Total Pageviews

Wednesday, February 17, 2010

..cerita ceriti..

Malam makin larut,ubat presepsi dr Dr pakar Hospital Ipoh dah aku telan awal awal lagi dah..aku tak leh tidur ..ni tentu pasal caffeine yang aku teguk sampai 3 cawan ni tadi..aku terbaring atas tilam kat hall..bilik yang ada tu kira tempat salin baju je..katil?Katil pun jadi perhiasan je sbb kalu aku baring atasnya pun kaki aku terjulur gak..sebab terlebih panjang..katil cuma 5 kaki.. panjang aku pulak err ..tinggi aku pula 6 kaki.. hum nasib laa..pusing kiri tak kena kanan pun tak kena..haa apa yang patut kena..OO ya kena bangun balik nih...tapi aku nak buat apa?

....Heh baik aku layan dvd yang aku beli smalam tapi tak sempat nak tengok lagi tu..cita Lords Of Dogtown..yang kalu tak silap aku di produce pada 2005,ok gak,tapi cita ni aku rasa tak berapa sesuai ditonton oleh bebudak yang masih lagi tercari cari identity diri kecuali dengan guide kita yang tua nih....sebab jalan cerita ni banyak mengandungi unsur unsur perlakuan liar dan tidak bermoral bagi masyarakat dan budaya kita..cerita yang berdasarkan dari true story tentang anak2 muda yang tinggal di California..meminati dan melepaskan adrenalin tenaga muda mereka terhadap sukan extreme skateboard..Tony Alva,Stacy Peralta dan Jay Adams…satu lagenda..yang berjaya dalam bidang masing2 akhirnya..Dalam cerita ni aku amat minat dengan watak Jay yang mempunyai keluarga bermasaalah tapi aku rasa amat cool,berbanding dengan Tony yang kaki perempuan juga Stacy yang agak goyah pendiriannya..





…walaupun begitu banyak juga unsur2 positif yang boleh diambil kira seperti semangat yang tak mengenal erti gagal dan kalah,usaha yang berterusan dan semangat setia kawan dan ini juga lah yang membuatkan aku suka dengan cerita ini..kerana bukan senang nak cari kawan atau sahabat yang setia,yang sanggup susah senang bersama..rahsia kau rahsia aku begitulah sebaliknya sampai bila bila...Hatta adik beradik sendiri pun...jika berbeza je sikit cara berfikir,hahh!Kau kau,aku aku..sapa yang rugi?

...aku masa ketika sekolah menengah dulu..nak tengok wayang contohnya..

Er kau ada duit tak?
Ada tapi tak cukup..
Ok kita ada berempat..mari tong tong sorang sikit bagi cukup..

..Dan kalo masih gak tak cukup..yo tak yah g takpe ..asal jangan ada kawan yang tertinggal..begitu jugak le..rokok sebatang boleh dikongsi beramai..tea ais sebungkus kongsi berlima..apa pun tak pe no hal..tinggal di rumah bujang dulu pun sama gak..one for all..all for one..tapi idak le dalam semua hal..tak kan le nak berak pun kongsi satu jamban dua orang...itu dah lain ceritanya tuu..he hee..

..bersahabat atau berkawan bagi aku biar sampai mati..ikhlas,tulus,jujur itu teras utamanya..duit?OO bukannya...walau aku tak nafikan dengan duit boleh beli kawan..beli pengundi dah almaklumlahkan?..tapi..jujur ke?ikhlas ke?kalo dah camtu?Huhh!!

..Humm aku rasa ini lah antara cerita yang boleh aku tengok sampai habis..yang lain tu banyak yang tengok aku balik…pasni aku nak cari Romper Stomper..cerita pasal skin head..ganas gak nihh..Eddie Gerhana Ska Cinta pernah cakap yang dia dulu amat terpengaruh ngan filem nih hingga dia juga..terbabas jap..he hee..