Total Pageviews

Tuesday, April 23, 2013

….Buku Mahathir….



…Buku ini sebenarnya dah lama aku dok ushar…sejak baru keluar lagi nak belinya…tapi disebabkan harganya yang berdentum membuatkan selama ini hanya pegang,angkat dan belek je sebelum letakan semula kat rak kedai…


…Aritu ini masa beli keperluan dapur di Tesco aku nampak buku ni dah dijual pada harga patut dibeli… dari Rm 100.00 sekarang dah tinggal 45.++ hahahaa…Sebenarnya harga yang mahal dulu pun sememangnya patut…memandangkan bukan senang nak menghasilkan sebuah biografi macam nih..cuma poket aku je yang kata tak patut huhuhuu…


…Tak kisah le lambat ke cepat mendapatkannya..kerana bagi aku biar ilmu meninggalkan kita asalkan kita tidak ketinggalan…


…Sememangnya sejak kecil aku suka membaca dan selalu berulang alik meminjam buku2 dari perpustakaan…tapi time tu tak sama dengan masa yang aku ada sekarang nih…Dulu masa banyak yang terluang jadinya peluang untuk menjadi pembaca tegar itu sememangnya terbuka…Sungguh pun masih bersekolah scope bacaan aku tak de barrier semua tajuk aku hayun dari perubataan, sains,sastera,novel,fiksyen,geografi,penyiasatan, sejarah dan paling aku suka ialah buku2 psikologi,adventure dan sikit2  pasal politik yang selalunya aku baca setakat satu bab aje...remeh dan rimas...


…Sesekali ada gak ke Perpustakaan kat Jalan Tambun tu…tapi sayang sekarang masa aku tersangat lah tight nak ke gym pun asyik kantoi sesaje...jadi selalunya ruang untuk aku membaca kini hanya ketika melakukan terapi di rumah…Sekarang ni aku suka bersulam dengan lain2 buku atau majalah ketika mahu menghabiskan satu2 tajuk itu… 

    
…Jadinya untuk buku ini aku kena amik masa entah berapa lama pulak le bagi menghabiskannya…Harap2 mood membaca aku sentiasa ok…sebabnya buku Ustaz Kazim – Tuhan Sedang Menguji Kita yang aku beli sendiri dari beliau pun belum habis aku baca…huhuuu..


P/s: - Masa sekolah menengah dulu aku suka meminjam buku karya Ian Fleming, Enid Blyton dari Perpustakaan Awam Negeri Selangor di tepi Sungai Langat.. :0)



6 comments:

Adi Herman said...

Bagus buku Doktor Umum ni, byk cerita pasal hubungan dia dgn beberapa pemimpin yg terkenal dan semestinya part yg menarik bagi aku ialah cerita pasal hubungan dia dgn DSAI masa dia jadi Timbalan PM dulu...

WanBeruas said...

...Boleh dijadikan rujukan untuk generasi sekarang mau pun akan datang...

WanBeruas said...
This comment has been removed by the author.
faizal abd fathi said...

menarik buku ni dan lagu Uriah Heep tu... Melinda kan?

WanBeruas said...

Yep! Melinda beb!!

deaf-angel said...

membaca untuk semua..
ada golongan melayu malas membaca,
padahal ayat pertama ialah " IQRAK".

I always love to see downtrodden construction workers from Bangladesh or India reading their newspapers in their language, I always love to see old Malay men who are cleaners and sweepers reading the day's Berita Harian.