Total Pageviews

Thursday, December 22, 2011

...Malaysia kini...Kita Dan Pendatang...

...Saban hari dalam tv mau pun akhbar dapat kita baca dan dengar perihal kes rampasan dadah,kes orang kita yang dijadikan keldai dadah,perihal anak Melayu dilarikan orang seberang dan pelbagai lagi...dan paling hangat diperkatakan sekarang ialah tentang sikap atau perilaku Awang Hitam yang semakin menjadi jadi buruknya...

...Agak pelik tapi itu lah kenyataannya orang kita ramai yang berhijrah sama ada secara sukarela atau pun terpaksa (dapat offer baguih kot)manakala orang asing pula beramai ramai yang datang dan bermastautin di sini..tempat di mana rezeki melimpah ruah....halal,haram semua ada...

...Dasar pemerintah yang mahukan seramai munkin pelancung datang menaburkan duit mereka di sini aku katakan memakan diri..ini kerana implikasi jangka panjang yang tidak dipeduli..mana munkin jika dikatakan tidak tahu atau tidak terjangka...kita sepatutnya lebih peka...dengan pelancung yang melencung dan seterusnya hilang..orang asing yang mengambil pas belajar rupanya pengedar dadah atau pun pelacur...Bila diajukan pertanyaan pada pihak yang bertanggungjawab jawapan klise yang pasti diterima adalah..."Belum atau tidak pada tahap yang membimbangkan"..."Tak ape kita ada plan untuk menanganinya"Itu plan A kata aku...Kini bila dah terantuk!!Pelbagai pihak menjalankan pula plan B...iaitu kaedah menuding jari..sebagai alasan pelepas diri...!!!

...Terbaru Langkawi akan dijadikan lokasi untuk sasaran kunjungan 3 juta pelancung menjelang 2015...Tidak mustahil untuk mencapai semua itu dengan segala prasarana yang telah dan akan diadakan...dan semestinya penjanaan pendapatan juga akan terus melonjak...namun dalam 3 juta pelancung yang datang tadi berapa ramaikah yang akan pulang ke negara asal dan berapa ramaikah yang akan hilang atau dalam kata lainnya bertebaran di serata pelusuk bumi Malaysia ini??? Dan berapa banyak lagikah duit kita yang terpaksa dikeluarkan untuk tujuan menambah pusat2 penempatan sementara apabila mereka ini dicekup..itu belum lagi dengan kos perubatan,makan minum tahanan tadi...juga dengan kos penghantaran semula mereka kenegara asal yang umpama memukul bola tangkis saja...esok lusa,minggu depan datang balik..Duit masuk duit keluar....walhal peruntukan yang ada itu pun sudah tentu lebih berbaloi jika digunakan untuk pembangunan raakyat kita sendiri umpamanya dengan membina lebih banyak Perumahan Raakyat...akhirnya yang jelas kerja bertambah2 dan masaalah semakin rumit...

...Undang2 telah sedia ada..tapi munkin juga perlu diperkemas? Betapa sempadan yang begitu senang dibolosi samaada jalan biasa atau pun laluan tikus...Apa sudahnya akan jadi negara ini? Pusat transit dadah? Atau kita akan meletakan Malaysia dalam peta dunia sebagai negara pengeluar dadah pula? Nak tunggu hingga muncul saorang Pablo Escobar berketurunan Melayu?Lihat saja berapa ramai anak tempatan yang telah di keldaikan..Atau munkin satu masa nanti akan muncul penempatan untuk anak anak yang pulang dari Lombok...seperti mana ujudnya kampong baru2 semasa era selepas darurat dulu...jika dulu Cili Wong Kecil sudah amat senonim dengan kita...Atau akan dibina secara sah flat untuk para pendatang yang terdiri dari pelabagai kaum yang muhibbah (musibah sebenarnya)...Negro,Vietnam,Bangla,Mynmar,Russia,Thailand,Filipina,Indon,Cina???Di mana binatang eksotik tepi jalan pun dijadikan makanan mereka...berpesta arak setiap malam menggangu jiran tempatan umpama dunia mereka yang punya...dalam elok bergurau silap sikit sanggup pula berbunuhan...budaya ini langsung tidak sesuai dengan kita...Apa munkin juga akan ujud sebuah lagi negara anggota Asean yang bernama negara Cacamurba...Ini tidak mustahil boleh berlaku...Jika langkah lebih drastik tidak diambil oleh semua...

...Alasan untuk melewati sasaran pelancung asing kenegara ini bukan lah dengan tidak langsung mempedulikan dan membenarkan siapa saja untuk menjejakkan kaki di bumi Melayu ini..saringan perlu ada dan jika telah ada perlu lebih ketat..Bagi yang masuk sebagai pelajar umpamanya mereka ini perlu diketahui latar belakang mereka dengan lebih jelas..apa kejadahnya kalo dah cakap inggeris pun beterabur tapi mendaftar sebagai pelajar kolej atau universiti(kawan aku pernah menangkap mereka2 ini yang sebenarnya pelacur tapi memiliki pas pelajar) dari knowledge mereka pun kita dah tahu siapa mereka sebenarnya...begitu juga ujian perubatan mesti dilakukan di pintu masuk seperti airport...munkin ada yang berkata nanti pelancung takut untuk datang...tapi perlu diingat bahawa kita punya hak untuk menjaga negara tanpa tolak ansur dengan perkara2 ini yang munkin dianggap remeh oleh sesetengah orang kita....sedangkan PM kita ke Amerika dulu pun perlu melalui prosedur yang ketat dengan pihak imegresen mereka...dan bagi aku prevention is better than cure...

...Aku tidak berniat mengkritik walaupun munkin bau nya ada...Cuma yang boleh aku katakan ini hanya lah luahan hati raakyat yang maukan kedaulatan,keharmonian dan keselamatan negaranya akan terus terbela sampai bila bila...itu sahaja...Dan aku percaya ramai lagi yang sependapat dengan aku di luar sana...Akibat dari sikap sambil lewa maka ini lah yang sedang kita terima...maka ‘layan’ lah seadanya eheemm...tapi sampai bila??!...Uhukk Uuhukkk..!!


P/S : - ...Dulu penjajah datang dan pergi dengan meninggalkan propaganda..kini penjajah datang melenggang tanpa senjata namun masih berani mendabik dada di bumi kita...

Wednesday, December 14, 2011

...Cakap Kata Hati..Part 8

...Siapa kah kita yang hanya pandai berkata kata...
...siapa kah kita yang hanya mahu orang lain percaya dan mengikut tanpa mendengar pendapat mereka...
...siapakah kita yang pandai menghukum orang lain dengan hanya melihat sahaja...
...sedangkan kita manusia biasa...
...Kau dan aku sama saja...
...Yang membezakan hanyalah amalan kita...

Sunday, December 4, 2011

..Kita dan Hipokrit...




..Aku pernah dipanggil gila kerana berkawan dengan anak saorang raja yang turut dipanggil gila di tempat beliau bekerja..cara penampilan dia yang marhein dan sangat rebel buatkan aku sangat senang berkawan/bersahabat dengan dia..tapi di sebaliknya beliau genius dan amat merendah diri,tak suka mengata orang apatah lagi nak kacau orang..untuk itu kekadang aku saja saja provoke dia..dan beliau akan berkata..Wan you tau l tak suka sembang hal orang lain? Why not we talk about something else?..hehehe hingga kini beliau masih camtu..di samping itu musical wise beliau tetap hebat (kaum kerabat beliau ramai yang bergiat dengan muzik)...aku je yg berubah dari segi penampilan tapi jiwa sebenarnya tetap rebelll!!!!Cuma kekadang aku rasa cam hipokrit plak!Habih camno..dunia sekarang..kita terpaksa walau hati mengatakan tidak!...

...Satu contoh yang munkin boleh dimaafkan atau juga alasan pelepas diri...Mana munkin nak pergi buat sales aku berpenampilan selekeh jekk..Client tengok pun munkin akan berkata..Bior betek Mamat nih..Cuma kekadang kalo nak wat after sales service aku hentam le jugak pakai je jeans Bitch dengan t shirt kompeni...huhuu..

...Ramai yang depan kita cakap lain,tapi di belakang kita tetap berlawanan dari yang sebelumnya..Satu orang punyai dua malah lebih malang pelbagai wajah juga karektor...hipokrit ada di mana2 di pejabat di sekolah di kedai kopi di dewan raakyat...dalam organisasi mau pun keluarga..adik beradik ada yang back stabing,walau bila berdepan masing masing lembut gigi dari gusi...

...Namun orang sekeliling tetap tahu menilai siapa kita yang sebenarnya..dengan perilaku dan sikap...walau tebal mana pun topeng yang dilekapkan di muka...walau sebesar mana serban di kepala...Pakaiaan hanya kulit yang tidak boleh dinilai tentang hati sipemakai...dan Tuhan hanya menilai apa yang ada di 'dalam'...

Saturday, November 26, 2011

..Salam Maal Hijrah...1433..

..Alhamdullillah...setelah berpeluang mengisi dan menutup buku lama,bermula pula kita dengan buku yang baru...langkah yang baru,niat dan azam yang baru..atau munkin juga ada di antara kita yang akan terus berusaha untuk merialisasikan segala azam yang masih lagi tertangguh sejak dulu..Tak kisah la tu...tujuan serta matlamat mesti jelas..dan apa yang penting seperkara lagi terus berusaha,berdoa dan bertawakal..Insyaallah kejayaan milik kita..Aminnn...Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca...

Tuesday, November 22, 2011

...masih ada yang lebih susah...

...Tersentuh hati aku pagi ni ketika mahu ke BIMB..terlihat saorang bapa yang membawa keluarganya yang seramai 6 orang (anak 2 yg masih kecil) bersama isteri di atas motor roda tiga...beliau tersenyum kepada aku tanda terima kasih kerana memberi laluan kepada mereka...

...Kekadang kita berkata yang kita susah namun sebenarnya masih ada lagi insan lain yang lebih susah…Macam aku dulu..pernah tinggal di rumah setinggan yang senget,atap zing tiada letrik tiada air paip..hanya telaga buruk di belakang rumah yang dikongsi dengan lain lain penduduk…amat menyiksakan bila musim kemarau...dengan air yang sedikit..kalo lambat ke telaga jawabnya keringlah air setelah diguna pakai oleh orang lain...sudahnya untuk mandi atau membasuh terpaksa kami ke air terjun Jelapang yang jauhnya entah beberapa kilometer...Tapi alhamdullilah tidak pulak pernah kami merungut atau menyesali akan nasib...anak sulung makin besar dan sudah tahu erti takut akan gelap malam yang ketika itu hanya menggunakan pelita minyak tanah (bebudak sekarang tau ke idak akan minyak tanah atau minyak gas?)berbanding dengan kebanyakan jiran yang mengunakan enjin Honda atau Yamaha...untuk itu aku membeli sebiji bateri kereta second hand yang perlu dicas selang dua hari dan sebatang lampu kalimantang pendek yang mencerahkan rumah usang aku...Humm baru lah nampak batang idung..Biasa la bila selama ini dok dalam gelap tetiba terang so happy semacam je anak aku tu...hehee..

...Agaknya munkin disebabkab masa tu aku suka baca buku motivasi,psikologi dan sikit2buku agama jadi aku masih boleh enjoy dengan kehidupan yang sebegitu..Yelah layan yang seadanya...selalu aku berkata masih ada yang lebih susah..maka bersyukurlah dengan kehidupan...Namun dalam hati tetap tekad akan mengubah nasib diri dan keluarga..Insyaallah...

P/s: - sungguh pun begitu kita tidak boleh menyerah kepada nasib..Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hamba itu sendiri yang mengubahnya...

Wednesday, November 16, 2011

..cakap kata hati pT 7...

...semua yang kamu minta dah aku buat dan forwardkan melaui fax,email dan pos..tapi semua jugak lah kamu kata tak boleh terima,tak boleh pakai,sedangkan sebelumnya itu yang diminta..Kamu cuba bermain tarik tali...Ok fine munkin bukan rezeki aku..tapi kesimpulan yang aku nampak di sini..kamu mahu aku sumbat mulut dan poket kamu,baru semuanya ok...Kalo ingat aku jenis yang boleh kamu jadikan 'unta padang pasir'..Sori kamu silap beb..banyak lagi cara halal yang boleh aku praktikkan untuk mencari makan...bukan dengan cara merasuah dan menggadai maruah!!! So kamu boleh belah!!!

Wednesday, November 9, 2011

..Sir Pritam Singh...



...Pagi Sabtu yang lalu aku tak ke out station pun..jadi arini cuma cover sekitar Ipoh je..buat delivery apa apa yang patut..Tak ketinggalan di Old Town Ipoh...Elok masuk ke satu parking lot..aku ternampak saorang lelaki berbangsa Singh sedang duduk di depan sebuah klinik..hati aku terus terdetik..Che Gu Pritam nihh..Eh betul ke? Apa dia buat kat sini?Hati aku kuat mengatakan dia sememangnya bekas guru bahasa Inggeris semasa aku belajar di SMK Tlk Datok,Banting lama dulu...Ye la last sekali aku jumpa dia pada tahun 1979..bermakna dah tiga puluh dua tahun baru arini aku berjumpa balik dengan beliau..kat sini kat Ipoh Old Town...Hahhahahaha...

...Aku beritahu pada dua anak aku yang mengikut sama,sebelum kami sama sama menurunkan barang dan bawa naik ke stor di tingkat atas..sambil lalu di tepi beliau aku buat dek aje...Dalam hati kata karang dah selesai sume kerja baru aku tegur dia..cam biasa bila berkerja aku fokus taknak campur aduk dengan benda benda lain sebelum habis tugasan..itu pasal call atau sms yang masuk pun aku KIV je dulu..hehehe..

...Abis je kerja,aku terus mendapatkannya dan menegur..dia yang mulanya agak terpempan tapi ramah sesudah aku perkenalkan diri dengan lebih lanjut...dan kami pun berborak tentang hal dulu dulu semasa di sekolah...hahhahaa...Rupanya sekarang beliau merupakan lecturer di UTAR Kampar yang mana sebelum ini beliau juga mengajar di USM Tronoh (sekarang UTP)..Pelbagai soalan dari dia,begitu juga aku kepada dia,antaranya..Sir you masih lagi simpan Ford Capri yang berwarna metallic biru tu?? Part ini dia memang terkejut..Hahh !! Macam mana you masih lagi ingat sama saya punya kereta??...Hahhahahaa..aku cuma gelak dan menjawab itu lah antara nostalgianya boss...hahahahaa...Selepas bergambar dan bertukar tukar kad kami pun masing masing meminta diri...dia bergerak pulang selepas anaknya selesai menerima rawatan di klinik itu...dan aku dengan anak anak meneruskan tugas ke lain lain tempat pula...

Wednesday, November 2, 2011

..Fobia & Penyakit Panik ( Panic Disorder)




..Kes Pertama

..anda sedang memandu di lebuhraya..cuaca terang dan damai..namun tiba tiba hujan turun dengan lebat berserta angin kencang..Dada anda berdegup kencang terkejut dengan suasana yang tiba tiba berubah..Nafas makin kencang terasa seakan2 tercekik dan mahu pengsan...Terus anda memberhentikan kereta di pinggir jalan..dan cuba untuk bertenang...setelah beberapa minit keadaan kembali kepada asal...

Kes Kedua

..anda berada di perhentian bas...Bising,hiruk pikuk dengan bunyi deruman injin bas dan suara orang ramai..anda berasa tidak selesa,tergugat dan ingin segera lari dari suasana itu..Tiba tiba anda berasa sesak nafas,pening,perasaan tidak menentu dan terasa semuanya di luar kawalan..lebih teruk anda rasa seperti akan mati ketika itu juga...

Kes Ketiga

Anda sedang berkerja dengan komputer anda di pejabat..Suasana tenang dan selesa tanpa apa2 gangguan..Tiba2 anda terasa seperti ada sesuatu yang menakutkan..Hingga menyebabkan anda berasa panik dan lemah serta menggeletar..Sedangkan anda sedar tiada apa yang perlu ditakutkan ketika itu...

....Contoh di atas adalah merupakan tanda atau symptom yang anda telah diserang Panic Disorder...Penyakit yang banyak memberi impak sosial yang serius kepada pengidapnya...Bukan mereka anti sosial,bukan mereka tidak mahu berjumpa atau bercampur gaul..Tetapi kebanyakan mereka takut atau berasa teragak2 untuk bergaul kerana bimbang Panic Disoder akan menyerang mereka di khalayak ramai..Ini membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri...Jika diterangkan kepada orang sekeliling belum tentu mereka akan percaya..kerana secara fizikal selalunya orang lain tidak akan nampak akan perubahan atas diri pesakit..Justeru jadilah mereka ini tidak faham atau sengaja tidak mahu faham dengan mengatakan pesakit sengaja mengada2...???

...Secara peribadi aku banyak berjumpa mereka yang mengalami masaalah ini,dan setiap saorang dari mereka mempunyai versi atau cerita serta pengalaman yang berlainan dan amat menarik untuk dikongsi...Bagi sesiapa yang mengalaminya tidak sepatutnya berasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan atau rawatan dari pakar psikologi.Malangnya persepsi masyarakat kita yang selalu memandang serong dengan permasalahan ini serta pengidapnya.Juseru perlu DITOLAK jauh bahawa,jika mendapatkan rawatan ini membawa petanda bahawa kamu GILA.Itu tanggapan yang salah dan merupakan anggapan orang yang tidak berpengetahuan...





Symtom Fizikal & Emosi

1) Sesak nafas
2) Panik tanpa sebab
3) Rasa mau pitam/pengsan
4) Berdebar2
5) Gugup
6) Takut
7) Perasaan Yang Tidak Menentu
8) Berpeluh
9) Dada Yang Tidak Selesa
10) Rasa Tercekik atau Lemas
11) Rasa Panas/Sejuk
12) Lemah,Menggigil
13) Takut Hilang Kawalan,Mati atau Jadi Gila

..Symtom2 tersebut selalu telah dikelirukan (disalah anggap) sebagai penyakit atau serangan jantung,masaalah pernafasan atau lebih teruk lagi skizoprenia!Tetapi bukan semua serangan atau semua pesakit mempunyai tanda tanda yang sama..Pesakit perlu menjalani beberapa sesi ujian klinikal..jika tiada seberang penyakit yang dikesan terhadap pesakit (yang sebenarnya memang sakit)..selalunya pesakit akan dirujuk kepada pakar psikatrik...dan dari beberapa ujian yang dijalankan akhirnya pesakit didiagnosis sebagai mengalami Phobia/Panic Disorder!!...(Penyakit ini juga ada kaitan dengan penyakit depression. - Sila baca pada entri aku yang lepas)

..Ok itu kita lihat dari sudut klinikal..Manakala dari sudut spiritual pula ia sering dikaitkan dengan gangguan dari sihir atau makhluk halus..Yang mana perkara ini akan menyebabkan keadaan akan jadi lebih kompleks..namun ia tidak boleh dinafikan kerana..wajib bagi kita untuk mempercayai akan keujudan makhluk halus ini..seperti syaitan,iblis dan jin...

...Perlu kita faham juga disini ada juga tanda2 masaalah gangguan spiritual yang terjadi,sama seperti apa yang berlaku kepada penyakit klinikal,satu contoh yang boleh disebutkan ialah..Terasa ingin pitam/pengsan..namun bila diselidiki ianya bukan dari masaalah klinikal..Jelasnya di sini penyakit atau masaalah ini seeloknya tidak sahaja menggunakan satu kaedah dalam usaha untuk pemulihan..pelbagai alternative boleh dipraktikkan..Dan kita juga memang disarankan agar berusaha dengan pelbagai cara selagi mampu,tidak melanggar hukum syarak,dan jangan berputus asa...





Faktor Penyebab

..Dari entri aku yang lepas 'Depression' ada diterangkan bahawa stress,depression,anxiety adalah dalam satu cirle..perlu difahami bahawa Panic Disorder juga adalah satu cluster atau rantaian dari permasaalahan yang tersebut di atas tadi...Maka jika mengalami salah satu darinya tidak mustahil yang lainnya juga akan turut ada...!!!

...Perkara yang pelik dan menakutkan mengenai Panic Disorder ini ialah ia kadang kadang berlaku dalam suasana yang tidak mencemaskan dan tidak munasabah.Namun perasaan ini akan menyerang secara fizikal dan psikologi kepada pengidapnya..

...Pengalaman masa lalu,kehilangan mereka yang disayangi,kecewa,marah,dendam,sering ditakut takutkan sewaktu kecil dan semasa dalam proses pembesaran juga adalah faktor penyebab kepada terjadinya semua tadi..Ada pendapat yang mengatakan ketidakseimbangan hormon (serotonin) dalam otak menjadi punca...Namun ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas...!!...Serangan panik yang tiada kaitan dengan penyakit Panic Disorder boleh juga berlaku hasil dari penggunaan dadah seperti Cocaine,Amphetamines dan Marijuana...!!


Kaedah2 Pengubatan:-

Secara Klinikal

...Secara klinikal ubatan2 yang digunakan untuk merawat terdiri dari beberapa jenis dan kumpulan,antaranya :-

1) Prothaiden
2) Prozac
3) Zoloft
4) Lexapro
5) Luvox
6) Sesi Kaunseling Dari Pakar Psikologi
7) Psikoterapi (Cognitive Behavioral Therapy) yang dikombinasikan dengan ubatan





Secara Spiritual

1) Ada beberapa kaedah yang sering dipraktikan oleh pengamal perubatan islam dan pesakit sendiri dalam menangani masaalah gangguan perasaan atau makhluk halus :-
2) Ayat Kursi
3) Ayat Ruqyah (Surah Al Baqarah)
4) Ayat Al Fatihah
5) Ayat 3 Qul
6) Surah Yassin
7) Amalan Solat Dhuha
8) Solat Hajat
9) Solat Tahajjud
10) Dan pelbagai lagi ayat2 dari Al Quran yang boleh diamalkan...


..Selain dari kaedah kaedah di atas ada lagi cara yang boleh dan senang untuk dipraktikkan.Iaitu dengan pemakanan.Jika perasaan sedang bercelaru keutamaan kepada pesakit adalah untuk makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.Salah satu khasiat yang penting untuk ditingkatkan ialah dari kumpulan vitamin B.Vitamin dari kumpulan ini sangat diperlukan untuk penghasilan hormon Serotonin (Kimia dalam otak yang menghasil mood yang baik)untuk melawan/mengimbangkan hormon Kortisol (Kimia dalam otak yang menghasil mood tidak baik/murung dsb) Selain dari itu keupayaan Serotonin juga boleh mengelak Kanser.


Pemakanan

1) Pisang
2) Epal
3) Nenas
4) Kismis
5) Badam & lain lain kekacang
6) Kurma
7) Ikan (Keli,Sardin,Kod,Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi))
8) Gingko (Ulam Pegaga)lain2 sayuran hijau
9) Telur Kuning (Had pengambilannya sebab kandungan kolesterol yang tinggi)
10) Soya
11)Susu Kambing
12)Coklat (Bukan Coklat Susu)
13) Madu Asli

....Secara amnya masaalah ini juga boleh kita katakan merupakan ujian dari Tuhan terhadap hambaNya..seperti juga lain lain penyakit...Munkin peringatan atau jua satu kifarah..Apa pun perlu bagi pesakit untuk memandang dari sudut positif dan tidak berprasangka buruk kepada Tuhan...kerana ini juga bermakna Tuhan sayang dan ingat akan kita justeru diujiNya dengan pelbagai cara,susah,senang,sehat dan juga sakit...Munkin juga untuk menghapus segala dosa lalu,atau pun untuk meningkatkan lagi mertabat kita disisiNya jika redha dan sabar dalam mengharungi ujian...Dan perlu juga faham setiap penyakit pasti ada ubatnya...Maka berusahalah,berdoa dan bertawakal...Wallahhuallam..




P/s:- Satu penemuan terbaru mengatakan kopi dapat mengelakkan sesaorang dari mengalami depression terutama bagi kaum wanita.Betul ke? Sedangkan kandungan caffiene yang terdapat didalamnya dapat mengurangkan daya tahan stress dan boleh meningkatkan tekanan darah,mempercepatkan degupan jantung dan nadi yang seterusnya boleh mencetuskan lain2 symtom yang bertalian dengannya,anxiety contohnya dan lain lain seperti yang disebutkan dalam entri tadi.Justeru setiap dari kita perlu tahu membaca 'body languange' masing masing.Ada makanan atau minuman yang sesuai untuk orang lain tanpa menimbulkan elergi contohnya,tapi belum tentu sesuai bagi tubuh kita...

Tuesday, October 25, 2011

...Gaddafi & Libya...Siapa Selepas ini??



...Hina besi kerana karat..Hina manusia kerana kuasa dan juga harta...Ada yang kata tanpa harta apalah daya...Maka atas alasan itu berdondon manusia terus terusan mengejar apa saja selagi terdaya...Waima tahu semua itu belum tentu membawa bahagia malah boleh menjurus kepada derita...Baik kepada orang lain mau pun diri sendiri...

...Ramai yang berkuasa mulanya dapat kita lihat berakhir hidup mereka dalam tragis..Abraham Lincoln,Mahatma Gandhi,Indira Gandhi,Adolf Hitler,John F Kennedy,Al Malek Faisal,Zia Ul Haq,Saddam Hussien,Anwar Saddat,Ali Bhutto,Benazir Bhutto,Osama Ben Laden dan ramai lagi.. Mereka mampu melakar kejayaan dan meraih kuasa..Namun manusia tidak mampu melawan takdir...Ya kini giliran Muammar Gaddafi pula...

...Tidak mahu menyentuh tentang apa yang telah atau pernah mereka lakukan (kerana semua kita mempunyai sisi hitamnya masing2..dan mana munkin tiada langsung baiknya mereka ini)tetapi sebagai manusia aku cukup sedih sekali melihatkan keadaan mereka ini menemui akhirnya hidup masing masing....Maksudnya disini aku menyentuh dari sudut kemanusiaan itu sendiri...Masih ingatkah lagi dengan video Saddam Hussin digantung? Atau footage Presiden Anwar Saddat ditembak ketika memberi tabik hormat kepada tentera yang lalu di hadapan beliau semasa perayaan Kemerdekaan...Kejam ya memang kejam...Mengikut undang undang antarabangsa tawanan perang yang menyerah tidak boleh dibunuh...Tapi nasib tidak menyebelahi Gaddafi...beliau telah disiksa fizikal dan mental sebelum akhirnya dibunuh oleh raayat beliau sendiri...Jika pun bersalah mengapa mesti diaibkan mereka sebegitu sekali dengan memaparkan segala kejadian...tidak cukupkah dengan hanya menyiarkan gambar mayat mereka sahaja sebagai bukti kepada dunia...Lebih malang lagi mayat Gadaffi serta anak lelakinya dipertontonkan kepada umum umpama ikan di pasar...Sungguh sedih ia dilakukan oleh mereka yang sebangsa dan seagama (walau bukan semua Arab itu Islam) dan semestinya tahu akan hukum hakam..Kemana perginya pihak yang menjaga hal ehwal agama ketika ini? Langsung terkunci mulut untuk bersuara?

...Dalam pada itu saorang demi saorang kita lihat pemimpin dunia memberikan reaksi menyokong pihak Nato dan AmeriKeparat yang kononnya telah memainkan peranannya untuk demokrasi di negara itu...Begitu juga pihak media yang rata ratanya milik Yahudi tanpa henti menyiarkan dan menjadikan berita ini lebih sensasi...Namun mereka lupa atau sengaja terus menutup mata dengan apa yang berlaku terhadap raakyat Palestin yang sekian lama merempat ditanah air sendiri....Jelas akan double standard yang diamalkan oleh mereka selama ini...Persoalannya selepas ini negara mana dan siapa pula yang bakal menjadi mangsa permainan Polis Dunia ini nanti...

...Maka kini kita melihat sebuah lagi negara Islam ditumbangkan oleh kuasa Barat/Yahudi yang bersatu di bawah satu payung untuk menaja sebuah lagi kerajaan boneka...Sedangkan negara negara Islam yang berjiran hanya mendiamkan diri...Dari apa yang berlaku impaknya akan turut dirasa oleh negara Islam yang lainnya...Tahniah kepada raakyat Libya yang mahukan demokrasi acuan kafir ini...kerana dengan itu juga kamu telah menggadaikan segalanya termasuk harga diri untuk dinilai oleh generasi sesudah kamu nanti...

..Semua ini boleh dijadikan iktibar kepada kita rakyat yang mahukan keamanan dan ketenangan di negara sendiri apa lagi kita sebangsa dan seagama agar tidak menjadikan ideologi politik sebagai satu jurang perbezaan...Kerana di negara ini politik juga lah yang aku nampak merupakan percaturannya....Enuf ez enuf...Marilah bersatu tanpa perasaan iri di hati..diharap kemakmuran yang dinikmati kini akan terusan kekal dari generasi ke generasi...Moga kita tidak akan dijadikan bahan cacian oleh cucu cicit sendiri...Aminn..

P/s: - Jangan sampai...Menang sorak kampung tergadai...

Monday, October 17, 2011

...Sihir...Tiada Untung Tiada Baiknya...

..Sabtu 15hb.Aku ke Jitra 1 berjumpa dengan saorang bekas pemilik Pusat Perubatan di sebelah sana.Sememangnya sebelum ini aku tidak pernah berjumpa atau pun berurusan dengan beliau..Semua diuruskan oleh pekerja bawahan beliau.Maklumlah boss besar...Namun itu dulu..kini semua dah berakhir..Saya tak punya apa apa lagi..katanya..dan tanpa diminta beliau terus menceritakan apa yang telah berlaku...Namun aku tidak akan menceritakannya semua di sini sebagai menghormati beliau..

...Mana munkin dapat meneruskan lagi perniaagaannya jika setiap kali masuk ke klinik beliau akan tumbang dan pengsan..bukan 5 - 6 minit tapi 5 - 6 jam...Begitu juga bila pulang ke rumah...untuk menjaga beliau yang sakit maka sisuaminya terpaksa membuat pilihan dengan berhenti kerja..bukan itu saja juga terpaksa menjual rumah yang tidak lagi boleh diduduki...Lebih teruk lagi..di kemuncak permasaalahan beliau terpaksa menjual company dengan harga hanya Rm 2.5 juta...wang bukanlah segala gala baginya ..Namun keperitan yang amat terasa bila kehilangan perniagaan yang sebelum ini bermula dengan kosong...ditambah pula lagi dengan prinsip dan maruah diri yang diperjuangkan sekian lama telah dicemar begitu teruk dan hina sekali...Sebenarnya ini lah yang dimahukan oleh musuh perniagaannya selama ini..Mahu melihat beliau terus tersungkur...

...Ini boleh berlaku dimana mana saja..tidak kira bangsa atau agama... dengki,khianat,cemburu iri hati,ianya sejak zaman berzaman...Iblis dan syaitan tidak mengira kamu siapa untuk disesatkannya...Bila hati sudah dirasuk dengan hasad dengki..manusia kekadang akan lupa diri dan Tuhan maka akan berlakulah pelbagai perkara yang buruk2 seperti menyihir orang lain umpamanya seperti yang dialami oleh kawan aku tadi...

...Namun apa kah yang diperolehi oleh sipelaku? Selain dari kepuasan?? Itu saja..Selebihnya hanyalah dosa yang hanya akan terhapus dengan memohon maaf dari orang yang teraniaya...Namun mampukah bagi mereka untuk melaksanakannya?? Atau masihkah ada kesempatan??

P/s:- Aku hanya mampu memujuk agar beliau terus bersabar,kerana semua kita tahu sabar adalah sebahagian dari iman...

Saturday, October 8, 2011

...Happy Tak Dengan Budget 2012?

...Malam tadi jugak munkin ada yang tak tidur sampai pagi kerana dok berkira kira nak tukar kereta baru..Nak tukar dari Naked Bike kepada Super Bike..Nak kasi up grade CC...Namun tidak semua orang yang tersengeh macam kerang busuk dengan Budget 2012...ada gak yang tersenyum sumbing dan tak kurang jugak yang langsung tak nak senyum walau awek cun senyum kat dia.."Ati dalam ada panas"..katanya...

...Ye laa bukan senang nak puaskan hati semua pihak...Apa yang pasti selepas ini harga barangan akan naik lagi...Aku kesian dengan mereka yang dhaif..sesetengah orang yang kais pagi makan pagi..Contohnya mereka yang ramai aku lihat mengutip barangan lusuh atau terpakai untuk dijual semula setiap pagi berhampiran tempat pembuangan sampah dekat dengan rumah aku...Mereka ini kreatif untuk hidup...Dan aku memang respek abis dengan mereka ini kerana tetap berusaha mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga...Aku jugak kesian dengan orang kampung aku yang selalu merungut hasil kebun yang dah tak seberapa..Nak kerja pun dah tak larat kerana rata rata mereka semuanya dah amat tua...namun hidup perlu jugak diteruskan..keperluan dapur mesti jugak diadakan sedangkan harga barang semakin mahal (berbanding Ipoh,barang keperluan dapur serta ikan memang mahal di Pekan Beruas walaupun tidak jauh dari pantai)

...Namun tiap dari kita punya cara dan kaedah dalam melayari kehidupan...dengan dunia,sosial dan ekonomi yang semakin mencabar...Jika mahukan rezeki yang lebih usaha kita pun kenalah jugak lebih...Pelbagai cara ada...Tiap dari kita dipinjamkan dengan akal dan fikiran..justeru gunakan dengan kreativiti masing2...Asalkan iannya halal...Bukan mahu berlagak sombong dan tidak bersyukur..Cuma kita perlu ingat akan satu ayat.."Tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima"...Maka kita sebagai manusia berusahalah...

Saturday, October 1, 2011

...Raya 2011...



..Raya tahun ini berbanding dengan tahun tahun sebelumnya di mana apa yang aku lihat sambutan adalah lebih meriah...Di mana mana saja aku pergi begitu beria ria sambutan yang diadakan oleh masyarakat..Kira lah dah 28 hari Syawal pun aku lihat masih lagi orang ramai mengadakan sambutan dan jamuan yang juga disambut bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia...Syukur Alhamdullillah!!



















...Tidak ketinggalan sambutan yang diadakan di penempatan aku...Semua peringkat umur turut serta...Tua muda dan tak kira bangsa..Cuma agak terkilan sikit di mana masih ada lagi segelintir dari mereka yang tidak mahu turut serta hanya disebabkan perbezaaan ideologi politik...Aduhhh...cukup2 la tu..hari baik bulan baik..Ini lah masanya untuk kita mengiratkan lagi silaturahim serta menyambung kembali hubungan yang telah putus atau pun rengang...Falsafah masing2 ce simpan je dulu dalam poket..Tapi bukan pulak bermakna lepas ni masing masing boleh angkat bendera dan bergaduh semula...Nak cakap banyak boleh tapi aku rasa tak perlu dan tak sesueiialah..kerana bukan itu tujuan posting aku kali ini..Lagi pun masing2 dah kute so sendri mau ingat laaa...










...Aku amik peluang abis bertugas di luar daerah sambil tu jugak aku beraya..Ate idak kalo tak merasa...hehehehee...


..Terima kasih aku ucapkan pada kengkawan dan saudara mara yang sudi bertandang ke umah aku pada ari raya aritu..Humm nampak ketulusan di wajah korang sume..aku doakan kome sume diberi kebahagian dan keberkatan yang berkekalan..Aminnn..Walaupun ada yang hanya setahun sekali berjumpa..walau dekat maupun yang jauh..Itu sudah cukup menggambarkan setia kawan korang...

...Sebenarnya tiada istilah open house atau rumah terbuka bagi aku pada bila bila Hari Raya pun...Pintu rumah aku sedia terbuka pada sesiapa saja yang ingin datang untuk berziarah demi untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim...Jadi sudi sudikan lah...Salam..

Sunday, September 25, 2011

...Kenduri Sana Kenduri Sini...

...Semalam Sabtu banyak sangat kalo nak dikira jemputan jamuan dan kenduri yang aku terima jauh mau pun dekat.Kebetulan PM pulak datang dengan rombongannya ke Perak,dan anak aku Muhammad Firdaus awal awal lagi dah ajak aku untuk bersama sama ke majlis tu..Tapi disebabkan selesema kemana pun aku tak mampu nak pergi...Adusss..

...Kepentingan memenuhi undangan ini sememang la patut dan ada setengahnya yang wajib kita penuhi.Bayangkanlah jika kita yang buat kenduri dan jemput orang datang alih alih tak siapa pun yang hadir atau pun tak ramai yang datang (munkin bersebab)tentu gak kita akan merasa terkilan...Ini bukan apa disamping dengan niat bersedekah akan dapat jugak merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain..Tambahan pulak bagi kita yang masing masing sibuk berkerja,kadang kadang dengan jiran sebelah pun jarang dapat bersua muka apatah lagi nak bersembang dan bertanya khabar,ini memang tak boleh dinafikan.Maka ketika kenduri kendara inilah masa yang terbaik untuk digunakan bagi tujuan itu...Jadi bila dah ada peluang,kelapangan dan kesihatan yang baik penuhilah undangan..Moga dengan itu akan adanya keberkatan.Insyaallah..

P/s:- Arini pun ada tiga jemputan yang aku terima..Tapi tak dapat jugak le nak pergi..Dengan maaf...:0(

Thursday, September 22, 2011

..Cakap Kata Hati..Part 5..

..Hanya kerana segelintir yang mengkritik..Tidak bermakna semua orang menolak pendirian kita...Justeru,hidup terus hidup..tanpa rasa patah hati..Walau bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak...

Sunday, August 28, 2011

..Sekejap Dah Datang Syawal..

..Hari pertama posa aku cakap kat anak aku..Arini 1st day kita posa..nanti tau2 dah masuk sepuluh ari..bila dah lepas sepuluh tup tup dah sampai ujung..dah nak abis..Cepat sungguh terasa..memang cepat...

...Humm arini dah masuk ari yang ke 28...bermakna tak lama lagi kita akan sama sama menyambut Hari Raya..Hari kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu..luar dan dalam...Menang kalah jangan tanya..sebabnya buku masing2 punya..hehe..

...Semalam,Sabtu aku masih lagi bekerja ke northern outskirt sama gak macam kebanyakan orang lain..walau ramai yang dah berpusu2 balik ke kampong halaman...Syukur..walau hari mendung sesangat..tapi takde ujan..walau kereta banyak tapi tiada jem yang teruk...walau perjalanan jauh idak plak terasa penat...

..Di perjalanan suasana amat mengujakan bila aku nampak ramai yang sibuk membuat persiapan...last minute shopping,membakar lemang,berjualan kueh raya di serata tempat dan tepi2 jalan..Dan juga banyak masjid2 dan dewan orang ramai dipenuhi orang yang mengadakan majlis memberi bantuan Hari Raya...Walau ekonomi sekarang agak gawat..tapi itu bukan alasan untuk tidak merayakan dan bukan alasan untuk mereka2 yang berhati mulia untuk menderma...Kira ok laa...


...Ok,jadi bagi yang akan melakukan perjalanan jauh..samaada untuk menziarahi mau pun untuk pulang ke kampong laman..aku doakan moga kamu semua selamat...Yang tak dapat kemana mana untuk beraya tu disebabkan masaalah kerja atau kesihatan yang tak mengizin,aku ucapkan..Raye Tetap Raye Walau Di Mana Aje,Sebab Kita Dah Jenuh Berposa..Hehehe...Untuk yang selalu menjengok blog meraban aku nih..juga aku ucapkan Selamat Ari Raya Idul Fitri Maaf Zahir Batin (aku tak tau ayat lain selain ayat klise ini)..Moga kita semua akan diberi peluang bersama lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya..Insyaallah..Aminnn...
















...Ingatkan nak rasa balik feel kacang rebus bus station Taiping..Tapi punahh..Masin yang melekat...Teluk Intan punya pun ok lagik.!!






..Sambil tunggu sate siap..

























..Indah rupa dari rasa..aduii asyik terkena aje akuu...




..Dalam perjalanan pulang sempat jugak aku singgah di Pasar Malam Changkat Jering,Taiping untuk membeli juadah berbuka..Kat sini macam2 ada..Masa kecil dulu abah aku selalu bawa kami kesini..Tapi masa tu sume open air lagi..Sekarang baru up grade sikit..bole laa..Orang agak ramai,tapi masih jugak happening..Tapi Ahad rasa aku semestinya bukan saja lebih happening,tapi pening..sebab orang pasti akan lebih ramai dan keadaan bertambah sibuk...Begitulah kat mana pun bila tiba musim perayaan...(P/S: Pasar Malam ini seperti mana biasa diadakan pada hari Sabtu dan Ahad berturut2..)

Wednesday, August 24, 2011

..Demi Allah..Kita bersujud…

“Wahai orang yang beriman,rukuk lah kamu dan sujudlah kamu”
Surah Al – Hajj,ayat 77

“Aku diperintah bagi sujud di atas tujuh anggota badan iaitu dahi sekaligus hidung,dua tangan,dua lutut dan jari jemari kedua dua kaki” Hadis Bukhari Muslim.



..Setiap hari kita umat Islam diwajibkan agar bersolat...Tiada agama lain dalam dunia ini yang mengarahkan umatnya supaya bersujud sebanyak 34 kali dalam sehari semalam...belum termasuk dengan solat sunat yang lainnya...Ianya hanya terdapat pada agama Islam sahaja...Sebagai hambaNya yang taat tak perlu ditanya mengapa semuanya itu..namun di sebalik itu terdapat rahsia atau menaafaatnya yang besar bagi kita...Kita sedia maklum setiap suruhanNya pasti ada hikmah samaada yang tersembunyi atau pun sebaliknya yang selalunya tidak terjangkalkan oleh akal fikiran manusia...



Mari kita lihat beberapa hikmah sujud yang antara lainnya ialah :


Bernafas ketika sujud akan :-

Mengembalikan kedudukan organ2 tubuh ke tempat yang sepatutnya

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya

Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh

Melegakan sakit hernia (mempasang)

Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan, melegakan sistem pernafasan.Baik bagi mereka yang berpenyakit lelah dan paru2.

Mengurangkan kesakitan pada pesakit Appendiks @ Spleen (Limpa)

Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.(Tonggekkan punggung sambil bernafas,tahan serta tarik perut kedalam)

Meringankan bahagian pelvis.

Memudahkan tidur bagi pesakit insomnia

Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan insyaallah terhindar dari sakit buah dada.Khusus bagi kaum wanita,samaada rukuk mau pun sujud ianya memiliki menafaat luar biasa bagi kesuburan organ dalaman mereka

Memberi kekuatan pada bahagian otot untuk memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).

..Kedudukan sujud yang kita amalkan di dalam solat juga membuatkan otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.Maka disarankan supaya ketika bersolat kita sujud dalam tempoh jangka yang lama,tidak tergesa gesa (tumakninah)agar darah yang kaya dengan oksigen tadi dapat mengalir dengan maksimum ke otak....Dengan ini ia dapat mencegah pening kepala,maigrain dan mampu meningkatkan daya akal fikiran kita..Dengan perilaku sujud juga sangat membantu tugas jantung dan dapat menghindar dari mengecilnya dinding dinding artery (salur darah)...

..Justeru amat beruntung bagi yang mengamalkannya (bersolat) berbanding dengan yang meninggalkannya...di samping melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah..sekaligus ia juga berfungsi sebagai kaedah pengubatan semulajadi...InsyaAllah...



P/S:- Saorang jiran aku masa di Lahat Lane meninggal dalam solat ketika sedang sujud,begitu juga dengan Allahyarham Seniman Tony Kassim...

Saturday, August 20, 2011

..Kasi Settle Bill..

..Jom settlekan semua bill sebelum Raya...Supaya idak pening nanti selepasnya...heheee

Monday, August 15, 2011

..donia makin canggih yeop!!

…Malaysia kearah negara maju..Kalo mengikut perancangannya tahun 2020 nanti tercapai le kot..itu pun kalo Negara ini idak jatuh muflis..atau tidak pun jika dunia belum lagi kiamat...

...Tak dapat dinafikan kemajuan mengikut peredaran masa dan zaman..dulu jalan kaki sekarang orang dah boleh naik jet keserata dunia dengan cepat...Eheh terima kasih pada Dato Tony Fernandez dengan tambang murahnya..walau pun balik kampong ke Beruas aku tetap naik keta atau van je..Ate dah airportnye pun tak mandang...hehehe..

...Kalo dulu kat jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di bawah pokok besar tu..terdapat ramai patition writer yang menunggu pelanggan setiap hari..dan selalunya tidak menghampakan bila mana khidmat mereka sememangnya diperlukan...Tapi sekarang sambutan terhadap khidmat mereka tidak segalak dulu...sebabnya orang banyak dah celik IT..Salah satu dari kemajuan jugak lah tu...

...Kenduri kendara kalo dulu orang akan menempah kad jemputan kahwin.. hinggakan pada musimnya tak menang tangan bagi kedai cetak untuk membuat kerja mencetak...tapi sekarang...orang dah kurang menggunakannya sebab dah ada alternatifnya disitu...sekarang dah lebih canggih beb...Orang banyak pakai sms atau pun guna laman social je macam Twitter atau Facebook...Hummm...

..Begitu jugak lah bila musim perayaan tak kira laa apa pun Merdeka,menyambut posa dan jugak Raya..hinggalah kepada berita yang lebih penting..kematian contohnya..Hummm pada tahun 70an dulu teringat lagi aku bila mana Tok Ngah aku meninggal maka salah saorang cucu kesayangan dan yang paling rapat dengan nya tetiba je telah menghilangkan diri tanpa pengetahuan orang lain kemana perginya...Maka kelam kabut pulak le orang kampung...mana nak handle jenazah yang ada,nak pulak kena amik tahu hal beliau yang dah ‘hilang’..Alih2 pada sebelah tengahari nya sekoyong2 muncul dia dengan menaiki motor..

..”Awok balik dari Tepen..ngabo deme di sana” katanya..

...Fuhhh!!Lega semua orang...Rupanya dia terus ke Taiping dari Beruas dengan menaiki motor untuk memberitahu kaum kerabat kami yang ramai di sana..Masa tu bukan semuanya ada talipon..Selalunya balai Polis la yang jadi tempat untuk meminjam/menggunakannya..Begitulah susahnya tanpa teknologi yang canggih pada masa tu...

...Kat sini kita boleh lihat pro dan kontranya dalam penggunaan bahan canggih in..Ok kita tengok dari segi praktikalnya...senang cakap laa...MJC..Humm...Murah,Jimat dan Cepat..Itu saja...Tapi dari satu sudutnya lah bagi kita orang Melayu ni...Aku rasa kita dah kurang satu di situ...Ehehh nak cakap lebey pun nih tengah dok posa..

...Sebenarnya la kan..sorang rakan aku pernah merungut..bila mana kawan yang berkerja satu floor dengan tempat kerja dia dan selalu jugak bertembung di dalam lift...namun bila nak menjemput kenduri kahwin anak...dia cuma menghantar email sahaja..maka rakan aku tadi berasa sedih dan sangat berkecil hati...Ha haa aku setakat geleng kepala aja laa bila dah macam tu...Hummm nak cakap lebih2 la ni tengah posa la pulakk..(Saja ulang lagi ayat nih)..Cuma aku rasa bagi perkara atau majlis penting seumpama ini kita seharusnya lebih peka..bukan hanya buat sesuatu tu sambil lewa jee..Bukannya nak ajak pergi gig yeop!..huhuu..

..Munkin ada betulnya ‘Takkan Hilang Melayu di Dunia’..Tapi cuba kita renungkan...idak ke nanti akan hilang jua adat dan adap yang kita dukong dan bawa selama ini pada masa akan datang...jika generasi kita yang ada sekarang tidak tahu apa yang berharga dan apa yang berhak dijaga...Humm tepuk dada tanya diri kita...

..Aku rasalahkan..aku lah orang yang paling mentalitinya kolot dan kekampungan di Ipoh nih...Tapi aku no hal beb...apa atau siapa pun kita..yang penting kita tau dan sedar akan diri..Di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung...Aku bangga dilahirkan sebagai Melayu...yang terus hidup dengan adap dan adat Melayu...!!

Monday, August 8, 2011

...Bukan Cakap Kosong...

...Aku balik dalam ujan petang ni..sampai kat St 18..dek terlampau lebat hingga jalan pun tak nampak aku singgah je ke Tesco..Fuii sejukk..Masuk je kot pintu depan ternampak amil fitrah kat meja depan..dia angkat kening,aku bagi salam dan langsung aje bersembang dengan beliau..Takde modal aku buka cerita dengan bagitau kat dia yang semalam aku dah bayo fitrah kat sini tapi kawan dia yang jaga masa tu...

...Tapi itu bukan ceritanya yang aku nak sebutkan di sini...Cuma dalam tempoh tak sampai lima belas minit,kerana bila berhenti aje ujan aku pun terus minta diri dari abang ni...Namun dalam tempoh sekejap itu cakap2 dengan dia bukan lah cakap kosong sebenarnya...Cerita dan kata2 dari beliau yang amat 'berisi' bagi aku...Alhamdullillah! Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan abang ini...

P/s:- Agaknya ini hikmah ujan lebat petang ini untuk aku...

Wednesday, August 3, 2011

..Niaga nak untung bole..tapi jangan kelentong...

...Semalam aku ke Pasar Ramadhan Desa Aman..fuhhh orang ramai sedang berpesta!! Aku ushar sana ushar sini..tak amik masa yang lama pun..beli je murtabak dengan cendol..Huhh tak abis2 dengan mamak rulez..hehhehee..Pastu terus belah..Oh ye singgah jap kat tempat anak aku kerja dan beri dia bekalan untuk berbuka nanti..

..Di rumah berbuka macam biasa..Cuma yang luar biasanya murtabak yang aku beli tadi dimasak dengan kaedah Mak Andeh..Luo acak alam idak..Luar masak di dalam tidak...Pra masak la kata orang sekarang...huhuu..Ini kes penjual dok kira quantity jek tapi tak peduli quality...Naya jee...terpaksa plak dimasak semula..Itu satu hal, dek kerana murtabak arini aku ke Poliklinik GreenTown dan langsung M.C..huhuuuu....

P/s;- Aku rasa kalo penjual tu berhemah/berhati2 dalam menyediakan jualannya perkara macam yang di atas tak akan berlaku...Tak nak ke extra pahala dalam bulan posa ni?

Sunday, July 31, 2011

...Salam Ramadhan...

..Insyaallah esok dah nak posa ...orang Islam macam kita sume...banyak yang dah kelam kabut..siapkan itu ini...nak sambut Ramadhan la katakan..Fuyooo..Caya..Kat kampong nampak suasana meriah macam nak raya pun ada..Kalo di pekan pekan pulak di Pasar Tani..kita boleh tengok macam pesta jee...Ayam,lembu kerbau sume dorang kasi tumbang...kat Pasar Tani Shah Alam dengar cita 9 ekor lembu langsai dalam tempoh 3 jam aje...Perghh...Orang pompuan lagi le sibuk...mana nak siapkan juadah makan malam pastu nak prepare plak untuk bersahur..hari pertama bersahur lauk mesti special sikit...

...Tapi aku ngan family biasa biasa aje...hehehee..Petang tadi konon nak pergi Pasar Malam Desa Aman..sudahnya aku pusing steering singgah je ke restoran mamak kat Station 18...Ok,tapau..tosei,roti canai,capati dan roti naan...hahaa....Ini menu malam kang...Untuk sahur belum fikir lagi...Takde yang special...Hanya ala kadar...Alhamdulillah...Cukup dengan apa yang ada...syukur...rezeki dari Tuhan...Kena insaf dan ingat pada orang lain yang tak berkemampuan...

P/s: - Untuk kengkawan...Selamat Menyambut Ramadhan...

Saturday, July 23, 2011

..Mainan Perasaan..Cakap Kata Hati Part 4...

...Adakalanya jiwa atau perasaan kita akan cuba untuk lari dari rutin atau kebiasaan ...dari suka menebeng di kedai mamak seperti selalu..tetiba lak kita lebih selesa jika minum di rumah saja sambil bersembang dengan anak isteri..tanya dan jawab itu ini..sesuatu akan terasa begitu membosankan jika itu yang menjadi ulangan dalam hidup kita...Opss amalan solat contohnya tak boleh jemu kerana itu sudah menjadi kewajipan..kalo jemu itu maknanya ada yang tak kena..perlu disingkap dan lihat apa sebab musababnya..dan yang jelas datang dari diri sendiri jugak...

...Justeru..itu sebabnya aku lebih suka membuat tugasan di luar atau outstation untuk bertemu dengan orang ramai..walaupun pada hari itu,sebelumnya aku tidak tau siapa mereka..dan bagi yang regular pulak tak dapat aku mengagak betapa mood mereka pada hari itu...bagus ke idak...kalo banyak pesakit sure dorang akan tersenyum sampai ke telinga..idak kalo silap haribulan payment yang aku nak collect pun boleh pending...Adodoiii!!Namun di penghujungnya walau betapa tegarnya hari itu aku akan rasa lebih selesa sebenarnya..Humm kerana tidak berurusan dengan orang yang sama,suasana yang sama setiap hari...Lain orang..lain masa..lain pulak cerita...

...Humm semua ini mainan mind set dan perasaan..namun kita tak dapat lari dari sifat lemah,kerana itu dah memang salah satu dari sifat manusia...Adakala mampu dan adakalanya kantoi untuk mengawal serta menanganinya..walau tiap dari kita punya kelebihannya masing masing...

Saturday, July 2, 2011

…Minta tolong Pak Cik …Saya datang nak makan….

..Pagi Khamis aritu aku ke Medan Mara di Ipoh untuk minum pagi..pagi yang dah nak ke tengahari pun..pukul 11 lebih kurang camtu..Dok kat satu meja..oder char kewteaw..aku pesan tak mahu masin..tapi terlupa nak bagi tau kurangkan minyak..sudahnya kewtew aku yang patutnya basah dengan air jadi lenjun dek minyak..adussss...

...Elok baguih punya layan…datang owner kedai sebelah yang aku oder air suam dan kopi ais darinya.Mula2 dia bercakap dengan nada yang aku kira nak berkenalan,sambil memuji dan berterima kasih sebab minum dikedainya..sebab tolong orang melayu berniaga katanya..Tak pela lagi..Tapi bila dia dah mula membebel tak henti2 berceramah pasal politik..itu tak kena ini tak betul...Kerajaan pilih bulu tak tolong kami orang Melayu nak berniaga..katanya dan terus bla bla bla..pot pet pot pet..aku dah mula boring!...aku dah jadi macam burung terkukur dek nak mengiakan cakap dia walhal aku memang tak berminat langsung dengan cerita dia..Apatah lagi aku datang nak makan bukan nak dengar ceramah politik..Kenyang memang le kenyang..hum kenyang dengar bebelan...Abis makan...aku lap mulut dan terus tanya pada dia..

Pak Cik ni gerai sapa bagi berniaga?
MARA yang kasi.. katanya
MARA tu kira kerajaan jugaklah..Ok lah tu kalo dia dah tolong bagi niaga kat sini..kata aku..

...Lepas bayar aku terus belah..inilah kali pertama dan kali akhir aku datang ke kedai ini...kata hati aku...
..Macam entri aku yang lepas lee..aku tak memihak pada mana2..Tapi fikirlah,sampai bila kita nak ditolong..sampai bila kita nak diberi wheel cha..sampai bila kita nak dibantu..usaha lah sendiri jugak beb...Senonimnya orang kita ni..bila tengok orang lain lebih kita dengki,cemburu...Mula fikir/fitnah yang bukan bukan...namun untuk berusaha sendiri..MALAS!!
..Tahu ke kita betapa sesetengah orang yang berjaya tu bagaimana keadaan mereka sebelumnya?Lagi pun mesti ke dengan hanya diberi bantuan saja baru mereka boleh hidup senang...

p/s:- Usah lah cemburu dengan kejayaan orang lain...Cuma tiru ajelah kejayaan mereka...

Friday, June 24, 2011

..Napalm Death...Depa Mai Lagi Aiiihh!!..



..Setahu aku pertama kali depa datang pada tahun 2001..Yes! Napalm Death diberitakan akan datang ke Kl untuk mengadakan persembahan sulung mereka...Aku amat teruja sekali..apalagi sebelum ini yang hanya memiliki album copy Scum dari member lama aku Farid...hehhehe keset cover pun photostat je..terikut2 dengan era keset demo yang banyak boleh dibeli di Yik Foong Complex masa tu...

..Aku tak ingat masa tu musim cuti sekolah ke idak..Tapi yang jelas family aku pun aku angkut sama...Dipendekan cerita sampai je KL aku terus ke Concorde Hotel untuk mengambil tiket dari Adam..orang yang aku tak pernah kenal..cuma dapat nombor dari flyers gig yang ada...Sementara menunggu di lobby hotel..aku melihat ramai Mat Salleh yang melepak di situ yang mana hotel ini semua dari kita tahu bersebelahan dengan Hard Rock Café...Masa tu Kopitiam pun takde lagik...Tetiba pintu lift terbuka aku terlihat kelibat yang aku rasa2 biasa atau pernah Nampak..Alamak!! Tak salah lagi mereka adalah Mith Michele,Shane Embury dan sorang lagi mangkok hayun yang aku tak kenal..NAPALM DEATH!!!! Disebabkan segan dan terkedu sebenarnya...aku jadi blur!! Heheee..alih2 bila dorang dah berlalu dan Adam pun tiba..lalu untuk kepastian aku bertanya..Jawab si Adam..”Betul le tu...diorang memang overnight kat sini...Siang tadi aku bawa diorang jalan jalan ke Batu Cave sambil amik gambar”..
...Tu dia!Huhh rugi!!Selepas itu aku dan family terus ke Prescott Inn di Medan Tuanku untuk check in dan bermalam di situ...



...Masa berniaga bundle di Tronoh..aku turut edarkan flyers ni pada student2 U di situ...Pak Cik & Mak Cik tak payah aaa..


...Esoknya aku berdebar2 dari pagi untuk menanti hari beransur tengahari..Gig yang akan berlangsung di Warp Discotheque (ex Life Centre) dijadualkan akan bermula pada pukul 3 petang.Lepas solat zohor aku bersaorangan turun dari hotel untuk menuju ke vanue...Untuk ke situ aku bantai hayun kaki je sebab sambil2 cuci mata Jalan Sultan Ismail pun bukan le jauh sangat pun dari hotel,lagipun semalam dah cuti dari exercise..so arini cover le balik..Dalam dok berjalan sambil melangut menengok bangunan tinggi aku nyaris2 terjatuh kedalam lubang yang penutupnya merupakan jaring besi tapi besi nya telah digergaji (curi)dan yang tinggal hanyalah sisa besi yang menjadi jeriji aka jerangkap tak samar yang menunggu mangsa..Huhh idak kalo gig tah kemana aku pulak harus dok dalam hospital...

...Sampai di vanue..Persekitaran macam biasa lah dengan booth2 yang menjual sticker,tshirt,cd...Hinggakan degaradoo pun ada serta tak tinggal jugak wax untuk buat dreadlock pun ada dijual oleh satu couple Mat Saleh yang ada disitu..huhuu...Aku ingatkan bila band international yang datang perform tentu lah soal masa menjadi satu kemestian untuk ditepati..Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali..Hummm sama jugak lah seperti lain lain gig yang ada kat Malaysia ni..Aku rasa rasa lewat 45 minit...Masuk dalam arena ..ok..tempat agak luas..Makna nya ada ruang untuk moshing...Tapi tak lama..lepas tu mosh pit dah jadi tin sardine..aku rimas..Ahhh relax laa..nak selesa balik tengok DVD je kat umah...Jangan nak buat bodo piang kat sini!! Seingat aku di sebelah aku ada sorang Minah Saleh bersama anak lelakinya yang aku rasa berumur dalam sepuluh tahun gitu..Cee mak dia bawa tengok sebab tahu anak dia minat Grind Core...hehehehe..caya!!

...Opening act...band pertama dari selatan...Demisor,Narsamum dan kemudiannya Blind Tribe...Penang mai...Kalo diminta membuat pilihan aku sedari dulu amat tegar dengan Blind Tribe...Sound,riff dan suara growl dari Tam amat aku suka selain dreadlock beliau...Tapi aritu Tam tampil dengan berambut pendek dan kepala diikat dengan bandana,begitu juga bassis...pakat potong habis dreadlock mereka...Cuma tinggal Fahmi saja yang masih mengekalkan rambut fesyen itu...Aku frust sangat sebab bagi aku selain sound serta skill..imej juga memainkan peranan dengan muzik yang dibawa...lebih2 lagi mereka baru saja muncul dengan imej baru ini...Agak janggal plak rasanya bagi kita yang terbiasa dengan imej lama dorang...Ok cukup tu..yang lagi dua band aku tak nak cakap apa2 sebab sound depa aku tak boleh pi..Especialy Narsamum yang tampil dengan three piece..tanpa bass...Sound yang tajam menikam!! Silap banyak le sebab aku terlupa bawa ‘ear plug’...huhuhuu...

...Napalm Death..rulez the stage!!!Apa lagi yang boleh dikatakan pada band yang makan,minum,tidoq hanya dengan muzik,muzik,muzik ini....

...Aksi head banging,moshing,stage diving,body surfing telah lama bermula...Mark "Barney" Greenway menjerit bagai kerasukan dan Danny Herrera menghentam drum bagaikan hari ini tiada esoknya!!...Di atas pentas mata aku lebih banyak tertumpu kepada Mitch Michele sebenarnya..dengan riff2 yang membunuh...beliau memainkan flying Vnya dengan secara bersahaja...Begitu juga dengan Shane Embury di posisi bass yang sebelum ini pernah menggalas tugas sebagai tukang pukul...Huhh!...Ye!Bersahaja macam takde apa apa jeee..bak kata Pak Jabit...huhuuu..Oh ya sebut nama Mitch Michele aku teringat akan satu lagu yang diberi kepada Aru untuk disiapkan dan kemudian dimuatkan dalam album Koffin Kanser - Positive..Lagu yang bertajuk Mitch Factor...

..Ini adalah pertama kali..dan kali terakhir aku melihat didepan mata akan Jesse Pettando beraksi..sebelum beliau meninggal akibat kanser dan komplikasi diabetic pada tahun 2006 dalam usia 37 tahun..Jesse adalah master mind bagi band Terrorizer dan banyak lagi band projek beliau...




..Band yang muziknya bising dan anti melody..berpenampilan ganas...tapi lirik mereka tetap bervisi dan mempunyai mesej..banyak memperkatakan tentang perang,politik,hipokrasi,korupsi dan duniawi..Itu lebih baik dari berpenampilan baik2 dan bersih (konon)..tapi menghasilkan product lucah...yang menyumbang kepada keruntuhan moral orang Melayu (sori..saja aku menyimpang/merujuk kepada video klip arahan Gambit,antaranya)Takde apa yang nak dibanggakan...

..Abis gig..aku keletihan walaupun tak banging tak moshing ..Cuma tegak berdiri macam tiang jee..hehehehe..Sebelum balik ke hotel...Kat luar vanue aku lepak2 memerhati sekeliling sementara menanti hari beransur cerah setelah sedari tadi cuaca gelap baik di dalam mau pun di luar dek penangan kaum kerabat yang kesemuanya berbaju hitam...Gagak tak berkepak hahahaa...

...Sekoyong2 aku ternampak kelibat saorag mamat skin yang berlari kearah tempat aku melepak sambil di belakang nya terdapat lebih kurang 6 orang lagi Skin Head yang mengejar...Dipendekan cerita..Lembek hingga berdarah dia dikerjakan dengan hentakan boot Red Wings dorang..kesian aku menengoknya...Ada tiga orang Polis berdiri tak jauh dari situ tapi dorang cuma tolong tengok jee...Humm bebudak Metal yang ada dan nampak terlebih ganasnya takde plak nak wat hal camtu..Seingat aku ini bukan kali pertama bebudak Skin yang bergaduh sesama sendiri nih..Di Taiping selepas gig kat Taman Tasek satu kes kejar mengejar yang berakhir dengan pembunuhan yang berlaku di station bas Taiping..Begitu juga di Melaka Raya lama dulu..dua orang Skin Head dijumpai mati berpelukan setelah lemas di dalam laut,sebelum itu mereka juga bergaduh sebelum sama2terjatuh kedalam air...ROCK WILL NEVER DIE!! Kata kau..betul tu...tapi engkau yang bermatian konon nak menegakkan ideology merapu janaan Mat Salleh yang miskin jiwa tu hingga bemusuh dan berbunuhan dengan bangsa sendiri!! Sapa suruh??Dengar je muzik tu udah lee...Haa itu la pasal..aku pun dah merapu meraban nak membebel sama...huhuuuu...Ok udah tuu..

...Pada 27hb.June 2011...untuk kali yang ketiga Napalm Death datang lagi untuk memecahkan anak telinga dan memporak perandakan pentas dengan irama Grind Core di One Cafe...Namun awal2 lagi aku katakan tidak dapat untuk bersama sama korang sume..huhuhu whooaaa!!!!

...Ok cukup dulu takat ini.. lain kali aku cerita pulak pasal konsert Gillan And The Band yang aku tengok pada tahun 81 – 82 lama dulu tapi masih segar dalam minda..Hummm itu pun tengok jugak lah dengan mood aku dulu...heheee...


P/s: - Muzik...kira macam gas jugak lah..kalo takde gas dapoq pun tak menyala ye dak?

Monday, June 20, 2011

...Cakap Kata Hati Part 3

...Jika dalam kehidupan ini ada 10 kebahagiaan, 7 daripada 10 kebahagiaan sudah menjadi milik kita. Mengapa harus kita meratap dan merintih pada 3 kebahagiaan yang kita tiada. Hinggakan kita sanggup buang 7 kebahagiaan yang kita ada...Apa pun bersyukurlah hendaknya...

p/s:Kalo dah sume jadi hak kita..Apa hal pulak dengan orang lain? Huhuhuuu...

Wednesday, June 8, 2011

...Hidayah Tuhan Tidak Mengira Siapa...

...Suatu hari dalam minggu lepas aku berjalan keluar dari Tesco St 18 untuk ke parking kereta...dari jauh aku nampak saorang berkopiah yang manis muka nya merenung kearah aku...Ahhh lantak lah kata aku sebab dah terbiasa aku diperhatikan..bila saja dekat beliau yang berwajah manis sedari tadi tetap merenung aku lantas aku pun tersenyum mesra kepada beliau..Tiba2 beliau menghulur tangan sambil berkata..Ini Ridzuan kan?Allahuakbar!! itu saja yang mampu terpacul dari mulut aku..agak terpempan..sememangnya aku tidak lagi mengenalinya...cuma bilamana terdengar saja suara dari mulut beliau terus mengingat kan aku akan dia yang rasanya lebih sepuluh tahun tidak berjumpa...namun kali ini beliau dengan keterampilan yang jauh berbeza dari dulu...Beliau telah memeluk Islam rupanya..Alhamdullillah!! Hidayah Tuhan tidak mengira siapa kamu..Akan diberi kepada siapa saja yang dimahukan..Beruntung kepada sesiapa yang menerima akan anugerah seumpama ini...Beruntung juga kita yang sedia Islam sejak lahir...Ada sesetengah yang punya hidayah tapi tiada taufik..begitu juga lah sebaliknya...Namun ada juga yang lansung tiada apa apa...Cuma yang ditakuti bila mana taufik dan hidayah diturunkan kemudian ditarik balik...

...Setelah bertanya khabar lebih kurang dan berjanji akan menemuinya kembali di premis beliau selepas ini,kami pun meminta diri dengan urusan masing2...

P/s: - Hingga sekarang aku masih cuba untuk mengingati semula akan nama beliau...Adussss...

Friday, May 27, 2011

...Muzik Untuk Semua...



...Aku suka dengar muzik..biar apa pun pilihan lain yang diberi pada minat aku ..tetap aku akan katakan muzik yang jadi pilihan..Pernah belajar secara formal di Yamaha..tapi sayang dengan commitment lain yang perlu aku beri tumpuan lebih..so aku back off..Uhuhuuu...Whuaaa!!

...Taste muzik aku juga pelbagai dari R.Azmi,SM Salim hingga lah kepada Morbid Angel Burzum,Opeth,Behemoth dan yang sewaktu dengannya...Underground,mainstream semua masuk...Tak terkecuali Jazz,Blues,Reggae,Ska,Classical,Rock dan suku sakat yang lainnya..dari slow rock,black metal,death metal,progressive kepada extreme...Huarghh!!Rengkung terkeluaq..Metal keringgg...!!!

...Banyak yang beranggapan bahawa Mat Metal atau mereka yang mendengar muzik extreme ini adalah mereka yang bersikap liar,ganas atau brutal..seiring dengan muzik yang didengar oleh mereka...Ada jugak yang berkata...untuk menilai akan diri sesaorang itu kita boleh lihat dengan mengetahui jenis muzik apakah yang menjadi santapan orang berkenaan..Tapi bagi aku itu tidak seratus peratus...Kerana muzik sama jugalah dengan makanan...Ianya lebih kepada citarasa,terpulang pada orang itu apa selera makannya...Aku munkin minat popia kamu pulak suka apom balik...Begitu juga,kita tak perlu heran jika ada Mat Saleh yang tolak burger ketepi bila lentuk setelah merasa roti canai + air peluh mamak...juga tidak hilang akan jati diri individu Melayu itu jika tak mahu lagi makan cekodok apa bila merasa betapa sedapnya akan nugget..Edeiii citt...Peeirahhh..

...Bila disebut sebagai citarasa,aku tidak mempunyai batas dalam mendengar..pokoknya semua jenis muzik aku akan dengar selagi ianya menarik hati dan mampu untuk membuat kita berfikir dan tenang mendengarnya..Samaada slow atau heavy..Humm kenapa korang kata tak boleh tenang kalo dengar muzik keras?! Sebenarnya bukan dengan hanya mendengar muzik sentimental je kita boleh release tension!!

...In fact muzik merupakan salah satu dari bahan escapism..sama jugak lah bagi sesetengah orang yang kata boleh lepas stress dengan memikat burung,pancing ikan,main snooker dan macam macam lagilah..So kita tak leh marah atau kondem dorang..dan ini lebih baik dari membawa diri kehaluan yang salah seperti contohnya dengan minum arak,amik dadah atau main pompuan Indon atau Vietnam...hehehehe..Konon nak buang masaalah sudahnya banyak lagi masaaalah yang datang...huhuuu..Mendengar muzik juga sebenarnya merupakan hobi yang tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak..Ok munkin nak kena beli cd,dvd atau keset band atau artis mana yang kita suka..Tapi tak perlu berulang2 membelinya kecuali dengan album yang lain pula..nak dengar pun boleh sambil lepak2 kat umah atau dalam kereta..Tak perlu selalu habiskan duit beli umpan contohnya kalo bagi yang gile memancing...(Jangan marah beb ini cuma contoh yang aku bagi)

...Seperkara lagi muzik ini kira satu terapi gak..klu di negara2 maju muzik juga dijadikan salah satu module atau program bagi pusat psycatric..dan salah satu jenis muzik yang digunakan adalah muzik thrash!!.Tak semestinya untuk terapi kita kena dengar lagu slow je...aku masa muda dulu kalo liat nak bangun pagi just turn on Black Sabbath – Falling Of The Edge Of The World!?..he he..sure segar..yearhh,this is my day..Sebenarnya aku ada jugak saja saja tak nak dengar muzik kononnya,tapi tak lama dua ari je..pulak rasa macam ada yang tak kena jee..cam makan nasi ikut hidung plak..he hee...tapi aku percaya ada jugak orang yang tak boleh langsung layan muzik..heran gak aku kenapa..tapi takan le lagu macam Kitaro,Kenny G,Paul Mauriat,Anthony Ventura dan James Last contohnya atau setidak tidak nya S.M Salim,Raihan,Maher Zain,Rabbani ngan Sanisah Huri pun tak leh dengar gak? Klu dah macam tu tak tau le aku nak kata apa lagi kan?...Yang jelas kamu telah membazirkan salah satu dari nikmat Tuhan...BlinkBlink..

...Jadi bagi aku...macam makanan juga lah..perlu ada setiap hari...sama juga dengan mendengar muzik..Tak baca paper seminggu takpe lagi...dengar muzik tidak letih berbanding dengan membaca surat khabar sekarang yang cepat mebuatkan aku jadi bosan..letih dengan cerita2 yang memualkan...lesu dengan cerita ganas yang tak berpenghujung...getik dengan politik...sedih dengan aksi bunuh diri Mat Rempit Sayur di jalan jalan raya...Uhukkk...So lebeh baik duduk kat dining layan Mayumi Itsuwa sambil menghirup kopi susu kambing...Masyukkk...

P/S:- ..Maka tidak lah perlu nak heran jika dah tua pun masih lagi nak layan muzik extreme..Ehem macam aku laaa...hehee..

Saturday, May 21, 2011

...Naked Butterfly...



..Band yang menampilkan genre muzik Funk Rock ala Red Hot Chili Peppers,Rap Rock dan Funk Metal ini dimulakan dari cetusan idea Ozz Yussof..Aku tak mahu mencari perbezaan di antara mereka dan band yang mempengaruhi muzik mereka kerana bagi aku Naked Butterfly lain dari yang lain dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri...Apa yang terhasil dari apa yang mereka dengar itu adalah merupakan pengaruh sahaja..bukan untuk meniru..kerana pada kebiasaannya band band underground memang committed dengan apa yang diperjuangkan dan mereka memang ‘pure and true’ so no doubt dengan yang lainnya...Suka boleh dengar tak suka pekup aje telinga!!...Buzz off!!..

...Walau hanya satu sahaja product yang dirakamkan tapi bagi aku itu sudah cukup untuk memberikan satu impak yang kuat dalam industri underground tempatan..atau munkin juga diluar negara di mana aku percaya keset2 mereka turut tersebar melalui link UG itu sendiri seperti semua peminat tau...

...Dengan keseluruhan sepuluh buah lagu..Diterbitkan oleh saudara Bullet...Dalam debut album ini terdapat dua lagu yang sama...Victim Of Situation..tapi melalui proses rakaman yang berbeza.. satu secara demo version dan satu lagi secara studio..Kalu mengikut taste aku lagi suka akan versi demo...sebab mood dan feelnya lebih dan terasa lebih ‘tight’..Ketukan drum dari Che Mat bekas drummer Society yang meletup2 serta petikan bass dari Mamal yang konsisten dan laju...disulam pula dengan solo yang menggigit dari Ozz...Design bagi logo kumpulan ini juga adalah hasil kerja Ozz...Keseluruhannya memang menunjukan pemuzik bagi band ini sememangnya professional dalam menghasilkan product mereka..Double thumbs up!!

...Tak ingat..Kalu tak silap aku dalam tahun 97 – 98...mereka pernah tampil melakukan persembahan di Stadium Perak bersama lain2 band...Namun ketika itu kelibat Ozz tiada..dan telah digantikan dengan Eddrie Hashim di posisi lead gitar...Dengan kemasukan Eddrie nama Butterfly Kiss telah diguna pakai bagi band ini...



...Memang memukau akan permainan dan skill dari keseluruhan anggota band ini..ditambah pula dengan sound system yang baik pada malam itu maka hasilnya memang gempakk!!Antara lagu cover yang dimainkan malam itu adalah Paranoid (Black Sabbath) Suara vocalistnya...Adrin sememang pun ada iras Ozzy Osbourne..selebihnya tentulah lagu2 dari album mereka dengan tajuk yang sama juga...

...2004 sekali lagi aku berpeluang menonton mereka membuat reunion pada gig ‘I Thrash Therefore I Am’..Semua line up asal mengambil bahagian.Pada masa ini banyak band2 otai yang turut serta – Inffectious Maggots,Punisher,Slap Death,Nemesis,Carburetor Dung,Mistik dan beberapa band lainnya yang aku dah lupa...Aku rasa ini adalah gig terakhir bagi arwah Boy gitaris mereka dalam membuat persembahan sebelum beliau meninggal dunia pada 2006...(Boy meninggal akibat kejutan elektrik)





...Selepas gig reunion itu mereka terus hilang dan ahlinya membawa haluan masing2....Hingga lah pada July tahun 2010..Ozz telah dimasukkan ke Hospital Sg Buluh kerana mengalami komplikasi pada paru2..Dan setelah beberapa lama bertarung dengan nyawa pada 4hb.Ogos 2010 pukul 3.20 petang,Stone dari Silent Death yang sering menziarahinya memaklumkan kepada aku...Ozz telah meninggal dunia...Arwah telah dikuburkan di Bkt Gantang Taiping...dan dengan kematian dua dari anggota asalnya maka Naked Butterfly turut sama berkubur namun telah meninggalkan satu lagi product classic yang boleh dianggap sebagai cult kepada industri underground tanah air...Sayang ini lah yag selalunya berlaku kepada band band underground tanahair..muncul hanya dengan satu atau dua product kemudian terus senyap...Dan ada juga yang langsung tidak mengeluarkan apa apa material pun untuk dijadikan rujukan bagi generasi yang terkemudian...Tapi Naked Butterfly punya reason yang boleh diterima..Bagaimana pula dengan yang lainnye?..
...Kemana menghilangnya Happy Nightmare,Punisher,Koffin Kanser,Slap Death,Saxo,Modar,Nacromanicide,Hidden,Bazzah,Mistik,Pilgrims,Senseless,Sputum...??
Sekadar menyebut beberapa nama...




P/S: - Ada yang minta untuk membeli keset ini dari aku dengan menawarkan harga yang tinggi..Sori aku tak jual..Sebabnya ini adalah one and only..dan selain lagunya yang best..muzik,quality rakaman atau pun keseluruhannya adalah terbaik dan standing dengan product luar negara!!! Betul cakap punya bro..!!