Total Pageviews

Friday, October 2, 2009

..Meriahnya Raya..Ehemm..


...saban tahun setiap kali musim perayaan kita akan dihidangkan dengan berita berita kemalangan maut yang melibatkan bukan sikit namun bertambah dari masa ke semasa...walau apa pun tindakan atau pun kempen yang dilaksanakan namun nampaknya tidak memberi kesan..raya Idul Fitri tahun ini sahaja sepanjang Ops Sikap yang dijalankan sebanyak 261 orang telah terbunuh berbanding tahun lalu sebanyak 208 orang..meriahkan?

...mengikut stastik 20% adalah disebabkan faktor mutu jalaraya,cuaca atau kenderaan..selebihnya sebanyak 80% adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri..hum tak dinafikan yang pemandu dan penunggang di Malaysia ini akan bertukar sikap apa bila berada di jalan raya...mementingkan diri sendiri,memandu laju melebihi had yang ditetapkan dan pelbagai lagi kesalahan termasuklah yang mengatakan kemalangan hanya akan berlaku kepada orang lain tidak pada diri sendiri..justeru akan membuatkan mereka terlebih confident..dan humm who cares!!Itu belum lagi yang di bawah pengaruh dadah atau arak..la ni kita tengok banyak kereta baru menjalar di jalan raya,ye la nama pun baru sedap je la menekan minyaknya..pemandunya pun ramai yang muda muda kerja baru 2 - 3 bulan dah boleh beli kereta..hum orang muda darah muda..tapi barang perlu diingat orang tua pun ada yang gelojoh jugak..

..dalam setahun ada 365 hari dan setiap harinya kita mengadakan kempen dengan poster dan iklan di TV,maka kita sebenarnya hanya membazirkan wang sahaja..jika kesedaran dan keinsafan itu tidak dapat direalisasikan oleh sebilangan dari kita..penguatkuasaan dari pihak berwajib juga jika diperhatikan bermusim dan amat longgar..aku berani cakap kerana sepanjang berbelas tahun aku menunggang motor dan memandu kereta atau van ke utara atau selatan tidak pernah aku bertembung denagn JPJ yang menjalankan operasi..dengan Polis pun setakat 2 ke 3 kali aje..kadang kadang rasa rugi jugak bayar road tax sebab depa tak check pun..ha ha..aku kalo lari laju di highway pun setakat 110km je itu pun pernah gak kena speed trap sebab lari 66km sedangkan di jalan tu (Jln Persekutuan) hanya boleh lari takat 60km je..perghh!!Biarlah kengkawan ada yang berkata aku takut bawak laju..memang aku penakut pun..takut jika jadi apa apa mereka yang di rumah pulak turut merasa kesannya..aku tak nak amik risiko..

..Ops Sikap gagal kata mereka..Ops Sikap tak gagal kata aku,kerana jika kita lihat dari satu sudut jumlah saman atau kompaun beribu ribu dapat dikeluarkan..yang gagal adalah kita..kau,aku,hang,depa,dan mereka dalam menangani sikap itu sendiri..bak kata KPN aritu,hukum mati pun orang kita tak heran punya..ye laa saman boleh bayar,atau kaw tim jee..he hee..opps..sorii..

..sikap kita yang perlu diubah..tak kira lee Melayu,China,India ke sapa pun..anjakan paradigma perlu ada dalam hal ini..ingat sebelum kena..jangan nanti ada yang merana..