Total Pageviews

Monday, September 13, 2010

..Kertas Yang Bernama Wang..

..Berniaga..kira macam dalam politik juga lah..dalam dok berbaik baik..tepuk bahu tepuk punggung,boleh jadi gaduh,boleh bermusuh..munkin disebabkan tiada ketelusan munkin sebab tiada lagi kepercayaan munkin juga sebab tidak lagi sependapat.. atau munkin juga sebab ego masing2..kira biasa la tu..

..Ada juga yang sebelumnya bermusuh akhirnya menjadi rakan kongsi…boleh jilat menjilat..tidur sebantal pe lagii..pun kira biasa le jugak..

..Apa pun itu semua, matlamat dan tujuannya adalah kerana wang..wang..wangg..

..Namun,yang luar biasa bila mana jika tidak lagi sehaluan...ada di antara kita yang sanggup bertindak di luar lingkungan kewarasan akal dan perasaan manusia..ianya tak terkecuali,dan boleh berlaku pada sesiapa pun..tak kira le orang meniaga goreng pisang kat tepi jalan tu ke..mau pun usahawan tahap gaban..tolak menolak,dengki khianat,pijak memijak,tindas menindas...Kononnya aku je yang nak duduk atas..kau dok bawah..

..Antara sebabnya bila manusia telah dikaburi dan tamak dengan wang..wang yang boleh membeli dan memberi apa saja yang ada..kuasa,juga penghormatan..Tapi perlu kita ingat dengan wang juga boleh menyebabkan manusia hilang segala2nya..Malu,takut tiada lagi dalam diri bila akal telah dibalut dengan kertas yang bernilai itu..

..Betapa besarnya pengaruh wang di dalam kehidupan..Belajar pandai2 sampai ke universiti perlukan banyak wang..untuk apa belajar tinggi2?Untuk bila lulus nanti dapat kerja yang baik baik dan akan juga dibayar pula dengan wang..yang tentunya banyak..

...Tapi bila ada wang yang banyak..manusia juga akan banyak/panjang akalnya..
..Bila tiada..cari bagi ada..bila dah ada,tak cukup..cari lagi nak bagi cukup,bila dah cukup,tak cukup2 gak lagi..Tamak..haloba..itu lah kelemahan manusia..

..Dunia,dari dulu hingga sekarang semuanya berteraskan wang selangkah keluar rumah, kita dikatakan sudah membelanjakan wang.. masuk tandas awam perlu ada wang..idak kalo kau tahan le sampai balik umah kang..Nak masuk umah sendiri pun kena bayar jugak..Cukai pintu..Wang lagi..Tanpa wang manusia akan jadi baik dan tanpanya juga manusia akan sebaliknya..Jadi siapa lah kita jika tidak berduit..mertua pun barangkali getik!..

...Alfatihah buat Dato’ Sosilawati Lawiya dan yang lainnya...


P/s: Sori..Aku baru perasan banyak sangat perkataan.. wang..

1 comment:

Abang Ben said...

duit duit (kembara)