Total Pageviews

Monday, March 1, 2010

Al Fatihah...Syafia Humairah...





Ketika kita masih lagi berada dalam marah ,geram dan sedih dengan kes buang dan bakar bayi..tetiba kita dikejutkan sekali lagi dengan kes deraan maut terhadap adik Syafia Humairah yang begitu sadis..apakah manusia kini telah hilang rasa kasih sayang dan belas kasihan?Aku pun tak tau..punya hati apakah mereka?..Sedangkan binatang pun tau erti kasih sayang?Lebihnya manusia mempunyai akal berbanding haiwan yang tak punya itu melainkan nafsu..tapi itu juga tidak menjamin mereka dari tidak bertindak di luar batasan..

..Bacul kata aku pada pelaku berkenaan..kerana hanya berani melepaskan amarah kepada insan yang tak mampu melawan…wajarkah mereka ini dipanggil binatang atau apa saja kerana tidak bersikap seperti manusia?..itu pun tidak layak bagi mereka..jika tidak apa gelaran yang patut diberi?

..Apakah selepas ini kita akan mendengar lagi kes yang seumpama?Aku kata semestinya..selagi dunia belum kiamat..Nampaknya pihak berkenaan perlu untuk menggubal atau meminda undang undang sedia ada demi untuk mengurangkan kes..namun untuk menghentikannya…sori..tak boleh kata aku..Cerita yang tersiar hanyalah sekelumit dari apa yang sebenarnya berlaku..tentu lebih banyak lagi kes kes tidak diketahui umum di luar sana..

Al Fatihah untuk mu Shafiah …aku & korang juga punya anak anak..


p/s :- aku tulis entri ini sambil dengar 'Rainbow Eyes'(Ronnie James Dio)

4 comments:

deaf-angel said...

tak tahu apa perkataan dan ayat yang sesuai nak describe perasaan aku pasal ni...
dan jugak jantan kaberet tu, mak arwah ni dan ahli keluarga dorang..

lawak lak berebut2 nak bawak balik jenazah, time hidup tak ambik berat lak..

WanBeruas said...

..biasa la bro masa ada disepak terajang bila dah tiada semua terkenang...

ubilepih said...

semoga di sana adik ini sedang tertawa riang..terlepas dia dari huru hara duniawi....

manusia dah semakin sakit...wa pun kekadang sarat memikirkan kemana hilangnya kemanusian dan apa kah punca nya...

Ebiko Shishamo said...

manusia bersifat binatng makin ramai namun yang berhati mulia sebesar hama..