Total Pageviews

Thursday, January 5, 2012

...Mengapa Orang Kita Suka Layan Mamaks...

..Kalo ditanya tiap sorang dari kita tentu ada antarnya yang mempunyai selera makan yang berbeza beza..Ini termasuklah selera di mana tempatnya yang boleh membuka selera mereka..Kalo aku lebih berminat untuk ke kedai mamak berbanding tempat lain atau pun kedai makan Melayu..Humm aku punya alasan aku sendiri macam jugaklah orang lain :-


1) Di kedai mamak kita akan berasa pelik jika tidak dilayan selepas 5 minit masuk ke situ.Kedai/restoran Melayu pula kita akan pelik dan terkejut beruk jika disapa dengan segera selepas duduk.

2) Kedai mamak ada TV besar yang menayangkan perlawanan bola dari siaran Astro.

3) Kedai Melayu ada tv yang menayangkan gusti yang silap2 boleh buat penonton/pelanggannya bergaduh sesame sendiri (Kat Kg Manjoi dulu ada satu gerai yang memberi amaran kepada pelanggan agar tidak bertumbuk sesame sendiri ketika menonton gusti di situ)

4) Kedai mamak ada WIFI percuma untuk pelanggan dok diam2 sambil surf internet.

5) Kedai Melayu ada set karaoke dengan charge Rm 1.50 untuk satu lagu.Kalo sedap macam mana sekali pun makanannya sudah tentu idak selesa makan sambil dengar suara sumbang yang menjerit terlalak...

6) Kedai makan Melayu makanan tak sedap tara mana tapi harga cekik tengkok wa cakap lu

7) Kedai mamak walau pun makanan dah sejuk tapi tetap sedap (munkin penangan dari kas kas + MSG tahap gaban + bagi yang tak tahan = Migraine !! Huhuu...

8) Kedai makan Melayu nak oder susah nak bayar pun payah..adussss...

9) Kedai makan Melayu pelanggan ramai yang suka lepak & borak lama2 selepas makan.Kita yang datang terpaksa beralih ke tempat lain bila pelanggan yang ramai dan sudah makan tidak bangun2 tanpa mempedulikan pelanggan lain yang datang .Nampak gayanya tokey kedai kena pegang cemeti bagi pelanggan yang perangai macam nih..perghh!!

10) Makan di kedai mamak nasinya melimpah ruah bersama kuah..hehehee..

11) Makan di kedai Melayu nasinya lebih sedikit dari sejemput...(Rentikan kalo nak bawak famili yang ramai)Bagi aku hanya sesuai untuk pasangan yang sedang bercinta sebab dorang bukannya nak makan sangat punnnn...huhuuu...(siap dengan sirap payung lagikk)

12) Kedai makan mamak kita boleh dapat kari yang direcycle sejak dari mula kedai itu ujud (ini aku tak berani kompom..hehehe..Cuma dari cerita2 orang ajekk)

...Ate bebaru ni tah apake mimpinya, aku pergi le minum pagi kat satu gerai depan Pasabena Complex ..amik kuih dari mak cik yang berniaga kat depan tu..duduk kat satu meja..makan sambil baca paper,kueh dah abis tapi takde sapa pun pelayan yang nak tanya aku nak minum apa..aku peratikan tukang buat air tu 2 – 3 kali,pastu dari jauh dia jerit ..Haa! Tu nak minum apa???...Mak aii bagusnya budi bahasa...aku langsung patah selera..Sebenarnya bukan kat sini aje dan ianya banyak kali aku terkena dengan kerenah pekedai2 berbangsa Melayu macam aku nih,So maaf sesangat laa usah le kome marah kat aku kalo tak suka masuk kedai dema2 nih....

Kes 2...Lama dulu aku mengikut kawan kesatu kedai makan Nasi Ayam P****K B***R nama bukan main gah tapi layanan memang tak semenggah..Bayangkan kami order nasi ayam 9 bungkus betul2 satu jam baru siap!!! Kalo pelanggan ramai aku tak kisah kami pun boleh tolak ansur punya ..Tapi ini kes buat kerja beransur ansur, terkialkial…adoiiii…Aku dedulu pernah jadi cook kat Grandy’s yang mana kami memang telah dilatih untuk buat kerja dengan cekap,cepat tetapi bukan itu saja..apa yang mesti ianya juga sempurna..seiring dengan moto kami Quality Is A Must & No Compromise!!!...jadi aku memang tak leh terima orang yang berniaga tapi mengamalkan service ‘idup segan mati tak berapa ndak’...

...Sebenarnya kedai makan mamak pun aku suka yang biasa biasa aje..bukan le Kayu Nasi Kandar,Nasmeer,Subaidah atau pun Pelita Nasi Kandar yang menunya termasuk Ice Cream Goreng dan Western Food tuhh...Restoran camnih memang aku tak masuk laa...Aku suka kedai mamak kat tepi jalan yang simple je di mana kalo aku makan sambil bersila atas kerusi pun orang lain tak rasa pelik..kiranya takde protocol laa janji sedap bersih,selesa berserta layanan yang sempurna...dan aku rasa ini jugaklah trend dari dulu lagi, cuma perubahan yang ada sekarang sebab diupgradekan seiring dengan peredaran dan kemajuan semasa,ianya satu pembaharuan dan mamak sebenarnya sudah merupakan satu jenama bagi kita raakyat Malaysia...Ok jadi boleh dilihat itu lah antara sebab sebab yang kedai mamak lebih menjadi tumpuan berbanding kedai makan Melayu dan yang lainnya...


P/s:- ..Dalam dok melayan demam seminggu nih..malam nih aku boleh palam tosei + 2keping setengah roti canai...Fuhhh jangan diamal beb...huhuuuu...

4 comments:

berteromber said...

Aku cukup x suka kedai yg pengotor...tak kira la mamak ker melayu....tp aku jarang gi mamak kebelakangan ni sejak2 dpt tau byk pekerjanya india non muslim....pernah tanya tokeynya jawap perkerja dari India yg islam mahal gaji ya....

deaf-angel said...

suka suka suka post ni..

melayu standard, hari ni makcik kedai sama lauk sama air charge 7.40RM.
Lagi dua hari, sama semua sama....jadi 9RM bila anak lelaki dia charge.
Ni kat Larkin JB Malaysia.
Singapore pun sama,
kat Hougang Singapore pun sama mak anak lain2 price selang satu dua hari.

faizal abd fathi said...

heheheh...mamak rules... melayu pulak..hari ni harga lain..esok lain harga...kena tengok cashier...kalau lelaki...murah dari perempuan....selalu macam tu lah....

WanBeruas said...

..bab harga aku pun dah selalu terkena..arini bini dia charge lain harga,esok laki dia pulak taruk lebih plak lagi..lusa bini dia charge lain dari laki dia smalam..walhal menu tetap sama...bila dah 2 - 3 kali terkena..aku tak pegi dah le kedai camtu...