihat..sihat dari erti kata yang sebenarnya...sihat jiwa raga..sihat rohani dan jasmani…dan jika diminta membuat pilihan aku lagi suka sihat rohani dan jasmani…Tiada jalan mudah untuk mencapai kesihatan yang baik...mesti menjaga serta mengawal pemakanan...perlu juga bersenam....apa yang boleh dan apa yang tidak…seperti juga jasmani rohani juga perlu diberi ‘makan’ yang baik2…Dan yang penting bersederhana dalam segala hal…


....Berbeza  dengan sesetengah dari orang kita yang lebih suka mengambil jalan mudah...untuk bersenam tiada masa katanya...Penyudahnya makan atau minum saja segala macam jenis makanan tambahan atau ubatan yang belum tentu lagi terjamin keselamatannya untuk jangka masa panjang...Dalam iklan katanya 100% herba...Ok herba yang macam mana? Kalo herba atau akar kayu segalanya pun perlu ada sukatan, atau tidak boleh diambil membuta tuli...ini ditakuti akan mengakibatkan keracunan atau lain lain implikasi...Jelasnya baja yang diguna pakai pada pokok herba itu juga mampu memberi kesan tidak baik kepada pengamalnya...


....Dengan sambutan yang hangat dari pengguna yang obses macam yang aku katakan tadi maka berlumba lumba pula lah segala macam product yang dikeluarkan oleh pelbagai pengusaha dah umpama cendawan lepas hujan saja lagaknya…di mana ada yang lebih mementing kan kuantiti dari kualiti dan originaliti…tahukah para pengguna ubat yang dibeli itu munkin telah dicampur dengan pelbagai steroid atau sama je dengan ubat yang dijual oleh Do Re Mi???…Perghhhh...


...Demi untuk menghadapi pelbagai saingan dari banyak lagi pengeluar maka pelbagai promosi serta iklan diadakan...Bagus kerana itu juga merupakan salah satu strategi dalam perniagaan...cuma yang tak bagusnya bilamana banyak iklan yang berbaur lucah...tak payah aku tuliskan disini tapi korang boleh tengok,baca dan dengar sendiri...


...Satu cerita yang boleh kita kongsi ini berlaku kepada abang sepupu aku...beliau telah disahkan oleh Doktor mengidap masaalah jantung...ini setelah satu hari beliau membeli sejenis ubat yang dibeli dari penjual di pasar malam..konon untuk kekal kuat & cergas...balik saje di rumah terus telan...Hahh tak lama lepas tu tetiba je dunia jadi berpinar2 dan sakit dada...sudahnya tersadai di wad kecemasan....


...Jelasnya sikap berhati hati perlu diamalkan serta berpada pada dalam memilih bahan yang dimakan...jika bersenam pula perlu akan semangat serta disiplin yang tinggi...Yes! No Pain No Gain...




P/s: - ...Ok tak perlu lah menjadi Badang…yang mana sebab nak jadi kuat muntah hantu pun dia sebat...hahaa...Orang kita bila produk itu dikatakan ubat kuat semua nak dirembat!!









Tuesday, July 2, 2013

...Muafakat Membawa Berkat Dalam Masyarakat...





…Pagi Khamis …Cuti Keputeraan Sultan Perak pada tahun lepas…KRRT di kampong tempat aku tinggal mengadakan program Senam Robik dan Ceramah Kesihatan…Aku dengan wife sebenarnya demam..Namun atas sebab ingin turut serta dan mahu bercampur gaul aku gagahkan jugak untuk hadir... bukan selalu pun dapat peluang begini memandangkan masing2 sibuk dengan tugas…kami datang pun lambat dari orang lain..yang mana program dah pun bermula…aku duduk di tepi padang dengan beberapa orang Pak Cik yang rupanya turut tidak sihat..namun mau jugak turut serta…sebagai tanda sokongan...Alhamdullillah program berjalan lancar walaupun cuma 150 orang yang hadir sedangkan bilangan penduduk lebih dari itu dan bertambah setiap masa…munkin yang lain tu ada halangan atau program lain...ok lah tuu..





....Manakala itu baru baru ini ketika cuti Hari Pekerja KEKWA kampung kami telah mengadakan program bermain bowling di antara ahli...Kami kaum bapa berserta AJK KRTT turut menjayakan program dengan menjadi urus setia selain aku yang hanya datang menyibuk..hahaa...Program berjalan lancar dengan gelak ketawa riang para peserta walaupun ada yang baru pertama kali memegang bola bowling...Acara berakhir sebelum masuk waktu Zohor...Kemudian semua kami membawa haluan masing masing...    




                                       ...antara kaum lelaki yang hadhir....







                                   
                                   ...Syok pulak nengok mende nih.... 
                                                  






                                          ...anak anak layan hal sendiri...
                                       


                                 ...ada gak yang lepak lepak sambil bersembang...


…Namun yang dikesalkan bila mana ada suara2 yang mencemuh…aku tidak melatah..namun bersuara juga dalam nada sinis..Bukan makan minum atau hadiah yang dipentingkan..namun objective nya yang sebenar adalah untuk merapatkan lagi hubungan ukwah sesama kita...kita hidup berjiran perlu bergaul dengan masyarakat ini penting dan ia jugak dituntut dalam agama kita…


…Memandangkan kita tinggal sekampung...jika berlaku sesuatu apa pun jiran sekeliling lah yang menjadi keutamaan untuk kita mengadu…Justeru hormat menghormati...tak siapa rugi…namun jika dengan jiran serta orang keliling pun hendak beradu tenaga,menyinsing lengan...hum payah nak cakap laa…




...ready to roll...




                                       ...bersama tokey Tupperware....




                                        ...Hamper dan Tupperware yang sedang menanti...








                                          ...antara group yang menang...


…Secara peribadi aku ikut dan sokong penuh program seumpama ini kerana ianya tidak mempunyai agenda terselindung yang mana memunkinkan ada kepentingan bagi sesetengah pihak atau pun individu…Jadi kalo ada yang tak suka..takyah campur dan kami pun tak kisah…dan tak perlu le pulak menyindir kerana cemburu dengan permuafakatan yang ada…Kami ade lu orang ade!?!?..


…Sebagai contoh betapa perlu dan pentingnya jiran kepada kita…Satu pagi Jumaat tak lama dulu,saorang jiran kami meninggal secara mengejut sedangkan ketika itu hanya beliau dan saorang anaknya sahaja yang berada dirumah..isteri dan lain2 anggota keluarga berada di Sabah kerana menziarahi adik angkatnya di sana…dipendekan cerita jenazah selamat dikebumikan pada pukul 2.30 pagi hari Sabtu..sebagai menghormati permintaan isteri simati yang meminta agar menunggu sehingga beliau sampai dari KLIA…sepanjang ketiadaan anggota keluarga yang lain segalanya diuruskan oleh kami jiran jiran yang ada dan perihatin…bayangkanlah jika tiada permuafakatan serta pertolongan dari masyarakat setempat seperti itu sedangkan jenazah perlu diuruskan dengan segera...Alhamdullillah dan syukur kerana jiran kami semuanya baik2,perihatin dan mahu berkerjasama…   


…Dalam bab berkawan dengan jiran atau sesiapa pun...aku sebenarnya tak memilih…tua ke muda semua boleh campur…Cuma bila bercampur tu pelbagailah rentak yang dibawa…dengan yang senior dari aku lain rentaknya begitu juga dengan yang muda...dan apa yang penting kita jangan sombong dengan orang keliling....