Total Pageviews

Monday, November 16, 2009

..Moh Menungkah Bukit Wehh!!




Setiap hujung minggu jika tidak ke out station samada pagi atau pun petang aku selalunya akan ke Bukit Kledang yang terletak berdekatan Pekan Menglembu.Biasanya aku kesana bersama sama dengan anak anak untuk tujuan beriadah sambil menenangkan fikiran..cee..

Sebenarnya aku dah lama layan bukit ini ianya sejak aku masih muda dan tinggal di kaki bukit ini pada tahun 80an dulu lagi.Dulu balik keja berjalan kaki ngan kawan kawan ke stesen bas yang jauhnya lebih kurang 3 kilometer.Turun je bas sampai di rumah terus tukar pakaian dan naik bukit ni pulak fuuhh..bila di kenang kan balikk..badan tengah muda masa tu..apa pun lalu..la ni? Eheh ekau nak telontang cubo laa..he he..

Apa yang aku perhatikan semasa naik dan turun dari bukit ini ialah mereka mereka yang menyahut cabarannya..kebanyakan ialah berbangsa Cina ..melayu cam aku? Heh! Kurang dari lima orang yang aku jumpa setiap kali kami kesana..kemana mereka pada cuti hujung minggu ni?Issh baik le sambung tidur selepas solat subuh..bila lagi nak bangun lambat..tentu itu jawapannya kalo ditanya..

Ini semua berkait dengan kesedaran sebenarnya..orang melayu kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan amat kurang berbanding dengan bangsa asing..dimana mana pun jika kita tinjau pusat penjagaan kesihatan,gym padang padang semua mereka je yang conquer ..tapi tak adil plak kalu nak kata mereka je yang jadi juara orang kita pun apa kurangnya..merempit kita juara apa.. jangan lupa tu..melepak orang kita juga di mana pun lebih lebih lagi di kedai kopi…tapi la ni dah standard sikit ..lepak kat Kopitiam..duduk minum kopi diam diam,idak jugakk.. cerita lain takde.. politik..cakap berdegar degar tapi %$@*7$ tersangkut di gelegar..hoii jauh dah peginya aku nihh.nak ngumpat cari tempat lain laa..ok ok ..

.. teringat pada satu hari saorang jiran bertanya ketika bertembung masa aku sedang berjogging dekat umah

Jiran -“Wan kamu sakit apa?
Aku -“Ah, Knapa plak”
Jiran “Ye la aku nampak kamu selalu je exercise”
Aku - “Ha tu le orang kita dah sakit baru ingat nak exercise,jadi ko pun ingat aku sama gak cam depa ek?
Jiran – Tersengeh2 ngn muka pudar terus belah..
Aku – Amik kau..

Munkin aku dah terdidik sejak dari kecil lagi,bapak aku cukup pantang bila tengok aku melepak aje di rumah pada waktu petang sambil menonton tv,(nak tengok AstroBoy pun dah tua ni baru merasa he he..)disuruhnya aku ke padang main bola ke,takraw atau apa saja,tapi yang aku minat hanya lah berjogging di ladang kelapa sawit dekat ngan berek kami dulu pastu sambung ngan bola tampar plak..berbanding dengan bola sepak yang aku rasa kasar sangat..bila dicuba selalunya bengkak keting lepas berlaga ngan lawan ..main bola ni juga aku rasa cam orang bodoh je terkejar kesana sini berebutkan bola sebji..tapi terpulang le pada minat masing masing aku tak patut kutuk pun.. apa pun kita patut bersenam atau beriadah untuk kesihatan dan ia amat perlu bagi kita..kalo nak sakit gak itu leh dikatakan takdir sebabnya kita dah berusha untuk mengelaknya.. Jadi?Ate mohle menungkah bukit..

P/s: aku dah enam bulan tak ke bukit..keadaan yang tak mengizinkan..hu hu huu...




...Si Ashraff yang tak reti bahasa letih..




..rehat jap lepaskan lelah..si Sarah ni lantaknya pakai slipar je?Ape ke hal?


....dalam terkial kial dengan tongkat akibat stroke..sampai jugak apek ni ke stesen kaji cuaca kat atas nih..aku tegur..apek lu manyak kuat..dia jawab..mana adaa..aku sambung lagi..lu punya hati manyak kuat..sampai ke telinga sengehnya dia..aku respek dengan semangat apek ini..


..lepas hayun nasi lemak..aaa sampah jangan buang merata ekk..









...terapi minda..he hee..