Total Pageviews

Tuesday, September 18, 2012

..Kita Perlu Peka Sebenarnya...(Amalan Lama Bukan Mestinya Lapuk)

..Saban hari kita dengar di radio dan lihat di LCD tv berita kemalangan yang melibatkan anak2 yang terdiri dari kalangan remaja...

...Pelbagai kempen serta amaran yang diberi bagi kebanyakan kita tidak menjadi kesan yang menakutkan walau sekelumit pun..justeru berpesta di jalanraya dengan merempit contohnya adalah satu kebiasaan...Pantang ada peluang dan hari cuti...begitu jugak lah dengan mana mana jeram,water fall atau pun pantai juga begitu...Malang memang tidak berbau maka dengan itu jangan pulak kita yang mencari...

...Sudah jadi macam satu trend bila musim raya orang kita yang putus tangan dan buta mata..bila tengok Moto GP dalam TV anak muda kita jugak yang bermatian beraksi di atas jalan dengan merempit...Masa tu la nak jadi superman yang sudahnya orang lain pulak yang jadi supir man membawa mereka ke emergency room idak pun terus ke belakang spital...

...Kalu anak jiran sekampung kita dok wheely motor depan umah kita..Takkan kita nak amik part tengok je dengan senyum...kalo tak dimarah pun tegur2 le dengan berhemah..abih kalo dah tersungkur depan mata tak ke menyusahkan jugak kita yang menjadi penonton tadi...Maka di sini lah sikap amik tahu atau prihatin kita yang memainkan peranannya...

...Macam sekarang ni musim ujan contohnya..minggu lepas aku brisk walk kat sekitar kampong aku..ternampak dua kanak2 kecil bermain di tepian paya depan rumah mereka..aku lalu menegur pada saorang mak cik yang rasanya opah kepada bebudak tu.."Jaga2 mak cik jgn biorkan bebudak tu..takut2 kot ada ulo sawa dari paya tu...Tapi yg sedihnya mak cik tu walau tak menjawab tapi memandang aku dengan wajah sinis...Agaknya dalam ati dia cakap.."Lu apa hal...suka ati mak bapak tiri aku lah..nak bior cucu aku main ayor koto tuhh..!!!

...Kebiasaannya orang kita sering mengaitkan sesuatu bala itu sememangnya sudah takdir tanpa berusaha untuk menhindarinya sedari awal...memang kita wajib percaya pada qada dan qadar..namun jangan lah ayat itu dijadikan alasan pelepas diri dari rasa bersalah kerana sikap dan kelalaian kita sendiri...

...Sikap perihatin sesama kita sebenarnya perlu dipraktikkan semula dalam masyarakat..bukan lagi kau hal engkau aku dengan hal aku...kalo dulu ada yang marah bila anak mereka ditegur jiran sekampung kerana berkelakuan tidak semiak...Harapnya jangan lagi begitu selepas ini...Masa kecik dulu jiran sekeliling menjadi mata serta telinga kepada mak abah aku..dan sebenarnya bukan berlaku pada aku saja,ia turut dialami oleh kengkawan aku jugak...Ianya dah umpama anak aku anak kamu jugak...Bukan kerana busy body tapi keperihatinan sesama sendiri..itu yang jelasnya...

...Semua kena berganding bahu untuk berubah...kalo kata orang anjakan paradigma kita harus kedepan tapi untuk ini anjakan kita kembali kebelakang..Ye...kalo dah itu yang terbaik....Amalan yang lama bukan mestinya lapuk...Soal keselamatan bukan lagi perkara individu tapi hal sejagat...



P/S:- Al Fatihah buat anak gadis dari kampung aku yang mati dibunuh sebelum Raya baru baru ini...

3 comments:

faizal abd fathi said...

itu la sekarang.. tak leh ditegur..agaknya pelajaran tatarakyat atau sivik masih lagi diajar ke dia sekolah sekarang ni??

deaf-angel said...

tu hari aku tengok rakaman cctv kat factory kat China.
Ko ada tengok? 4 orang pekerja tengah tolak scafolding tinggi giler. Dah tu tak perasan, atas dah kena power cable la.
Terus kan..bila dah kena... Semua freeze, freeze frame.
Jadi ingat cctv tu stop atau pause, tapi bukan,
betul2 tu empat orang terus tak bergerak, dan since takde pergerakkan lain, kita ingat cctv tu dah pause. Padahal tengah recording.
Cuma lepas seminit gitu, pelan2 empat2 tu keluar asap dan mula terbakar...baru tu gitu la siksanya.
Ni 4 orang, ntah dari mana nye kampung kat China, keja kat bandar, carik sesuap nasik, kena karen gitu. Sedih..

WanBeruas said...

Faizal - Kat sekolah sekarang setahu aku takde lagi mata pelajaran sivik & sejarah (ada ura2 nak diadakan semula)

Deaf - Itu betul punya Lawan Untuk Hidup...:0(