Total Pageviews

Sunday, January 30, 2011

...Peace No War...

...Komuniti underground di sini kecil je..pakai baju itam pun dah dipandang serong...apa tah lagi..mendengar muzik yang hingar bingar...yang menyakitkan telinga orang lain(bagi yang tak suka le)..So usah la kita nak bertelingkah sesama sendiri...

...Tak dinafikan banyak artis atau pun band menjadikan muzik itu sebagai satu platform mereka mengembangkan dakyah atau pun ideoligi mereka...tak kira la samada yang songsang,satanism,athies,free thinker,homoseksual,bisexual dan pelbagai lagi...mereka gunakan muzik untuk menyatakan protes atau pendirian mereka...walau sebenarnya muzik itu satu dari cabang hiburan..namun disebabkan muzik itu sendiri mau pun penggiatnya yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik perhatian orang lain maka medium itu dipilih...Namun bukan semuanya berunsur negative...kena faham di situ..Sama jugalah dengan kumpulan2 nasyid yang berdakwah dan berjuang menegakkan Islam...semua disebabkan pengaruh yang kuat dari muzik...

..Dalam pada kononnya untuk membela agama kita Islam dari dihina dan dikutuk oleh orang lain yang kita tahu siapa asalnya beliau memang saorang Islam..ada pulak yang ingin menjadi wira memaki hamun orang sewenang2 dengan perkataan...Babi!! Perghh.. bagusnya bahasa...Aku nak tanya adakah dengan amarah dan memaki orang lain itu dapat meperbaiki keadaan?Semestinya tidak..apa yang pasti adalah mengeruhkan lagi keadaan yang sediada..Ia hanya melambangkan peribadi orang itu..Kalo ditanya memang aku sendiri pun tidak setuju samasekali dengan apa yang dilakukan oleh band 'itu'..Aku rasa pada sesiapa yang faham dan tahu siapa atau apa yang aku maksudkan yang baru baru ini hangat diperkatakan dalam FB,juga semestinya sependapat dengan aku...

..Kita punya pilihan untuk menegur dengan berhemah samada secara lisan atau lainnya,tapi adap tatasusila perlu kita jaga...jangan jauhi mereka tetapi cuba dekati..kalau tak mampu..paling cabuk pun jom kita doakan dari jauh..jangan hina mereka kerana kita tidak tahu macam mana matinya nanti munkin sekarang kita tengok mereka jauh menyimpang tetapi pada akhirnya pula berubah dan mampu untuk mengucap dua kalimah sahadah dipenghujung nyawa nanti...Bagaimana pula dengan diri sendiri?Mampukah kita untuk tidak menjadi seperti mereka hingga akhir hayat?...Kita patut bersyukur jika kita tidak seperti mereka...dalam masa yang sama simpati kepada mereka jugak perlu ada..

...Barangkali dah menjadi satu budaya agaknya,yang mana memaki,menyindir atau menyerang orang lain di wall FB.....Menang jadi arang kalah jadi abu..itulah yang sebenarnya..jangan diburukkan lagi pandangan masyarakat pada kita...Biarkan yang hitam itu hanya pada pakaian bukan pada hati kita...Mestinya kita tidak mahu orang lain yang selama ini memandang tiadanya yang positif dari kelompok underground ini,akan nanti berkata..Lihat lah Luncai terjun dengan labu labunya...Jadi elok lah berdamai saja...Peace No war...