Total Pageviews

Tuesday, March 30, 2010

Thursday, March 25, 2010

…selagi masih ada nyawa..nafsu tetap di situ..

...Selagi kita hidup selagi itulah nafsu tak akan luput dari dalam diri..hatta orang yang dah nyawa nyawa ikan pun masih lagi bernafsu..walau dah tak de selera nak makan pun..masih lagi mahu terus hidup..itu pun dikira nafsu juga...

...Semasa kecil bebudak..nak sangat cepat besar supaya boleh campur dengan bebudak yang lebih dewasa..leh ikat key kat peha,pakai dengree boot cut,pakai Kickers..supaya akan dipanggil anak teruna atau anak dara..kembang je dada bila kena puji.."Anak kau tu?Oo dah besar panjang yee..dah boleh buat menantu pun"..nafsu tu..

..semasa muda belia..nafsu tak sama dengan nafsu orang yang dah kalo kereta tu kira dah nak kena over haul..sebab masa muda semuanya masih segar masih fresh..ingin berkereta besar,ingin bergaya cantik dengan pakaian yang mahal2,ingin punya pacar yang genit2,ganteng2 (apekehal aku yang getik dengan PATI ni nak meniru cakap mereka)dan lagi ingin makan yang sedap sedap – spaghetti,lamb chop..ke rubber stamp chop..tah apa apa le lagi..semua nak yang elok elok aje..heem..nafsu..

..tapi kan bila dah beralih umur,selera pun mengendur..adrenalin ngan metabolism pun dah menurun sama je dengan kulit yang makin mengecut..bila dah camtu mau tak mau..kena le layan nafsu setakat yang termampu jee..he hee..ade je alasannya..ishhh dah tua segan itu segan ini..dah tak match dengan umur nih..pun begitu dalam hati masih lagi terlonjak terkinja nak jadi muda balik..nafsu lagii..hemm..ada pulak tu..dengar lagi muzik berat huha huha sambil layan dengan penuh feel..hehe nafsu laagggiii..sapa tu?Aku laa..ha haa..tapi nafsu aku idak songsang beb..ha haee..


p/s: - Nafsu..elok jangan dilayan sangat,cukup setakat keperluan..tapi kalo diikut kemahuan..hummm ini yang payah nihh..

Thursday, March 18, 2010

...Hidup Penuh Ranjau...Namun Bersyukurlah...

..Minggu lepas aku,family dan mak kerumah kenduri kahwin di Lekir…aku usahakan jugak untuk memenuhi undangan ini dari saudar a sebelah mak aku…ye laa kalo tak dibuat begitu memang tak merasa…setelah 2 minggu berturut aku ke Alor Setar…Bukan jemu dengan kerja tapi kot kerja tu yang dah jemu dengan aku..hehe..Selepas makan,solat zuhur di mesjid depan rumah pengantin…kami bergerak pula ke Taiping…hummm nampaknya tak cuti dari memandu gak le aku minggu ni..Lekir – Taiping…jauh tu..aku tak amik pot berapa kilometer jika tidak lagi terasa jauhnya…so buat dek je..

…Rumah ketiga selepas rumah sepupu aku Abang Jan kami ke rumah Pak Cik Hamid & Mak Cik Minah adik abah aku… mereka mempunyai anak lelaki 3 orang dan perempuan 2 orang…4 orang darinya telah meninggal dunia pada umur yang muda bagi mereka yang dah berumur 50 – 60..heh nak buat lawak kee!.. ( anak yang paling tua meninggal pada umur 45 tahun beberapa bulan selepas adiknya pada tahun lepas)…Jadi tinggal le saorang saja lagi anak perempuan mereka..yang menjadi racun dan penawar ..bak kata Pak Cik Hamid aritu..

…seperti biasa Pak Cik Hamid yang suka bercerita akan kisah silam mengulang lagi ceritanya…dia berkata apa yang di alaminya sekarang adalah pembalasan dari Tuhan setelah derhaka terhadap ibu bapa pada usia muda beliau…anak anak beliau ada yang meninggal disebabkan keracunan ubat,muntah darah,kemalangan…dan ada yang ketika sedang tidur dengan puntung rokok yang masih bernyala dan membakar jari..

..."Aku cerita ni hangpa jangan nak jemu..bukan apa aku nak bagitau dan peringat jangan hangpa jadi atau buat kelaku macam aku bla bla bla”..katanya..mujur jugak aku tak pernah jemu pun..ye laa nasihat dan tauladan dari orang yang lebih tua...jika dilihat air muka mereka berdua nampak sangat akan kepayahan yang mereka alami..di samping dengan penyakit tiga serangkai yang telah lama dideritai...

...aku suka menziarahi akan orang yang semacam ini..tak kira le sapa pun..ye la bukan semua Mat Rock Kental cam aku ni tak mempunyai rasa sensitive..perghh..
...bukan apa, ianya akan membuat kita lebih kenal diri,insaf,kasihan dan bersyukur dengan apa yang kita ada..dan yang lebih penting tak lupa rumput di bumi...jika kita kata kita susah ada orang lain yang lebih susah..jika kata kita sakit ada orang lain yang lebih teruk sakitnya…itu semua dugaan..setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya yang tidak kita ketahui…itu juga menandakan Tuhan ingat dan sayang akan kita..apa yang perlu,jangan kita berburuk sangka dengan Tuhan..bersyukurlah...

...Jadi aku nak peringatkan lagi diri aku anak2 dan siapa siapa laakan..sayangi dan hormati lah ibu ayah kita,lagi lagi ketika mereka masih ada..sedari kecil kita telah banyak menyusahkan mereka,dengan ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan..dengan ayah yang membanting tulang mencari rezeki untuk kita..bukan nya wang ringgit yang didambakan tetapi kasih sayang kita dan juga tingkah laku yang baik2 untuk tatapan mereka..itu dah cukup membahagiakan hati keduanya..sayangi diri sendiri dan juga keluarga..dari situ terdidik untuk kita juga menyanyangi orang lain di luar sana..tanpa rasa dengki,tanpa iri hati..bak satu ayat yang mengatakan..tidak sempurna iman sesaorang itu selagi beliau tidak menyanyangi saudara nya seperti menyanyangi diri sendiri..Maaf jika aku tersilap..

..setelah kami anak beranak menghabiskan teh O panas yang dicicah dengan biskut kering hingga tinggal piring je...kami pun minta diri..Insyaallah..aku akan cuba selalu menziarahi mereka lagi..salah satu sebab..aku dah lama takde abah..Salam..



p/s: - Taiping – Merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan dalam Malaysia.Setiap petang pasti hujan – Dulu di pasar besar Taiping setiap petang orang akan berkumpul di depan sebuah jam untuk berjudi – teka arini hujan turun pukul berapa.Tapi la ni depa kata hujan pun dah jarang turun..hum what else?Air pollution..tak caye leh tanya ngan Taiping Metalers Hashim Pestilence dan Ein Brain Dead..

Thursday, March 11, 2010

..Depression...



Kenyataan Dr Pakar Psikiatri Dr Mohamad Fadzil,20% - 30% penduduk Malaysia adalah murung - Berita harian 24hb.Mei 1997.

Presiden GPMS Datuk Suhaimi Ibrahim berkata 60% guru tertekan - Berita Harian 1hb.April 1999.

...Ok kali ini aku nak kongsi sikit sesuatu yang lain dari kebiasaan..tapi biasa atau common atau koman kata orang kampong aku..yang berlaku di luar sana...aku nak cakap pasal penyakit kemurungan atau dalam omputehnya..depression...

...Kemurungan ialah penyakit biasa.Setiap 5 dari 100 orang akan mengalami kemurungan yang ketara dan selebihnya 5 dari 100 orang pula akan mengalami sakit kemurungan yang tidak begitu ketara dalam hidup mereka.Ini bereti 10% daripada populasi pernah dan akan mengalaminya.Kemurungan juga berkait rapat dengan beberapa lagi masaalah seperti anxiety,nervous,panic..maknanya jika kita mengalami salah satu dari apa yang dinyatakan tadi kita juga tidak mustahil akan turut menghadapi yang lainnya juga.Kerana ianya berada dalam satu circle...



..Kemurungan terdiri daripada banyak simtom fizikal dan psikologi yang menjadi petunjuk rawatan diperlukan :-
• hilang minat dan hidup tidak menentu/kekosongan
• tidak bersemangat dan motivasi,membuat sesuatu perkara atau mengambil keputusan menjadi amat sukar
• pening,sakit sakit dan rasa letih yang tidak dapat dijelaskan dan tanpa sebab
• Degupan jantung yang kencang serta sesak nafas (seperti serangan jantung)
• marah,mudah berang,terlalu sensitive,berasa tidak aman atau tenteram
• berat badan dan selera bertambah/berkurang
• terlebih tidur atau susah nak tidur
• hilang perasaan kasih sayang,tidak berkeinginan
• hilang keyakinan diri,mengelak untuk berjumpa dengan orang
• rasa tidak berguna,rasa bersalah yang melampau,sedih tanpa sebab,rasa tiada harapan atau putus asa.
• Rasa amat teruk pada sesuatau ketika tertentu khususnya di waktu pagi atau senja.



...Ini adalah tanda tanda biasa dan adalah petunjuk yang anda memerlukan bantuan dan rawatan sepatutnya.Ubatan tidak akan menghilangkan masaalah hidup cuma ia akan membuat pesakit rasa lebih positif dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan keperitan dalam hidupnya...

Apa yang menyebabkan sakit kemurungan?

..Sesiapa saja korang atau aku boleh mengidapi penyakit kemurungan tanpa sebarang sebab seumpama mengidap penyakit penyakit lain.Tetapi ada kalanya disebabkan oleh sebab sebab yang nyata.Contohnya ia munkin reaksi terhadap penyakit fizikal,penyakit atau kematian saudara mara,tekanan hidup,beban kerja,hilang pekerjaan,masaalah perhubungan,masaalah kewangan mau pun masaalah keluarga.Perkara yang perlu dihadapi oleh semua orang,tetapi apabila sesaoarang mengalami penyakit kemurungan,reaksi mereka terhadap semua perkara ini menjadi terlampau tertekan dan terlebih dari sepatutnya...

..Apabila berlaku kemurungan/stress,terdapat perubahan dalam fungsi otak.Akibatnya ialah berlaku kekurangan sejenis cecair kimia di dalam otak atau neurotransmitter yang dipanggil hormone serotonin (hormone penenang) dan diatasi pula oleh hormone cortisol (hormone murung).Kekurangan hormone serotonin inilah yang disyaki menjadi punca penyakit kemurungan.Sesetengah orang hanya mengalami satu atau dua episode kemurungan dlm hidup mereka.Tetapi adalah amat malang sekali bagi mereka yang mengalami 3 kali atau lebih episode kemurungan kerana kemunkinan besar mereka akan terus mengalaminya di masa akan datang...



...Mereka yang telah menghidapi penyakit kemurungan akan tahu betapa seriusnya episode kemurungan ini terhadap diri peribadi,kerja dan perhubungan .Malangnya pandangan masyarakat yang sering memandang serong akan pesakit ini menyebabkan mereka malu untuk berjumpa dengan doctor mahupun mengaku terhadap masaalah ini,ini antara sebab mengapa pesakit kemurungan di negara kita semakin bertambah tahun demi tahun selain dari di sebabkan masaalah peribadi dan juga kehidupan yang semakin konkrit.Justeru itu sokongan dari ubatan dan orang sekeliling dari segi moral amat amat memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan pesakit kemurungan ini.Mereka jangan diketepi atau diasingkan dari kita dan kehidupan. Bagi pesakit yang tidak tegar persekitaran dan penerimaan positif dari masyarakat cukup untuk membantu dalam proses penyembuhan.Namun begitu peranan pakar psycatrist tak boleh dinafikan kerana penyakit ini boleh berulang bagi sesetengah individu,justeru mendapatkan rawatan yang betul dari mereka (doktor ) adalah perlu untuk mereka menentukan apakah jenis ubatan yang sesuai untuk diberikan.Selain dari kaunseling daripada doktor pelbagai lagi kaedah untuk menangani kemurungan akan diajar antaranya dengan berlatih teknik ‘deep breathing’...Meditasi,tai chi juga adalah baik...mendengar muzik juga adalah disarankan selain dari ambil sedikit masa untuk menyendiri dan banyakkan bertenang...

Makanan yang patut dielak oleh pengidap kemurungan

1) Minuman bercaffiene kopi,teh,Milo,Coke
2) Makanan tinggi lemak
3) Makanan tinggi gula.

Aktiviti yang boleh membantu untuk mendapatkan mood yang baik
1) Brisk walk
2) Berbual/Ketawa
3) Mendengar muzik
4) Membaca
5) Sembahyang tengah malam.
6) Rajin rajin le ke surau/masjid sambil menikmati suasananya (mendengar ceramah dll.)
7) Berzikir
8) Berdoa dan lain lain lagi bergantung kepada kegemaran individu itu sendiri.

Kumpulan Ubatan yang membantu proses penyembuhan
1) Prozac
2) Xanax
3) Dothiepin
4) Luvox
5) Prothaiden


Kesan sampingan dari ubatan yang diambil
1) Pada sesetengah individu symptom2 akan menjadi lebih teruk sebelum beransur2 kurang
2) Menggeletar
3) Kesukaran bercakap (terketar2)
4) Nervous
5) Terasa pening atau seperti mau pitam
6) Tekak/mulut berasa kering
7) Mata berpinar pinar dan lainlain lagi yang selalunya berlainan dari satu individu kepada individu yang lain.



...Bergantung juga kepada individu itu sendiri mana mana kumpulan ubat dan dos yang sesuai untuk diambil.Berbanding dengan terapi,makanan dan senaman,ubatan hanya boleh diambil dan di bawah pengawasan serta arahan doktor yang bertauliah sahaja,jangan kita nak memandai mandai “self medication “konon...Haaa apa apa hal aku tak nak bertanggungjawab...adios...

Wednesday, March 3, 2010

..ikan o ikan mengapa engko mahal..

Ho ho peniaga peniaga dah gempak naikkan harga ikan..dengan alasan kononnya ikan kurang, takde stock!Tapi yang lebihnya sebab depa protes kat gomen..mengikut teori dalam meniaga ni sesuatu barang yang mempunyai demand yang tinggi akan mengalami kenaikan harga..ni semua teori yang diajar oleh Yahudi pada kita laa..yang depa tau untung,untung dan untung saja rugi sikit pun takleh walau pun ‘on paper’ je..jadi yang nak tanggung rugi dan kesan dari kenaikan tu semua sapa?Kita la sapa lagi..

..Tapi bagi aku kita punya banyak alternative bagi mengantikan ikan yang kaya dengan protein ni..untuk protein harian kita boleh ganti dengan tauhu,tempe,telor ke(tapi jangan lak ko hayun tiap hari – sebiji telor ayam mengambil masa tiga hari untuk dijana dalam tubuh..betul ke ayat aku nih??Dan jangan makan lebih dari tiga biji dalam seminggu)tak pun bagi yang tak leh makan nasi tanpa lauk..leh je ganti dengan daging atu pun ayam..protien jugak… ok le tuu..alaa kita makan untuk hidup bukan nya hidup untuk makan..tak ruginya makan kalo tanpa ikan..eh tapi kalo rajin dan ada ruang kat umah leh jugak bela ikan keli ke atau ikan apa apa ke cam jiran kat umah aku tu…ok ape..Bagi yang kaki pancing haa ni le peluang untuk bagi alasan pada bini kat umah pada hujung minggu..nak jimat belanja konon..he hee..ikut suka korang lahhh..

p/s: aku dah lama gantung pancing..dah pencen..

Monday, March 1, 2010

Al Fatihah...Syafia Humairah...





Ketika kita masih lagi berada dalam marah ,geram dan sedih dengan kes buang dan bakar bayi..tetiba kita dikejutkan sekali lagi dengan kes deraan maut terhadap adik Syafia Humairah yang begitu sadis..apakah manusia kini telah hilang rasa kasih sayang dan belas kasihan?Aku pun tak tau..punya hati apakah mereka?..Sedangkan binatang pun tau erti kasih sayang?Lebihnya manusia mempunyai akal berbanding haiwan yang tak punya itu melainkan nafsu..tapi itu juga tidak menjamin mereka dari tidak bertindak di luar batasan..

..Bacul kata aku pada pelaku berkenaan..kerana hanya berani melepaskan amarah kepada insan yang tak mampu melawan…wajarkah mereka ini dipanggil binatang atau apa saja kerana tidak bersikap seperti manusia?..itu pun tidak layak bagi mereka..jika tidak apa gelaran yang patut diberi?

..Apakah selepas ini kita akan mendengar lagi kes yang seumpama?Aku kata semestinya..selagi dunia belum kiamat..Nampaknya pihak berkenaan perlu untuk menggubal atau meminda undang undang sedia ada demi untuk mengurangkan kes..namun untuk menghentikannya…sori..tak boleh kata aku..Cerita yang tersiar hanyalah sekelumit dari apa yang sebenarnya berlaku..tentu lebih banyak lagi kes kes tidak diketahui umum di luar sana..

Al Fatihah untuk mu Shafiah …aku & korang juga punya anak anak..


p/s :- aku tulis entri ini sambil dengar 'Rainbow Eyes'(Ronnie James Dio)