Total Pageviews

Wednesday, July 11, 2012

….Muflis Pada Usia Muda…

...Dilapurkan bahawa kebanyakan raakyat Malaysia yang diistiharkan muflis adalah terdiri dari kalangan orang muda dan ini disebabkan oleh kredit kad...Sekali lagi ingin aku bercakap pasal duit plastik ini..sesetengah pihak terus menyalahkan pihak pengeluar kerana sewenang2nya meluluskan permohonan untuk mendapatkan kad ini...

...Aku tak mau bercakap tentang bagaimana untuk mengurus pakai akan kad kredit ini lagi kerana ianya telah pun ditulis dalam post yang terdahulu ...tak nak le recycle pulak..

...Baru2 ini sebuah agensi menyarankan agar satu program untuk mendidik golongan muda cara mana menggunakan kad kredit dengan cara yang betul..

...Rasanya tak perlu semua itu kerana jika nafsu berbelanja mengatasi segalanya kau acu le pistol kat kepala...takkan dipedulikkannya..Mau ditanya pulak pada kita ..Lu apahal?Aku yang berhutang bukan kamu! Sama jugak le dengan hal nya perokok letak le harga berapa pun dorang tetap jugak membeli atau paling tidak pun menempek kawan punya...Hisap tetap hisap..Mereka bukan bebudak sekolah rendah lagi yang perlu akan tunjuk ajar cara mana nak beli barang...Cuma apa yang perlu dalam hal ini ialah berhemah dalam berbelanja...dan ini semua datang dari dalam diri tuan punya badan itu sendiri...

...Oleh itu lebih baik adakan program mendidik makan dengan cara berhemah..ini aku rasa lebih bagus dan relevan dengan situasi yang ada...Ini akan aku perkatakan dalam entri yang akan datang...

...Orang kita kalo cakap pasal jihad..hanya yang terbayang kat kepala ialah berperang..mati shahid..Berjihad luas pengertiannya...tak mestinya kemedan perang saja..kita jugak boleh berjihad atau bermujahadah dengan melawan nafsu...Tak mau la luarannya kalu dilihat dari gaya yang gerek..tapi jiwa lesu dalam menangani hawa nafsu...Humm nafsu berbelanja...merujuk pada cerita asal entri ini...

...Faktor persekitaran yang amat kopentetif juga menyumbang akan fenomena ini...Tidak terkecuali pada orang muda saja...Bila kengkawan pakat tukar hand phone kuis kuis tu kita yang dok pakai ol skool keypad pun terasa ingin jugak memiliki..itu talipon..camne pulak dengan pakaian?kalo yang pompuan nya tudung kepala je pun sekarang dah ada bermacam2 jenis,kenderaan? Kalo dah beli motor atau kereta nak pulak tambah accessories itu ini walaupun kereta tu dah full specks...exzos mao yang bunyi letup2...macam dalam cerita Seniman Bujang Lapuk pom pom pom pom!!

...Dan orang kita Melayu semua sedia maklum amat obses dengan hiburan tak kira dalam bentuk apa sekali pun...Muzik,clubing,memancing,pool,futsal,bowling,paint ball..paling cabuk pun melepak santai kat kedai mamak...ini semua memerlukan belanja..belanja disini bermakna duit..dan duit boleh didapati antara lain dengan cara berhutang...di mana kad krdedit juga memberi peluang kepada pemiliknya untuk meminjam wang tunai...

...Adat orang berniaga pula segala apa yang diingini oleh pelanggan akan cuba dipenuhi...asalkan barangan terjual..cara mana pembeli membayar,itu terpulang...pelbagai alternatif ada...cash,instalment juga semestinya dengan kredit kad...

...Apa pun dalam hal berhutang ini by hook or by crook you gonna have to pay...Jika berhutang dengan orang tapi kencing tak mau bayar..maka tunggulah hari kebangkitan..namun mampukah diri pada masa itu?Sedangkan ketika itu wang tidak bererti apa apa lagi...

...Bagi aku wang sedikit, jika tau berjimat dan berbelanja mengikut keperluan dengan mengamalkan sikap membeli apa yang perlu..dengan bertanya pada diri adakah barangan itu patut ada,perlu ada atau ianya boleh KIV dulu..insyaalah ianya cukup...Seterusnya disiplin diri dalam mengawal perbelanjaan dan membayar hutang....Namun wang berlambak pun jika mengamalkan “easy come easy go”...Maka jadilah umpama ‘Money Like Water Kencing Like Stone'....Huhuu...