Total Pageviews

Wednesday, January 16, 2013

…Lamb Of God…




...Munkin aku yang terlepas pandang atau pun aku yang ketinggalan..namun sebelum ini belum lagi aku terbaca mana2 blog tempatan yang memperkata kan tentang band NWOAHM ini...Untuk itu kali ini biarlah aku memperkatakan tentang band Lamb Of God..yang baru merealeasekan album studio yang ketujuh pada 2012 yang lalu...

...Ada agaknya yang berpendapat janggal rasanya orang lama macam aku nak bercerita apatah lagi meminati dengan muzik chaos bagi sesetengah orang ini...Namun itulah kuasa muzik yang tidak mempunyai batas sempadan serta tidak mengenal umur peminatnya..Aku juga tidak mampu untuk menutup mulut orang dari berkata apa saja tentang ‘attitude muzik’ aku....Cuma aku boleh jawab balik..Oitt!! Lu apa hal!!??....Buzz off!!! 

  ...Ditubuhkan pada 1990 di Amerika dengan nama asal Burn The Priest yang mana nama bandnya saja sudah cukup menyatakan provokasi juga kontrovasi..hahaha...Randy Blyte mengambil tempat sebagai vocalist,Chris Adler drums..adiknya Willie Adler di posisi gitar bersama Mark Morton dan John Cambell pula melaksanakan tugas di bahagian bass...


...Dengan sound distortion gitar yang kusut masai dan hampir2 anti melody...jadi jika kamu maukan solo mendayu serta menjerit bersama tremolo jawapannya tiada dalam album mereka...muzik yang dipelbagaikan dengan elemen Thrash,Death Metal,Hard Core Punk dan Metal Core yang kemudian selebihnya menjurus muzik mereka kepada Groove Metal...Jika album Rising (Rainbow) Cozy Powell banyak menarik perhatian aku dengan 'drum works' beliau yang unik bersama jenama Yamaha...untuk band ini aku lebih memberi perhatian terhadap permainan drum double paddle dari Chris Adler yang menggunakan drum set jenama Mapex dan suara growl Rhandy Blyte yang unik...yang mana memberikan trade mark kepada muzik mereka...

...Seperti kebiasaan band2 barat lirik lagu mereka selalunya mempunyai double meaning...Ini yang seronoknya melayan...ia mampu membuat pendengar berfikir dan tidak hanya banging tak hingat dunia..hahahaa..





...Live version dalam DVD konsert Gigantour suara Rhandy untuk lagu ni lebih menyengat...


...Jika di sebelah sini aku cukup meminati akan suara growl dan high pitch dari Fathul (Infectious Maggot) Buragas(Profane Creation,Cruelty Division) dan Chi (Herriot)serta penyanyi dari band Lestrace  (old skool Thailand)....Keunikan mereka ialah mampu menyanyikan lagu pada key paling rendah dan serta merta beralih kepada key yang paling tinggi secara tiba tiba begitulah sebaliknya...Bukan falseto tapi growl serta screamin!! Tak ramai yang mampu menyanyi sebegini...Bagi sesetengah orang ini semua gila...Jika begitu kata kamu...satu soalan...Kamu mampu untuk melakukannya?! Mereka ada..engko ade!?

..Daripada tujuh studio album aku memilih album Vigil dan Sacrament sebagai favourite album untuk aku...


...Antara kelebihan yang ada pada Rhandy bilamana mampu mengawal penonton dengan arahannya...Dengan sekali jeritan sudah mampu mengajak peminat melakukan 'circle pit' untuk mereka moshing beramai ramai...malangnya dalam pada itu ada juga yang merasakan dengan tiket yang ada membolehkan mereka turut bersama di atas pentas...dan ini lah yang berlaku pada  24hb.May 2010 ketika gig mereka di sebuah kelab di Republik Czech..di mana telah mengakibatkan salah saorang penonton telah terbunuh...dan Rhandy telah didakwa akan insiden ini...walaupun masih belum terbukti bersalah,apa yang berlaku telah membuatkan banyak siri konsert mereka dibatalkan...   

....Lamb Of God pernah dua kali mengadakan peresembahan mereka di Singapura baru2 ini di mana ramai kengkawan aku yang turut serta bersama yang lainnya...Hampeh kome oii !!..


...Di sini aku tidak memperkatakan tentang muzik secara ilmiah apalagi teknikal…namun muzik tetap muzik...ia mampu membuat kita tenang dan berfikir...juga muzik mampu menghuruharakan keadaan...hahaa..hahaaa...


P/S : - ...Tua bukan bermakna kamu mesti limitkan halwa telinga dengan apa jenis muzik sekalipun...Asalkan tidak melalaikan kamu dari melaksanakan tanggungjawab terhadap diri,keluarga dan ugama...layannn...Itu lebih bagus dari tak layan muzik kononnya tapi asyik mengutuk,memaki,memfitnah,menganiaya orang jee..So lu ape hal?!!!


...Sambil tulis entri ni aku layan album Dark Side Of The Moon...Hahh!!






6 comments:

deaf-angel said...

haha ni band, dorang main full show tau double bill ngan Judas Priest.
Aku sengaja datang lambat.
Bila sampai " la....masih main lagi ni band? bila nak game? "

aku tak mau nak cuba dengar dan tengok pun dorang live haha

Adi Herman said...

Berbeza dengan bro Deaf Angel, band sebegini merupakan antara citarasa muzik metal yg aku suka...aku sama macam lu bro,UNIVERSAL haha! Album yg paling aku suka ialah New American Gospel, As The Palace Burn dgn Wrath! Wow, kpd mat metal luar sana,rugi x dgr petikan gitar Mark Morton yg teknikal dan menarik itu...bagi aku diorang boleh jadi legend suatu hari nanti...dalam blog aku pun aku ada cerita pasal band ni bro, search ajer la haha...

faizal abd fathi said...

sama dengan Deaf, tak nak terbabit.. dah terkena dengan Stoner Rock punya band... aduiiii

Rafi said...

Betul tu,muzik bukan mengikut usia..rock sampai tuaaa..hehe

Adi Herman said...

Aku suka attitude bro Wan Beruas ni pasal citarasa muzik dia...dia masih dgr muzik metal yg lama tanpa melupakan ada bunyian keras zaman moden yg rasanya masih boleh diterima oleh halwa telinga nya...dia layan Lamb Of God,at the same time masih steady dgn band2 lama mcm Rainbows ataupun Pink Floyd. Patut dijadikan contoh ni, haha aku pun kdg2 layan Deathcore jugak...haha

Faithcraft said...

aku baru penah dengar satu lagu ja Lamb of God ni, itu pun sebab lagu tu budak budak selalu datang main jamming kat studio aku. Haram x jadi pun, sebab drum dia teknikal di part double bass tu.