Total Pageviews

Tuesday, June 29, 2010

..Gotong Royong..Dulu dan Sekarang..

..Masa aku kecik dulu bila kenduri kahwin diadakan di kampong aku sebulan sebelum itu lagi orang kampong dan tuan rumah akan sibuk untuk merancang dan membahagikan tugas dalam melaksanakan hari yang bakal tiba itu nanti..masing masing telah diberikan tugas kaum belia ditugaskan untuk mencari kayu api..Humm cari je lah kayu apa pun janji mau menyala je bila dicucuh dengan api..kaum ibu akan bergotong royong untuk mengacau dodol,halwa maskat (perghh lama dah tak layann)membakar kuih bahulu kuih bakar,kuih goyang,kuih telinga keling..haa kome tau kuih apa tu? Itu la kueh cucoq meniram..(cucoq maniam kot)..budak budak pun tak kurang jugak peranan nya dalam menolong..humm tolong menyibukk..ha haa..
Tidak, sebenarnya macam macam yang boleh kami lakukan tolong merumput di sekeliling umah antaranya..ini kerana contoh atau semangat tolong menolong itu telah diperlihat oleh orang dewasa jadi secara langsung kami bebudak pun terikut sama..

..Seminggu sebelum kenduri kaum ibu beramai ramai akan kerumah tuan punya majlis untuk menghantar gula sebanyak 1 – 2 kilo seorang..ini dikira sebagai sumbangan untuk meringankan beban tuan rumah…mak aku kata,syarikat gula..Mak oii!!He hee jadi tuan rumah tak perlu le bersusah payah keliling daerah untuk membeli gula..macam sekarang ni yang siap kena tunjuk kad kahwin plak dulu,baru Cina kedai nak bagi beli,itu pun dalam jumlah yang terhad..

..Selalunya tiga hari sebelum majlis...akan diadakan majlis tahlil atau doa selamat dan meletak kerja..hari menggantung kata depa..ye la nak gantung langsir baru,nak gantung kelambu,gantung lelangit dan pelbagai lagi kerja yang nak dilakukan..Pokok kelapa ada yang akan ditebang – batangnya akan dijadikan pelapik atau kaki bangku,daun nya pula akan dijalin untuk dijadikan pelbagai hiasan yang akan diletakan pada khemah..umbutnya pulak akan dibuat sayur untuk hari kenduri itu nanti..tapi aku suka makan mentah2 je..sedap oo rangup dan manis berlemak je rasanya..Haa lepas tu perut sendiri boleh dibuat gendang..angin laaa ape lagii..

..Pada hari memasak pula ia itu sehari sebelum kenduri kaum ibu dan kaum bapa serta belia akan bersama sama bergotong royong..untuk tidak kelam kabut kerja kerja akan di bahagi seperti mana sebelumnya..menyembeleh dan melapah selalunya akan dilakukan oleh kaum bapa,ibu ibu pula mengupas bawang dan lain2..riuh rendahlah dengan hilai ketawa dan gurau senda sesama mereka..kami kanak2 pun turut gembira..Esoknya anak anak muda akan bersama sama mengambil peranan ada yang menjadi penanggah,kehulu ke hilir menghidangkan kan juadah dan mengemaskan meja..ada yang menjaga air minuman ada yang berperanan membasuh pinggan mangkuk..susah senang,penat semua sama sama dikongsi..tapi semua itu tak terasa..semua dilakukan ikhlas dan atas dasar gotong royong..Itu lah yang dikatakan sepakat membawa berkat..Bila malam nya pula majlis diserikan dengan joget lambak..ada pancaragam atau pun Ghazal Parti yang banyak memainkan lagu lagu ala Hindustan siap dengan pelawaknya sekali..dengan disertakan penari ala padang pashirr…he he mula dulu mati mati le aku ingatkan yang menari tu pompuan..rupanya klon Mama Juwie ..Awww..maka orang kampong pun sama sama lah berjoget atau pun berhibur setelah penat bergotong royong pada siang harinya..

..Sekali air bah sekali pasir berubah..susah kita nak dapat rasa suasana macam itu lagi..sekarang nih..jika di kampong pun orang orang tua banyak yang dah tak ada..kalo ada pun tak larat dah..budak budak muda banyak yang dah berhijrah..

..Kalo ada orang tua pun mereka yang pencen pun banyak yang terus bekerja ini menyebabkan mereka terikat dengan masa..ye la sibukk..orang muda pulak lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat di tepi tepi khemah..tunggu orang jemput makan dan lihat orang yang kelam kabut buat kerja.. pun kalo boleh tunggu untuk disuap..apa? Banyak cantek ko punya mukaa..maka dengan alasan itu juga lah kenduri sekarang banyak yang dibuat secara kontrak atau catering aje..kira tuan umah tau cuci tangan je lah..pelamin kontrak,makan kontrak,cuci pinggan mangkok pun kontrak jugak..Cuma sediakan fulusnya saja...Jadi dengan itu masyarakat kita tak lagi macam dulu..semangat setia kawan dah boleh kata takde dah..ini juga lah yang akan berlaku bila..engkau dengan hal engkau, aku hal aku..

..Baru2 ni aku ke umah ipar di Bt Gajah..kenduri anak nya berkahwin..tak pakai kontrak..gotong royong..tapi aku kata cenoroyong..pasal ape? Pasal cam cita di atas tadi lah..ada sanak saudara lebih suka mereka ni mengadap tv dari menolong serba serbi di dapur....Adusss..jangan le cam tuu..

..Teringat jugak aku dengan satu mamat tu..udah le jadi mandor kepada kakak dia merangkap tuan rumah majlis..ke hulu hilir tengok orang buat keja sambil cekak pinggang..idak dia ngata orang lain tu pun dah kira besar tuah..ini siap menyindir plak lagi..“Orang tua sekarang ni macam2 ada yang suka kaler kaler kan rambut nak jadi orang putih!..Aikk? Apa sebab musababnya pun aku tak tau..tetiba je terpacul ayat tu dari mulut dia..nak berdakwah?Penama ni? Apa dia ingat dengan kopiah putih atas kepala dan janggut yang sejemput tu dah di kira sebagai,alim,warak dan punya lesen untuk mengata orang keliling ikut sedap ati?Agaknya dia ingat inai yang aku pakai di rambut tu tujuan untuk berlagak kot...he hee..Dengan hari yang sememangnya panas terik.. berdiri pulak di bawah khemah sambil menggoreng ayam potong 16 sebanyak 110 ekor..pulak dari pagi sampai pukul 3.30 petang..panas gak telinga aku nih..Tapi takpe..panas hati aku kejap je..apa yang aku harap hanyalah pahala, yang walaupun hanya sejemput..sebab aku buat,aku tolong semua tu pun secara ikhlas..tapi kan nak ikhlas ni pun banyak jugak dugaannya..Ehum,so aku pujuk hati,pujuk lagi dan lagi dan layaaannn je keja aku...lagi pun bukan rugi apa pun kat aku..hu huu...

3 comments:

Abang Ben said...

rambut warna inai ni sunnah kan?

WanBeruas said...

..Yepp! Ramai orang suka 'baca' kita dari luar..

deaf_angel said...

gotong royong, zaman modern ni kurang dah...