Total Pageviews

Sunday, April 22, 2012

...Pulihara Bumi Ibarat Memelihara Diri Sendiri...

...Sempena sambutan Hari Bumi ini..sengaja aku postingkan semula gambar2 lama serta sedikit penambahan...agar kita semua dapat menghayati serta menghargai akan alam kurniaan Ilahi...





































...Aku berharap sangat dengan apa yang ada di Taman Tasek ini dan di sekitarnya... tetap dipelihara demi menjaga amanah Tuhan dan juga kerana kita sebenarnya hanya meminjam semua ini dari generasi yang akan datang...






















...usah dicemari...



P/s: - Lokasi - Taman Tasek Taiping
Gambar oleh Rodzuan
Lokasi - Bukit Kledang
Gambar oleh Muhammad Hafiz

Wednesday, April 18, 2012

...Tak Perlu lah Berkira Sangat…



...Umpama menanam pokok mangga ditepian pagar rumah..jika dahannya termasuk ke kawasan rumah jiran dan berbuah maka buah itu bukan lagi milik kita...

...Mengambil video dan menguploadkan ke You Tube sudah menjadi sesuatu yang amat amat common...dan tak mampu untuk dikawal selia lagi...jIka kamu menari bogel ditepi jalan dan orang ramai mengambil gambar serta video seterusnya ke You tube...itu bukan salah mereka tapi salah kamu...sapa suruh berkelakuan sebegitu di khalayak...

...Suatu masa dulu arwah Sudirman pernah mengadakan konsert secara percuma di Chow Kit Road...dah nama pun free...maka berduyun duyun lah manusia dari segenap pelusuk kotaraya KL dan sekitarnya yang datang untuk menyaksikan konsert tersebut...rasanya la kalo dikenakan bayaran seorang seringgit pun mau ratusan ribu ringgit mampu dikaut pada malam itu...namun atas rasa ingin menyumbangkan sesuatu bagi peminat yang selama ini menyokong...jadi konsert percuma inilah yang terbaik diberikan... Memang lah time tu belum lagi ada segala jadah YouTube ni sume, yang mana cuma tube berupa straw dengan serbuk berwarna pink saja yang kita tahu...huhhh...

...Artis tidak boleh meletak atau melebel diri terlalu tinggi hingga ada peminat yang merasakan mereka ini sudah ego atau lupa diri...Sikap ego yang ada di dalam diri para artis ini lah yang sering menjadi penyebab perpecahan dalam mana mana band pun…juga penyebab larinya peminat dari mereka...Sebagai contoh Ritchie Blacmore dengan Deep Purple & Rainbow...Yngwei J Malmsteen dengan Alcatraz,Ozzy Osbourne pula dengan Black Sabbath,Axl Rose dengan Gun N Roses dan banyak lagi jika mau dituliskan di sini...

...Sama jugalah dengan satu band yang salah saorang anggotanya baru2 ini ‘teramat marah’ dengan peminat yang melakukan perkara yang sama terhadap band mereka...Aku percaya jika berbuat begitu pun tak akan bankrupt pun artist itu tadi...boleh juga dikira sebagai promosi kepada DVD yang akan dikeluarkan nanti...lagi pun bukan selalu...Peminat 'die hard' pasti juga akan membeli yang original untuk dijadikan sebagai koleksi bagi mereka...So tak perlu bimbang laa...Cuba pandang dari sudut yang positif..bolehkan?

...Ini lah buruk baiknya berkarya dalam dunia tanpa sempadan kini...bagi aku senang aje jika sanggup menerima..carry on..otherwise just back off!!..bak kata pepatah kalo takut dilambung ombak usahlah berumah di tepian pantai...duk aje atas bukit diam diam...so sapa pun tarak kacau sama lu...


P/s:...Artis dan peminat sama sama memerlukan...

Tuesday, April 10, 2012

...Kitaro - Kojiki...



...Kitaro..Masa terkial kial mencari segala keset2 lama yang tersimpan aku terjumpa Kojiki dari Kitaro..satu nama besar dari genre Instrumental Electronic New Age...sound muzik beliau yang mampu membuat pendengar terbang melayang bersama irama yang mengasyikkan...Pelbagai telahan diberi kepada muzik beliau..ada kata ianya muzik 'for making love'..jugak tak kurang yang mengklasifikasikan muzik untuk ritual..terpulang lah pada individu yang mendengar...Tapi kalo dikatakan sebagai terapi muzik...ini adalah pilihan aku selain dari Ron Goodwin Orchestra,Dave Miller,Steven Cravis,Mike Oldfield,Yanni dan juga Paul Mauriat Orchestra...

...Kitaro berada dalam dunia beliau sendiri ketika di dalam album maupun di atas pentas ketika beraksi...Aku percaya beliau sober..cuma khayal dek suntikan irama dari synthisizer dan flute yang merupakan tunjang kepada muzik beliau...Album Kojiki menjadi pilihan utama bersama yang lainnya,kerana di dalam album ini beliau turut berkolabrasi bersama dengan Skywalker Symphony sebuah orkestra yang terbabit dalam pembikinan skor lagu2 dalam filem sequel Star Wars...

...Album yang mempunyai jalan cerita ini dibuka dengan track lagu Hajimari dan diikuti dengan Sozo serta Koi sebelum yang lainnya,berjumlah tujuh buah kesemuanya bagi album ini...Matsuri merupa kan lagu yang bagi aku overrated...Maka sering dimainkan dalam banyak program2 resmi termasuk acara2 sukan..Dalam satu acara pertunjukan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Stadium Perak lama dulu lagu ini turut dimainkan...Apa yang relevannya muzik ini dengan program itu pun entah...Nak kata untuk naikkan semangat pun idak jugak...Kalo just for fun rasanya lagu Hustle lebih sesuai...Humm!?

...Karier Kitaro mula menyerlah bila mana beliau bertanggung jawab membina skor muzik bagi dokumentari Silk Road terbitan NHK..mengingatkan aku pada Shine On You Crazy Diamond (Pink Floyd)yang selalu menjadi muzik latar bagi dokumentari World Discovery terbitan Transtell lama dulu...ingat2 lupa pun...tapi lagu tu aku memang tak lupa (Sudah abis sekolah dan berkerja baru aku tahu Pink Floyd yang mainkan)...

...Sebuah lagi album pilihan aku adalah dari edaran Polydor...The Best Of Kitaro...pilihan lagu antaranya yang paling popular satu ketika dulu Caravansary (Ada juga versi lagu ini turut memuatkan suara Tommy Page yang terkenal dengan lagu Shoulder To Cry juga pernah berduet dengan Amy Mastura)..yang dipinjam oleh kawan..tapi pinjam sampai sudah...Humm kira pinjam langsung tak pulang2 laa..adusss....

..Bagi Mat Metal Kental yang mau lari bukan saja sedikit tapi banyak dari sesuatu yang extreme...untuk mencuba,ini adalah satu pilihan yang tepat bagi kamu...Kerana dengan muzik Kitaro juga kamu masih boleh merasa sesuatu yang 'dark' tapi dalam format yang berlainan...Namun jika masih tidak boleh berkompromi..Huhh itu bukan masaalah aku..hahahhaaa.!!!

...Tanpa prejudis jika dikatakan peminat kental Progresive Death Metal macam aku juga turut meminati beliau...Jangan plak kata dalam hati ada taman beb..Muzik memang tiada sempadan dan aku tak mau membazirkan nikmat mendengar dengan tidak melayan muzik ‘mahal’ sebegini...So bagi yang belum pernah...cuba cubalah...jangan dihadkan pendengaran bak kata Kitaro sendiri..Why don't you try me?!


Wednesday, April 4, 2012

…Muzik Itu Bahasa Penyatuan...



..Kalo dulu2 la kan..masa gig underground yang banyak di organise kan di Ipoh ni atau tempat lain pun sama...boleh kita lihat band band yang perform terdiri dari pelbagai genre...ada Punk,Metal,Hard Core,Grind Core,Ska,Thrash dan lainnya...asalkan muzik semua boleh jalan (join)...Cuma Daud Kilau je yang tak mau ikut sama kalo dijemput..."Pase teman tak boleh nak gelek" katanya...hehehehhee...(aku gurau jee)

...Berbeza dengan sekarang pemuzik kita banyak yang berpuak puak..masing2 dengan genre mereka dan tak mahu berkompromi dengan mereka yang mempunyai aliran muzik yang berbeza...Ini aku tengok dah macam parti politik pulak...masing2 kata mereka lah yang lebih bagus dan tegar dalam perjuangan (ceee)...



...Berlakunya semua ini disebabkan oleh pegangan ideologi dan juga ego yang ada dalam diri penggiat seni itu sendiri...Kalu diperhatikan Skin Head pun ada pelbagai aliran..Hummm ada Malay Power,Sharp,Nazi...Yang memperjuangkan dan mempertahan ideology masing2..hingga sanggup berpatah arang dengan yang lainnya...yang tidak sealiran..Hei bro! Lu apahal!?...Bagi aku kalo dah ideologi tu membuatkan kita berpecah dan berpuak2 apa ke faedahnya?! Ye tak?...Kita pergi gig layan muzik untuk enjoy,jumpa kengkawan kasi release tension...dah abis tu semua masing2 kita balik dan jalanilah kehidupan secara normal sepertimana biasa...mempertahankan ideologi ciptaan manusia tidak wajib kita ikut berbanding dengan hukum hakam dalam agama kita...



...Tak perlulah mengutuk atau memperkecilkan kelompok yang lainnya hanya disebabkan selera muzik kita berbeza..Semua itu hanya akan mencetuskan perbalahan yang tak menguntungkan mana mana pihak...Kalo kami generasi X dulu boleh bersama berganding bahu dalam menjayakan gig gig tanpa mengira apa genre..kenapa tidak bagi kamu orang muda dari generasi Y kini...Kelompok kita kecil sahaja jadi jangan dikecilkan lagi...Itu pun jika mahu kelompok kamu dihormati...Kerana Muzik Seharusnya Menjadi Bahasa Penyatuan...