Total Pageviews

Monday, March 19, 2012

...Niat Perlu Betul Beb...



“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNYA maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNYA. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Sabda Nabi s.a.w:
“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).


...Di dalam negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi ini banyak peluang yang diberikan kepada raakyat untuk melaksanakan tujuan dan cita cita mereka antranya ialah dengan kemudahan menubuhkan pelbagai persatuan atau koperasi contohnya...Dalam hal ini kita lihat penubuhan sesuatu pertubuhan itu pasti mempunyai pelbagai agenda yang diperjuangkan...Namun begitu persoalannya kemanakah arah tuju serta ikhlaskah mereka ini??

...Bila mana menyertai koperasi atau persatuan pasti kita sebagai ahli akan bertanya selain sumbangan yang boleh kita beri apakah pula kebaikan atau kelebihan yang bakal diperolehi..adakah ianya menguntungkan semua pihak terutama ahli,atau hanya memberi kelebihan kepada mereka2 yang di atas sahaja...Bagi aku kita perlu kritis dalam soalan ini dan tidak seharusnya menonong mengikut apa saja...dari pengalaman yang aku tempuhi sebelum ini bilamana menyertai pelbagai persatuan yang pada asasnya bertujuan kearah kebaikan untuk memberi pelbagai menafaat kepada ahli juga turut menampilkan manifesto 'cantek'...bertolak dengan itu pelbagai agenda serta program pun dibentang serta diaturkan atas tujuan untuk menjana ekonomi serta cuba membuka mata masyarakat agar menghargai...(???)

...Sedihnya ada di kalangan mereka bukan lah ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan ahli...yang sebenarnya namun tidak jelas di mata ahli mereka ini hanyalah memperjuangkan nama serta poket mereka sendiri..Aku cakap secara umum...dalam persatuan sukan contohnya berebut2 mereka untuk memegang tampuk yang tugasnya antara lain menjaga ‘kepuk’...pelbagai kerenah yang kita lihat...tujuan dan matlamat telah menyimpang dari asal..sudahnya gajah sama gajah yang berlawan,kancil yang mati tersepit di tengah2..atlit juga yang menjadi mangsa keadaan...Lama dulu satu persatuan sukan yang mana aku juga terlibat bertugas secara langsung dalam penganjuran di peringkat antarabangsa antaranya ATP Tour dan Salem Open telah diboikot oleh pihak media atas sebab pihak persatuan yang diterajui oleh VVIP telah melancarkan perang dingin terhadap media yang sebelumnya telah mendedahkan penyelewengan mereka di dada2 akhbar..maka tempiasnya turut terkena kepada kami...

...Persatuan dengan agenda persatuannya,badan sukan,parti politik jugak sama...begitu jugaklah perihalnya dengan pelbagai lagi pertubuhan...menjadikan organisasi serta ahlinya sebagai kuda tunggangan atau batu loncatan untuk mencapai cita cita mereka2 ini...Sori kalu aku katakan banyak yang mengamalkan hipokrasi...Bilamana dana telah banyak diperolehi maka pelbagai perkara akan berlaku...antaranya audit dalaman yang tidak telus seterusnya pecah amanah dalam mengendalikan urusan kewangan....Ini banyak berlaku sebenarnya,tidak mampu kita nafikan,lihat sajalah di negara kita terdapat 2000 buah koperasi yang berdaftar namun hanya 20% sahaja yang aktif dan ini berlaku kerana masing2 hanya teruja untuk menubuhkannya tapi pengisian,aktiviti serta pengurusan hancus...Berapa banyak koperasi atau persatuan yang telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan yang berpunca dari masaalah dalaman...

...Lama dulu kalo ada yang masih ingat kita pernah dikejutkan dengan kisah wang dana yang telah disonglap oleh Pengetua yang berlaku disebuah sekolah anak2 yatim di Kelang!!...Ini pun satu hal jugak..bukan mereka tidak mampu mengurus organisasi,cuma gagal dalam mengurus hawa nafsu serta amanah...yang jelasnya kalo dengan wang serta kedudukan manusia boleh jadi gelap mata...

...Lebih malang lagi jika kita lihat ada pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia kononya...Namun dengan terang2 mengenepikan peradapan manusia itu sendiri dan lebih dasyat tidak mengendahkan lagi akan hukum hakam agama...atas dorongan nafsu yang tak kenal erti malu..Golongan ini berasakan mereka lah hero..pada hal sebenarnya hanya lah kepada para penyokong sendiri yang buta mata hati...

...Jika dikenang ketika zaman para sahabat dulu pemimpin dilantik untuk memegang jawatan dan jawatan itu juga tidak dipertandingkan..orang bawah yang melantik mereka dengan hati terbuka atas dasar kepercayaan setelah mereka menunjukkan pelbagai contoh yang baik untuk diteladani...

...Dalam perkara seumpama ini banyak yang mengajak aku untuk turut bersama dalam persatuan atau pun sekadar menyertai program2 yang dianjurkan...Namun bagi aku cukuplah dengan apa yang pernah aku lalui dulu....memandangkan telah bebrapa kali kena kencing samaada dengan bangsa lain mau pun bangsa sendiri membuatkan aku lebih kritis dan berkira dalam membuat pilihan...Nak kata serik munkin jugak...Lagi pun aku sekarang amat aktif dengan sebuah Parti...iaitu Parti Gerakan..Huhh! Kamu munkin bertanya,mana munkin aku diterima menjadi ahli,sedangkan aku pure Melayu...Humm betul le tu..tapi itu Parti Politik..Parti aku ini lain..dan motonya...Tak Bergerak Maka Tak Makan....hehehhehee...(ayat mak aku nih)tak faham lagi?? Maksudnya di sini kerja,kerja dan bekerja lahhh sendiri untuk majukan diri..!!!

...Jadi sebelum melobi serta mengendalikan pelbagai jawatan atau kedudukan belajarlah dahulu bagaimana untuk mengendalikan diri serta nafsu...paling penting mesti jujur dengan diri sendiri jika tidak mana mampu untuk kita jujur dengan orang lain di luar sana...secara logiknya macam mana jadi pemimpin jika diri sendiri pun tidak terpimpin...



P/s:- Namun masih ada yang ikhlas dalam memperjuangkan...Cuma jangan lari dari tujuan dan matlamat yang sebenarnya...keikhlasan amat penting dalam kita menjalani kehidupan...keterampilan yang nampak Islamik belum lagi menunjukkan hati kita yang sebenarnya...

P/s :- Kat luar sana dah terlampau banyak sangat dengan persatuan atau pertubuhan...ini memberikan isyarat bahawa kita makin berpecah dan menjadikan kaum kita semakin kecil & berpuak2...masing2 mengatakan kumpulan merekalah yang paling bagus...habis siapa pulak yang tak bagus?? Hahh carilah sendiri jawapannya..