Total Pageviews

Monday, October 22, 2012

…Tiada Diskriminasi Dalam Muzik....





...Sejak kebelakangan ini kita lihat semakin ramai artis luar dari genre "Besi Waja" yang dibawa masuk oleh organiser2 kita...Rasanya ini bertitik tolak dari kelonggaran yang diberikan oleh pihak KDN...Munkin jugak baru sekarang mereka yang di atas nampak akan benefitnya di situ...atau munkin setelah belajar dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia contohnya...

...Faedah yang dimaksudkan di sini ialah dalam industri pelancungan,aliran wang dari pelancung serta peminat yang turut bersama2 menyertai konsert atau gig artis pujaan mereka...kerana ini jugaklah yang selama ini berlaku bilamana konsert2 diadakan di Thailand,Singapura dan Indonesia...ramai dikalangan peminat metal tegar di sini yang berkunjung keluar negara...hingga ada yang sampai ke negara German untuk menyertai Wacken Festival dan Download Festival di Donnington Park,England...Kemasukan pelancung asing bagi tujuan menyaksikan festival music ke sini dirasakan lebih selamat kepada negara kita..berbanding kemasukan orang luar bagi tujuan bekerja,belajar atau melancung...kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan mereka ini berakhir dengan melencung...

...Bagi tujuan memberi lebih lagi kelonggaran ini..pihak KDN diharap akan lebih peka dan dapat menjalinkan kerjasama dengan mereka2 yang telah lama bergelumang dengan muzik berat ini...Ini bertujuan agar mereka dengan mudah dapat menapis serta mengenal pasti mana2 band yang boleh mengundang kontroversi atau mana2 yang tidak peka akan sensitivity masyarakat serta agama Islam...Di samping itu juga bagi tujuan mengelak tersalah anggapan seperti mana dulu ketika isu Black Metal dimainkan...hinggakan sesiapa saja yang memakai T shirt hitam terus saja dilabel sebagai Pemuja Syaitan...Ini lah yang berlaku bilamana sesuatu isu itu tidak dikaji secara telus dan hanya semberono saja...

...Jelasnya di sini scene bawah tanah mempunyai banyak tenaga2 profesional terdiri dari anak Melayu yang berwibawa...mereka terdiri dari lawyer,engineer,guru,pensyarah juga Dr Phd...yang mana mereka2 ini sememangnya mempunyai pengalaman serta jaringan yang luas ke serata pelusuk dunia...Scene bawah tanah ini bukanlah seperti mana katak dibawah tempurung yang hanya tahu akan dunianya sahaja...ianya lebih meriah,lebih hebat lebih kental jati dirinya berbanding yang berada di mainstream yang meriah hanya dengan suntikan glamour segala macam....

...Scene muzik bawah tanah di Malaysia bergerak secara D.I.Y!!!!Pun begitu ia masih di atas landasan yang betul...tidak seperti yang orang ramai fikirkan...Untuk untuk memertabatkan scene serta industri muzik tanahair bagi mencapai ke satu tahap yang membanggakan seperti yang berlaku di negara jiran...ianya perlu dianjurkan dengan lebih profesional...Justeru jalinan kerjasama dari pelbagai pihak seperti penggiat muzik berat serta pihak yang berkaitan lainnya perlu diujudkan dengan lebih telus...Ini kerana "Tiada Diskriminasi Dalam Muzik" baik dalam scene underground mau pun mainstream...