Total Pageviews

Friday, May 27, 2011

...Muzik Untuk Semua...



...Aku suka dengar muzik..biar apa pun pilihan lain yang diberi pada minat aku ..tetap aku akan katakan muzik yang jadi pilihan..Pernah belajar secara formal di Yamaha..tapi sayang dengan commitment lain yang perlu aku beri tumpuan lebih..so aku back off..Uhuhuuu...Whuaaa!!

...Taste muzik aku juga pelbagai dari R.Azmi,SM Salim hingga lah kepada Morbid Angel Burzum,Opeth,Behemoth dan yang sewaktu dengannya...Underground,mainstream semua masuk...Tak terkecuali Jazz,Blues,Reggae,Ska,Classical,Rock dan suku sakat yang lainnya..dari slow rock,black metal,death metal,progressive kepada extreme...Huarghh!!Rengkung terkeluaq..Metal keringgg...!!!

...Banyak yang beranggapan bahawa Mat Metal atau mereka yang mendengar muzik extreme ini adalah mereka yang bersikap liar,ganas atau brutal..seiring dengan muzik yang didengar oleh mereka...Ada jugak yang berkata...untuk menilai akan diri sesaorang itu kita boleh lihat dengan mengetahui jenis muzik apakah yang menjadi santapan orang berkenaan..Tapi bagi aku itu tidak seratus peratus...Kerana muzik sama jugalah dengan makanan...Ianya lebih kepada citarasa,terpulang pada orang itu apa selera makannya...Aku munkin minat popia kamu pulak suka apom balik...Begitu juga,kita tak perlu heran jika ada Mat Saleh yang tolak burger ketepi bila lentuk setelah merasa roti canai + air peluh mamak...juga tidak hilang akan jati diri individu Melayu itu jika tak mahu lagi makan cekodok apa bila merasa betapa sedapnya akan nugget..Edeiii citt...Peeirahhh..

...Bila disebut sebagai citarasa,aku tidak mempunyai batas dalam mendengar..pokoknya semua jenis muzik aku akan dengar selagi ianya menarik hati dan mampu untuk membuat kita berfikir dan tenang mendengarnya..Samaada slow atau heavy..Humm kenapa korang kata tak boleh tenang kalo dengar muzik keras?! Sebenarnya bukan dengan hanya mendengar muzik sentimental je kita boleh release tension!!

...In fact muzik merupakan salah satu dari bahan escapism..sama jugak lah bagi sesetengah orang yang kata boleh lepas stress dengan memikat burung,pancing ikan,main snooker dan macam macam lagilah..So kita tak leh marah atau kondem dorang..dan ini lebih baik dari membawa diri kehaluan yang salah seperti contohnya dengan minum arak,amik dadah atau main pompuan Indon atau Vietnam...hehehehe..Konon nak buang masaalah sudahnya banyak lagi masaaalah yang datang...huhuuu..Mendengar muzik juga sebenarnya merupakan hobi yang tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak..Ok munkin nak kena beli cd,dvd atau keset band atau artis mana yang kita suka..Tapi tak perlu berulang2 membelinya kecuali dengan album yang lain pula..nak dengar pun boleh sambil lepak2 kat umah atau dalam kereta..Tak perlu selalu habiskan duit beli umpan contohnya kalo bagi yang gile memancing...(Jangan marah beb ini cuma contoh yang aku bagi)

...Seperkara lagi muzik ini kira satu terapi gak..klu di negara2 maju muzik juga dijadikan salah satu module atau program bagi pusat psycatric..dan salah satu jenis muzik yang digunakan adalah muzik thrash!!.Tak semestinya untuk terapi kita kena dengar lagu slow je...aku masa muda dulu kalo liat nak bangun pagi just turn on Black Sabbath – Falling Of The Edge Of The World!?..he he..sure segar..yearhh,this is my day..Sebenarnya aku ada jugak saja saja tak nak dengar muzik kononnya,tapi tak lama dua ari je..pulak rasa macam ada yang tak kena jee..cam makan nasi ikut hidung plak..he hee...tapi aku percaya ada jugak orang yang tak boleh langsung layan muzik..heran gak aku kenapa..tapi takan le lagu macam Kitaro,Kenny G,Paul Mauriat,Anthony Ventura dan James Last contohnya atau setidak tidak nya S.M Salim,Raihan,Maher Zain,Rabbani ngan Sanisah Huri pun tak leh dengar gak? Klu dah macam tu tak tau le aku nak kata apa lagi kan?...Yang jelas kamu telah membazirkan salah satu dari nikmat Tuhan...BlinkBlink..

...Jadi bagi aku...macam makanan juga lah..perlu ada setiap hari...sama juga dengan mendengar muzik..Tak baca paper seminggu takpe lagi...dengar muzik tidak letih berbanding dengan membaca surat khabar sekarang yang cepat mebuatkan aku jadi bosan..letih dengan cerita2 yang memualkan...lesu dengan cerita ganas yang tak berpenghujung...getik dengan politik...sedih dengan aksi bunuh diri Mat Rempit Sayur di jalan jalan raya...Uhukkk...So lebeh baik duduk kat dining layan Mayumi Itsuwa sambil menghirup kopi susu kambing...Masyukkk...

P/S:- ..Maka tidak lah perlu nak heran jika dah tua pun masih lagi nak layan muzik extreme..Ehem macam aku laaa...hehee..

Saturday, May 21, 2011

...Naked Butterfly...



..Band yang menampilkan genre muzik Funk Rock ala Red Hot Chili Peppers,Rap Rock dan Funk Metal ini dimulakan dari cetusan idea Ozz Yussof..Aku tak mahu mencari perbezaan di antara mereka dan band yang mempengaruhi muzik mereka kerana bagi aku Naked Butterfly lain dari yang lain dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri...Apa yang terhasil dari apa yang mereka dengar itu adalah merupakan pengaruh sahaja..bukan untuk meniru..kerana pada kebiasaannya band band underground memang committed dengan apa yang diperjuangkan dan mereka memang ‘pure and true’ so no doubt dengan yang lainnya...Suka boleh dengar tak suka pekup aje telinga!!...Buzz off!!..

...Walau hanya satu sahaja product yang dirakamkan tapi bagi aku itu sudah cukup untuk memberikan satu impak yang kuat dalam industri underground tempatan..atau munkin juga diluar negara di mana aku percaya keset2 mereka turut tersebar melalui link UG itu sendiri seperti semua peminat tau...

...Dengan keseluruhan sepuluh buah lagu..Diterbitkan oleh saudara Bullet...Dalam debut album ini terdapat dua lagu yang sama...Victim Of Situation..tapi melalui proses rakaman yang berbeza.. satu secara demo version dan satu lagi secara studio..Kalu mengikut taste aku lagi suka akan versi demo...sebab mood dan feelnya lebih dan terasa lebih ‘tight’..Ketukan drum dari Che Mat bekas drummer Society yang meletup2 serta petikan bass dari Mamal yang konsisten dan laju...disulam pula dengan solo yang menggigit dari Ozz...Design bagi logo kumpulan ini juga adalah hasil kerja Ozz...Keseluruhannya memang menunjukan pemuzik bagi band ini sememangnya professional dalam menghasilkan product mereka..Double thumbs up!!

...Tak ingat..Kalu tak silap aku dalam tahun 97 – 98...mereka pernah tampil melakukan persembahan di Stadium Perak bersama lain2 band...Namun ketika itu kelibat Ozz tiada..dan telah digantikan dengan Eddrie Hashim di posisi lead gitar...Dengan kemasukan Eddrie nama Butterfly Kiss telah diguna pakai bagi band ini...



...Memang memukau akan permainan dan skill dari keseluruhan anggota band ini..ditambah pula dengan sound system yang baik pada malam itu maka hasilnya memang gempakk!!Antara lagu cover yang dimainkan malam itu adalah Paranoid (Black Sabbath) Suara vocalistnya...Adrin sememang pun ada iras Ozzy Osbourne..selebihnya tentulah lagu2 dari album mereka dengan tajuk yang sama juga...

...2004 sekali lagi aku berpeluang menonton mereka membuat reunion pada gig ‘I Thrash Therefore I Am’..Semua line up asal mengambil bahagian.Pada masa ini banyak band2 otai yang turut serta – Inffectious Maggots,Punisher,Slap Death,Nemesis,Carburetor Dung,Mistik dan beberapa band lainnya yang aku dah lupa...Aku rasa ini adalah gig terakhir bagi arwah Boy gitaris mereka dalam membuat persembahan sebelum beliau meninggal dunia pada 2006...(Boy meninggal akibat kejutan elektrik)





...Selepas gig reunion itu mereka terus hilang dan ahlinya membawa haluan masing2....Hingga lah pada July tahun 2010..Ozz telah dimasukkan ke Hospital Sg Buluh kerana mengalami komplikasi pada paru2..Dan setelah beberapa lama bertarung dengan nyawa pada 4hb.Ogos 2010 pukul 3.20 petang,Stone dari Silent Death yang sering menziarahinya memaklumkan kepada aku...Ozz telah meninggal dunia...Arwah telah dikuburkan di Bkt Gantang Taiping...dan dengan kematian dua dari anggota asalnya maka Naked Butterfly turut sama berkubur namun telah meninggalkan satu lagi product classic yang boleh dianggap sebagai cult kepada industri underground tanah air...Sayang ini lah yag selalunya berlaku kepada band band underground tanahair..muncul hanya dengan satu atau dua product kemudian terus senyap...Dan ada juga yang langsung tidak mengeluarkan apa apa material pun untuk dijadikan rujukan bagi generasi yang terkemudian...Tapi Naked Butterfly punya reason yang boleh diterima..Bagaimana pula dengan yang lainnye?..
...Kemana menghilangnya Happy Nightmare,Punisher,Koffin Kanser,Slap Death,Saxo,Modar,Nacromanicide,Hidden,Bazzah,Mistik,Pilgrims,Senseless,Sputum...??
Sekadar menyebut beberapa nama...




P/S: - Ada yang minta untuk membeli keset ini dari aku dengan menawarkan harga yang tinggi..Sori aku tak jual..Sebabnya ini adalah one and only..dan selain lagunya yang best..muzik,quality rakaman atau pun keseluruhannya adalah terbaik dan standing dengan product luar negara!!! Betul cakap punya bro..!!

Saturday, May 14, 2011

...Janganlah Menghampakan...

...Satu masa dulu masa tinggal di Lahat Lane aku selalu melihat satu mamat ni yang berjalan sambil menjerit2..”Gunting rambuuuttt”..yang mana beliau mengambil upah mengunting rambut di kawasan Kuala Pari dan sekitar tempat aku tinggal..Sesekali aku bertembung dengannya bersama saorang anak kecil di pasar malam Sri Kinta..dari gaya penampilannya aku percaya beliau saorang yang telah berkeluarga dan susah..Pernah aku nampak beliau membeli sepotong buah tembikai bersama dengan barang yang lainnya untuk dibawa pulang...Telahan aku (Moga ianya tidak benar) jika mampu tak munkin hanya sepotong yang dibeli (bukan sebelah)...tapi aku respek orang yang semacam ini walau pun sikit...rezeki untuk yang lainnya di rumah mesti dipenuhi...Munkin bagi beliau sikit atau banyak bukan soalnya..Hati gajah sama dilapah hati kuman sama2 dicicah...

...Berbeza sama sekali dengan apa yang aku lihat di Tesco St 18 minggu lepas..Ketika menunggu wife aku membeli ketam untuk mak aku di kampong..Aku ternampak saorang ibu muda yang sedang mengayat anaknya yang pada ketika itu sedang mengadap kaunter roti di sebuah bakery...Dengan perasaan hampa yang jelas dimuka anak itu tadi mereka berlalu begitu saja...sambil lalu di depan aku terdengar ibu itu berkata pada si suami..

“Haa lain kali mulut tu jaga2..nasib baik dia mau dengar cakap saya jap tadi..”

...Nampak gaya seperti orang berada..dan tak munkin untuk membeli seketul roti untuk anak pun tak mampu...tak munkin...Aku bukan busy body la beb..tapi persoalannya...apa sangat lah nilainya sebiji roti dengan seribu pengharapan saorang anak kecil tadi yang mau makan tapi telah dihampakan...Aduhhh terlalu sedih dan kasihan aku melihatnya...Takkan jatuh miskin mereka kalo dengan membelikan saja roti itu untuk si kecil tadi kalo dah itu rezekinya...Dan jika tak dibeli pun,aku percaya bukan sebab itu mereka boleh jadi lebih kaya...Kalo dalam hal makan minum untuk keluarga la kan, dengan apa cara pun (semestinya halal) aku akan cuba memenuhinya...Asal tidak keterlaluan dan membazir...Kerana itu sudah merupakan satu amanah,keperluan dan juga tanggung jawab yang mesti dilaksanakan..tanpa alasan..by hook or by crook...selagi ada kederat..aku akan bekerja...Sebab itu dulu2 aku biasa berkerja macam2...Satu hari hingga 12 jam..balik rumah kemudian pergi lagi...Hingga ke tengah malam pukul 1 – 2...Leteh?Penat? Memang tak tipu...Tapi ianya kepuasan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2..Haha sapa yang nak rasa boleh cuba..yang dah biasa...sure dah tak jadi apa..hahahaa...

...Jika ditanya pada diri sendiri pun kita bekerja untuk apa? Untuk siapa..Yelah bagi yang berkeluarga lebih lagi soalan dan persoalannya...Namun kalo dah tau jawapannya,sebagai ketua keluarga laksanakanlah peranan kita...Jadi,cubalah tidak menghampakan...


P/s: - Dalam sesetengah perkara kata orang...biar anak menangis sekarang jangan kita yang menangis kemudiannya...Tapi sanggup ke melihat anak menangis sebab nak makan???Aku tak sanggup...

Tuesday, May 3, 2011

...Osama Ben Laden...

...Dalam tak sampai seminggu ini pelbagai kisah dan tragedi yang kita dengar menimpa saudara yang seagama dengan kita..baik dalam mau pun yang di luar negeri...Rata2nya ditaja oleh Amerika dan Yahudi Laknatullah..Yang terbaru anak bongsu kepada Muamar Gaddafi dan keluarga beliau yang mana bersama tiga orang anak telah terbunuh akibat serangan yang tidak mengenal belas mau pun mangsa...Peluru sememangnya tak bermata..namun manusia yang celek telah dibutakan hati mereka dengan nafsu dan dendam...

...Semalam kita juga dikejutkan dengan berita kematian Osama Ben Laden yang turut terbunuh dalam serangan yang ditujukan kepada beliau...Dunia barat dan Islam yang memusuhi mereka menganggap ini sebagai satu kejayaan besar dalam perjuangan mereka...
...Sebenarnya kita juga perlu sedar ini adalah juga satu tamparan hebat bagi kita yang seagama dengan mangsa tersebut...Telah lama,namun kali ini maruah kita telah lebih tercalar,yang sebelum ini dirobek2 dengan begitu rakus oleh musuh2 yang sememang tidak akan senang dengan agama Islam...

...Persoalannya...Benarkah semua keganasan terbabit dilakukan oleh militan Islam?Tamat kah keganasan yang dikatakan berpunca dari Al Qaeda? Atau adakah ini detik awalnya Armageddon atau Perang Akhir Zaman?!...

...Mereka bersama bersorak riang merayakan kemenangan mereka kali ini..Dengan TV dan radio kita yang turut begitu bersemangat melapurkan berita itu...Gembira..hilai ketawa mereka.. atas penderitaan orang lain...Namun bahagiakah mereka??Semestinya tidak...kerana mereka terdiri dari orang2 yang sakit!!


P/S:- Sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa Osama Ben Laden terlibat secara langsung terhadap serangan World Trade Centre di New York,walaupun beliau sendiri mengakuinya...Siapa kita yang sewenang wenang menghukum manusia lainnya???