Total Pageviews

Saturday, January 21, 2012

…Gary Moore Live At Montruex...Final DVD…



..Balik dari Penang aritu aku ke Ipoh Garden South ke port biasa untuk refresh kepala yang letih… kekadang dengan hanya meninjau2 kalo pun idak membeli DVD di situ…Belek punya belek dapat Gary Moore Live At Montreux!!!...Tak tunggu lama bayar dan terus cabut balik umah…jalan dari Jusco Ipoh Garden macam biasa laa jem giler tapi takpe DVD ini dah kasi pujuk ati aku dan badan yang lesu kembali segar..deng deng deng deng...hehehhee...

...Apa yang aku harap ternyata meleset so aku layan sambil makan nasik..huhuu..ini tak pernah berlaku bila aku menonton mana2 dvd concert..sebabnya sama gak macam lain2 live concert dari beliau...suara tak boleh pegi...dah toa kata orang Perlih..huhuuu...Tapi bukan..kata aku yang jelas faktor body beliau yang semakin kembang (Lihat perbezaan suara Awie dulu dan Mus MAY sekarang yang still maintain berbanding Awie)...mujur jeritan gitar beliau yang mengambil alih peranan untuk berkata kata dan menyanyi...dan itu jugalah penyelamat bagi keseluruhan persembahannya...sebenarnya inilah teras bagi mana mana pun guitar player dalam show mereka...



...Ini kali kedua aku menulis tentang lagenda atau ex-gitarist Thin Lizzy ini..dibantu oleh lain2 pemuzik yang hanya Niel Carter sahaja yang tetap setia bersama ketika on stage sejak beliau mengambil tempat Don Airey(Rainbow,Whitesnake,Ozzy Osbourne) selepas album Victim Of The Future...Pendapat aku zaman peak Gary Moore adalah ketika album ini dimana merupakan killer album dengan semua lagu2 adalah terbaik sebelum beliau beralih kepada genre AOR dan seterusnya kepada irama Blues /Rock...Suara beliau semasa album ini terbaik dengan banyak memanipulasikan high pitch hingga lah dalam tiga album selepasnya..Run For Cover,Wild Frontier dan After The War...Munkin juga atas alasan suara yang sudah tak boleh 'pergi' maka beliau beralih kepada irama blues/rock selepas itu...Ini terserlah di dalam dua album yang disebutkan tadi di mana beliau menjemput Glen Hughes serta Phil Lynott untuk menyumbang suara dalam lagu yang memerlukan pitch yang tinggi...Namun satu perkara yang aku paling minat ialah pada tone gitar yang beliau hasilkan..tanpa mengira jenama Fender Stratocaster,Gibson Les Paul,Kramer mau pun Hammer..semua mampu baginya untuk menghasilkan sound yang beridentiti dan masuk dengan melodi lagu serta suara beliau..tidak seperti sesetengah artis yang hanya lekat dengan satu jenama tanpa mahu bereksperimentasi dengan pelbagai jenis gitar...

...Ok balik pada rakaman live ini adalah merupakan yang terakhir pada July 2010 sebelum kematian beliau beberapa bulan selepas itu pada 6hb. Februari 2011..atas alasan itu jugak lah aku sambar DVD ini sebagai koleksi...Aku tidak nampak apa relevannya konsert Blues/Rock ini yang diadakan pada event Jazz Festival di Montreux ini...Tiga belas lagu mengisi rakaman konsert dalam DVD ini tidak termasuk unreleased bonus track sebanyak empat buah lagi lagu yang dirakam pada event yang sama dalam tahun 1997...Antaranya dari album Still Got The Blues,Victims of the Future,Wild Frontier,Run For Cover dan lain lain...Agak terkilan kerana lagu2 dari album After The War langsung tidak dimuatkan..seperti lagu instrumental The Messiah Will Come Again dan Speak For Yourself lagu duet bersama Ozzy Osbourne di mana jika menjemput Glen Hughes untuk bersama menjayakan rakaman konsert ini adalah lebih ‘cantek’(kerana banyak lagu dari album bersama Glen di dalam konsert ini)seperti mana sebelum ini ketika beliau berkolobrasi bersama Phil Lynott (RIP) dalam lagu Parisenne Walkways dalam album live yang terdahulu...Berbanding dengan studio album...namun musical wise beliau memang tidak boleh disangkal...dengan kematian beliau bermakna satu lagi ex tulang belakang Thin Lizzy telah meninggal dunia...Gary Moore...beliau memang saorang lagenda...tiada klon atau yang serupa...Gary Moore RIP...