Total Pageviews

Monday, July 26, 2010

..Memory Lane aka Lam Lok Kin..

...Kat Ipoh ni kalo sebut je Lok Kin atau Lam Lok Kin, sume orang tau..Asalnya nama satu lorong kat Ipoh ni..di situlah tempat di mana orang akan berjualan..dan kebanyakan nya adalah barang barang lama..aku tak berapa tahu akan sejarah asal tempat ini..Cuma lepas tu ianya dipindahkan ke Peoples’s Park..tapi orang masih lagi sebut Lok Kin..bertempat di Pekan Lama yang aku rasa lagi happening tempatnya..luas dan sedap mata memandang..masa di sini dulu aku pernah berjualan baju bundle dan lain lain barang...

..Pernah sewaktu aku bertugas di Teluk Intan..ada satu mamat tu bertanya ketika aku sedang membelek belek bundle kat pasar malam pekan tu..Bro,lu biasa jual bundle kat railway station Ipohkan? Aku agak terkejut terus senyum dan menjawab..Ooo itu cita lama tuhh..Aku sebenarnya dulu berjualan bundle pada tiap2 malam kat railway station Ipoh dan pada hari ahad kat Lok Kin ni lah...

..Tapi bila railway station tu nak di naik taraf abis semua gerai kat tepi2 tu dipindahkan ke lain dan kami pulak ditempatkan di satu tempat Gerbang Malam namanya..tapi semua peniaga yang aku tengok ada lah muka baru dan tak saorang pun dari kami yang berniaga di tempat lama tu berniaga pulak di sini..ehemm termasuk lah aku hehee..tapi aku ada sebab tersendiri..bukan pencen munkin lain masa aku buat balik sebab aku memang suka layan bundle...laku sikit2 pun tak ngapa janji ati seronok..hehee..

..Ok balik pasal Lok Kin..selepas beberapa lama di Peoples Park..pindah lagi kali ini di jalan Lim Boo Seng pulak..dan di beri nama komersialnya Memory Lane..Tapi tu laa..ianya lebih popular jugak dengan nama Lok Kin..agaknya memang lebih senonim dengan nama tu..

..Sebenarnya banyak cerita suka duka yang berlaku semasa aku berjualan di sini dulu..antaranya berebut tapak berniaga..ada jugak nyaris kena saman dengan DBI sebab berniaga tanpa lesen..bukan aku tak nak amik lesen tapi kerenah birokrasi dema tu yang buat aku dan ramai di kalangan kami yang meluat,menyampah,getik dan benci..lebih lebih lagi penguatkuasaan pun main pilih bulu..Mat Negro yang berniaga jam kat sebelah tapak aku tak diusik pun..Amoi pendatang sepatah haram cakap melayu tak tau yang menjual gelang manik depa buat tak nampak jee..peerahh....

...Ada satu cita pasal kawan aku yang senior nih ..Pak Wan..satu ari Ahad dia g Super Kinta dengan menaiki motor..lepas beli ikan dia turun semula ketempat parking untuk balik, alih2 helmet dia dah leboh..tapi dia relax je sebab tau apa nak buat..dia pun menapak ke Lam Lok Kin yang tak berapa jauh tu..ushar punya ushar nampak le helmet buruk dia tu dah didisplay untuk dijual perghh...dipendekkan cerita dia pun beli le balik dengan harga sepuluh hinggit..he hee..Itu le antara kisah di Lam Lok Kin..yang banyak menyimpan cerita dari dulu,masa zaman mak abah aku hingga lah sekarang..jadi sapa sapa yang ke Ipoh pada hari Ahad pakat jengok jengok le..seronok gak ape..

..So aku nak cakap banyak pun tak pandai jadi layan je la gambo yang ada nihh..











..tinggalan John Wayne..hehee..





...wanna try me? Don't hesitate to get closer..







































...dah nama pun rare..mahal gila bebb..








P/s: - Banyak lagi gambo tapi tak larat nak up load ngan server yang slow jee nihh..

Tuesday, July 20, 2010

..Di sisi kehidupan..

..Semua manusia kau,aku,dia,maukan apa saja yang terbaik..anak anak,suami,isteri,kawan kawan adik beradik,pekerjaan,rezeki..semua dari kita tiada siapa pun mahu menjadi manusia malang atau tak bernasib baik..tapi kalo dah ketentuan Tuhan..nak kata apa lagi..kita cuma boleh berusaha,berdoa dan bertawakal,kemudian serah semua pada Nya..

..Ada saorang kawan ataupun boleh aku panggil sebagai kenalan sebab aku tak rapat dengan nya..drug addict.. dua minggu lepas orang jumpa mayat beliau kat dalam tandas yang berkunci dari dalam di sebuah patrol pump kat jalan Pasir Puteh..tak tau le overdose ke apa ke..cuma yang boleh, kita berbaik sangka aje lah kat dia..itu ari dia..ari kita tah macam mana pulak..
..kat tempat kerja mamat ni selalu dijadikan bahan ketawa atau mainan pada staff yang lain..namun dia tak pernah marah..disebabkan dia camtu semua depa takde le nak simpati..tapi dia ni rajin menegur aku begitu jugak lah dengan aku..ye la dah orang baik dengan kita knapa lak aku nak sombong..aku simpati dengan nasib dan keadaan diri dia..kerana aku tahu bila sampai di peringkat ini dia dah payah sangat nak buang tabiat itu..burok cakapnya la (Sorry) dah nama pun penagih..aku percaya dalam dirinya tentu terselit rasa ingin bebas dari dadah yang membelenggu dirinya tu..aku faham sangat mereka yang senasib dengannya..sebab dulu pun aku ramai berkawan dengan mereka yang menagih atau pun menggunakan dadah..semua ada sebab yang tersendiri..

..Seperkara lagi,mesti jugak dia mau jadi macam orang lain..gembira dengan keluarga dan anak2..setahu aku dia memang rapat dan sayang dengan anak2 dia..walau pun dengan isteri selalu berantakan ..Tiap hari dia akan menghantar dan mengambil anak dari sekolah..sebelum meninggal baru baru ini dia memberikan anak2 yang seramai empat orang itu dengan gambarnya sekeping sorang..dan membelikan 2 buah basikal untuk mereka..

..Satu petang kat opis dia meminta sebatang rokok dari staff lainnya..dah le tak diberi..ada pulak dua orang staff yang nak buat lawak bodoh/kurang ajar...mencucuh keratan akhbar lalu memberikan kepadanya sambil berkata..”Nah,ko amik ni isap” Dengan tak berkata barang sepatah perkataan pun dia terus berlalu..tahu tahu pagi esok member kata dia dah takde..Gulp! Aku agak mereka yang berkelakuan tidak matang semalamnya tu semestinya menyesal tak sudah..tapi itu pun kalo depa ada hati dan perasaan simpati..ehumm..

..Mari lah kita sama2 sedekahkan AlFatihah kepada beliau dan pada mereka mereka yang telah lebih dulu pergi dari kita...

P/S: - Bagi yang baru nak berjinak jinak dengan dadah ni..yang kononnya nak cuba try test..yang konon nak cool..tak payah laa..dah tau benda tu tak elok ngapa nak dicuba jugak..kalo pada peringkat cuba cuba ni aku memang tak simpati langsung tapi marah sesangat..

Monday, July 12, 2010

..Secangkir Teh…




...Secangkir teh Rooibos,bersulamkan roti raisin kompeni omputeh..berhalwakan Masquerade dari speaker Sony Ericcson W550...waduh waduh..nikmat Tuhan...diulit angin sepoii bahasa..bisa membuai perasaan shahduu..namun dipecahkan oleh kelentingan bunyi jentera..Mat Rempit..hampehh!!!!!

Monday, July 5, 2010

..Kelam..Terang..



..Di balik awan ku lihat bayang mu
Mengintai jauh ke dasar teluk
Seperti kelip kelip di malam kelam
Menjadi panduan bagi yang melihat
Tanpa mata,tanpa rasa..
Celik tapi buta..
Terpejam mata namun melihat
Kelam tetapi terang..
Satu nikmat tidak terperi..


P/s:-Alangkah beruntungnya mereka yang dapat melihat dengan mata hati..
rugi mereka yang menengok dengan mata tapi tak menghayati..kelam dalam terang..
gelap tetapi terang..