Total Pageviews

Saturday, March 19, 2011

..Rentikan laa bro..

...Aku cukup angin dengan orang yang menggunakan orang lain untuk kepentingan peribadi.. Mereka ini tanpa segan silu akan menonjol2kan diri untuk popular juga dalam usaha untuk mencapai matlamat mereka itu...

...Satu masa dulu aku bersembang dengan saorang client di utara Perak..Dengan berkata yang dia amat kecewa dengan apa yang berlaku pada masa itu..di mana beliau melihat ramai orang yang jauh lebih muda darinya sedang bermewah2 dengan Harrier masing masing..Vroom sana sini..setelah berjaya melobi orang di atas untuk mendapatkan projek..Sedangkan beliau sendiri yang telah lama ‘berjuang’untuk parti tak dapat apa2...Hummm...

...Aku pun tak pasti samaada selama ini beliau ikhlas tika berjuang ataupun seperti orang lain le jugak (bukan untuk parti tapi untuk poket sendiri) Cuma disebabkan tidak pandai melobi,maka dia diketepi...So untuk cerita dia tadi aku cuma mendengar sambil mata terkebil2...bukan apa...tapi not my cup of tea laa..bukan minat aku untuk bergebang pasal politik...Dalam pada tu kopi aku cicah jugak dengan roti bun sambil terus mendengar beliau mengomel..pot pet pot pet...

...Gadai maruah untuk capai matlamat diri..bagi aku sama juga dengan perangai pelacur! Cuma nampak agak ‘baik’ sikit dari itu...Cari harta setengah mati..tapi apa yang pasti bukan untuk dibawa pergi..Itu sebabnya dalam profile FB,di ruang political views aku tulis 'Spit it Out!!!! Sebabnya aku dah jelak dengan perilaku politikus yang ada di bumi Melayu ini..cantas mencantas dah jadi satu budaya..Pijak kepala orang lain untuk naik ke atas...Apa yang diperjuangkan sebenarnya telah lari jauh menyimpang dari matlamatnya...Apa yang mereka tahu..poket sendiri mesti diisi dulu...pengaruh dan sokongan mesti juga diraih dari orang keliling...bila poket dah penuh..untuk kuasa lebih lagi,boleh dibeli dengan menyumbat mulut2 mereka yang akan dijadikan kuda hitam mereka...begitulah seterusnya..bla bla blaa...

...Jadi kalo ditanya kenapa aku tidak menyebelahi mana2 pun..aku akan jawab kerana aku...dah jelak dengan mereka2..kerana yang ikhlas berjuang dan yang benar2 menjadi pemimpin hanyalah segelintir yang boleh dibilang dengan jari...ada penyokong pun jadi sokong yang membawa rebah...rebah dalam segala hal...moral terutamanya...tengok lah mana2 pun sama jee...Ada yang sampai gunakan agama sebagai platform..berimej warak serta alim..bercakap lembut gigi berbanding lidah untuk mengaburi mata orang sekeliling..Takpe lah tapi aku jangan kau nak kencing..Sori beb...

...Munkin ramai yang marah dengan cakap2 aku,rasanya..Munkin jugak berkata aku tidak punya pegangan...Ok,aku tak kata masuk mana2 parti tu tak elok..tapi tak mestinya kalo duduk luar parti aku jadi kera sumbang..In fact dok mana2 pun boleh jadi baik atau sebaliknya...Namun aku ikhlas dan jujur dalam menyatakan pendirian aku..yang jelasnya aku tidak hipokrit dan menipu diri sendiri dek hanya untuk menyokong atau mengambil hati mana mana pihak...Adiouss!!


P/s: Apahal plak aku melalut macam orang mabuk kat blog ini..Oh ye ini sebenarnya bagi menjawab kepada pihak yang sering cuba memprovoke aku untuk menyertai mereka..Haaa kali ini jawapan,prinsip dan pendirian aku dah cukup jelas ok?!Sebab selalunya aku buat dek aje dengan kata2 korang...buat nehin kata orang Beruas...Nak minum teh tiga lapis boley lagiii..But not talking shit anymore bro.. please..hehhehe...Peace No War!!