Total Pageviews

Thursday, July 9, 2009

Michael Jackson 29th.August 58 - 25th.June 09




...Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti namun yang berganti takan sama dengan yang hilang..walau menangis air mata darah sekali pun ia tak kan sama..itu lah resam dunia..pun begitu kita makhluk ciptaan Allah yang unik dipinjamkan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan untuk sementara selagi hayat dikandung badan...begitulah sehingga ..when your number's up you have to go...


..Dilahirkan pada 29hb.August 1958 sebagai Michael Joseph Jackson anak ketujuh dalam keluarga Jackson.Mula merakam album pada 1968 bersama Jackson 5.Merakam album solo pertama Off The Wall pada tahun 1979,dan pada tahun 1982,Quincy 'Aino Corrida' Jones telah menerbitkan album Thriller yang mana telah diiktiraf sebagai 'World Best Selling Album Of All Time' Album ini juga turut dibantu oleh pemuzik pemuzik terkenal dunia seperti Sir Paul Mc Cartney ( Beatles) Steve Lukether ( TOTO) Eddie Van Halen (Van Halen)


...aku yang kental dengan muzik metal juga tidak terkecuali dari meminati beliau sejak dari awal ketika bersama Jackson 5,lagu l ll Be There benar benar menambat hati aku pada masa itu.Ketika itu siaran hiburan RTM seperti Ready To Roll,Donnie & Marie turut bersaing hebat dengan rancangan Jackson 5 yang semestinya ditunggu tunggu pada setiap hujung minggu...


...Seperti dalam satu artikel yang pernah aku baca mengenai kehidupan beliau semasa kanak kanak yang mana sering dipaksa untuk berlatih menari dan menyanyi berjam jam lamanya oleh bapa beliau..Patut lah nama bapa beliau tidak termasuk dalam senarai wasiat hartanya..Uhuh,silent rage..aah?!


...Mengaku banyak dipengaruhi oleh James Brown dalam tariannya (meniru Moonwalk dari beliau) Michael Jackson telah menukar landskap dunia muzik pop itu sendiri seperti juga Elvis Presley dengan Rock N Roll..namun seperti satu kebetulan,Marylin Monroe,Janis Joplin,Jimi Hendrix,Elvis Presley,Bon Scott,John Bonham,John Lennon,Roy Buchanan,Stevie Ray Vaughn,Kurt Cobain,Dimeg Darrel (sekadar menyebut beberapa nama celibriti) semua mereka mati dalam keadaan tragis..begitu jugalah halnya dengan Michael kematiannya menimbulkan pelbagai spekulasi ..tapi apa yang jelas mereka yang ditinggalkan akan berterusan meraih keuntungan..hatta tisu tandas yang pernah digunakan beliau pun pastinya berharga..Uhumm..


..Sepanjang meniti populariti dan kejayaan demi kejayaan beliau juga tak sunyi dari pelbagai masaalah.Hutang,tuduhan skandal pencabulan dan tuntutan saman dari pelbagai pihak...


...Namun pada 25hb.June 2009 segala galanya berakhir bagi Michael Jackson...Mike, time has come to say good bye...but your song and music still remain the same..thanks for everythings..




...I ll be there...




...Good Bye Fame...


...Good Bye All..