Total Pageviews

Wednesday, April 18, 2012

...Tak Perlu lah Berkira Sangat…



...Umpama menanam pokok mangga ditepian pagar rumah..jika dahannya termasuk ke kawasan rumah jiran dan berbuah maka buah itu bukan lagi milik kita...

...Mengambil video dan menguploadkan ke You Tube sudah menjadi sesuatu yang amat amat common...dan tak mampu untuk dikawal selia lagi...jIka kamu menari bogel ditepi jalan dan orang ramai mengambil gambar serta video seterusnya ke You tube...itu bukan salah mereka tapi salah kamu...sapa suruh berkelakuan sebegitu di khalayak...

...Suatu masa dulu arwah Sudirman pernah mengadakan konsert secara percuma di Chow Kit Road...dah nama pun free...maka berduyun duyun lah manusia dari segenap pelusuk kotaraya KL dan sekitarnya yang datang untuk menyaksikan konsert tersebut...rasanya la kalo dikenakan bayaran seorang seringgit pun mau ratusan ribu ringgit mampu dikaut pada malam itu...namun atas rasa ingin menyumbangkan sesuatu bagi peminat yang selama ini menyokong...jadi konsert percuma inilah yang terbaik diberikan... Memang lah time tu belum lagi ada segala jadah YouTube ni sume, yang mana cuma tube berupa straw dengan serbuk berwarna pink saja yang kita tahu...huhhh...

...Artis tidak boleh meletak atau melebel diri terlalu tinggi hingga ada peminat yang merasakan mereka ini sudah ego atau lupa diri...Sikap ego yang ada di dalam diri para artis ini lah yang sering menjadi penyebab perpecahan dalam mana mana band pun…juga penyebab larinya peminat dari mereka...Sebagai contoh Ritchie Blacmore dengan Deep Purple & Rainbow...Yngwei J Malmsteen dengan Alcatraz,Ozzy Osbourne pula dengan Black Sabbath,Axl Rose dengan Gun N Roses dan banyak lagi jika mau dituliskan di sini...

...Sama jugalah dengan satu band yang salah saorang anggotanya baru2 ini ‘teramat marah’ dengan peminat yang melakukan perkara yang sama terhadap band mereka...Aku percaya jika berbuat begitu pun tak akan bankrupt pun artist itu tadi...boleh juga dikira sebagai promosi kepada DVD yang akan dikeluarkan nanti...lagi pun bukan selalu...Peminat 'die hard' pasti juga akan membeli yang original untuk dijadikan sebagai koleksi bagi mereka...So tak perlu bimbang laa...Cuba pandang dari sudut yang positif..bolehkan?

...Ini lah buruk baiknya berkarya dalam dunia tanpa sempadan kini...bagi aku senang aje jika sanggup menerima..carry on..otherwise just back off!!..bak kata pepatah kalo takut dilambung ombak usahlah berumah di tepian pantai...duk aje atas bukit diam diam...so sapa pun tarak kacau sama lu...


P/s:...Artis dan peminat sama sama memerlukan...

8 comments:

Dr. Bentara said...

Komentari Metal dalam Karisma isu akan datang aku komen keras juga. Harap2 lepas bahagian tapisan Karisma hahaha

berteromber said...

setuju...aku rasa setakat rakaman bootleg apa la nak berkira sangat...lainla kalau upload yang official rilis....

anggaplah macam teaser untuk official rilis tu nanti...kira promosi jugak la kan....

pasal ni tetiba buat aku tawar hati kat band tu...heheh...

zan said...

Kesian pun ada, nak gelak pun ada bila baca "rayuan" otai kumpulan tu.

Tiba-tiba teringat circa 2007-2008 ada dapat mesej berantai kata "otai" tu nak cuci tangan. Nak jual gitar "Jackson" dia harga RM 11k. Specialnya pembeli gitar tu akan dapat sesi bergambar dengan autograf dari dia!

Alih-alih main guitar balik. Buat show solo tiket RM 70 then marah bila orang upload video showcase kat youtube?

Kesian....

Ra1m1 said...
This comment has been removed by the author.
Ra1m1 said...

Lebih dari metallica perangai? Terbaca interview dgn Samael.. tersentuh dgn kenyataan vocal & gitaris dia, .." kalau hangpa suka lagu aku, hang nak beli cd aku. teima kasih. Kalau hangpa rasa tak perlu beli tapi hangpa suka nak dengar, hangpa nak download saja... it's okay with me..."

Tu dia.. tu baru betol artis.

deaf-angel said...

L Arc En Ciel yang band rock jepun nak main kat sini tak lama lagi.

Paling ketat nye rules band ni.

Tablet pun tak bleh bawak masuk.

Unknown said...

sape band tu aa? sape aa??

Kaboi Tanduk said...

rasanya video kat youtube tu owner dia belum buang.. kalau tak silap katanya, nak ambil tindakan.. baru2 ni pun ada masuk dlm paper.. apa pun, saya ternanti penghujung kisah ini.. hehe..