Total Pageviews

Friday, February 20, 2009

Belangsungkawa Ib..

..Aku tau dan kenal dia..tapi dia langsung tak kenal pun akan aku..malam semalam wife aku yang sedang tengok berita TV bagitau..Dato Ibrahim Hussien meninggal..

....Aku yang semenjak dua menjak ni yang memang tak teringin pun membaca akhbar apa tah lagi mengadap berita TV, yang ceritanya lebih banyak yang telah basi, tapi masih dimanupilasi..kalo tengok akhbar pun dari muka depan hingga ke belakang..dan kemudian dengan mencebek aku campak ke tepi jee tak baca pun..bosan! Sori dah lari topik..Jadinya tadi terus mengikuti berita kematian beliau..

..Maka betul lah Dato' Ibrahim Hussien telah meninggal dunia pagi tadi..sebutir lagi bintang yang dipinjamkan telah gugur..dan yang tinggal hanyalah hasil hasil kerja tangan beliau yang banyak termasuklah beberapa master piecenya..

..Yang datang telah pergi dan akan berganti namun yang mengganti tidak akan sama seperti yang telah pergi..kita perlu terima hakikat kehidupan...Inalillahhiwainnailaihirojiun..

Al Fatihah..Selamat Jalan Ib..Kami Sayang Kamu..

Wednesday, February 4, 2009

..Adap Beradap..




Add ImagePada 17hb.Januari yang lepas aku bertugas ke luar daerah di Teluk Intan,bila sampai di sana aku pun terus je mencari pot untuk melepaskan lelah..


Aku singgah di satu gerai menjual ABC di Taman Rose,belum pun sempat masuk saorang apek pemilik gerai tersebut mengucapkan Alhamdulillah kerana kedatangan aku sebagai pelanggan barangkali,setelah duduk aku memesan ABC dan bila dihidangkan aku pun apa lagi hayun je lah..tetiba apek tadi bertanya "awak dah baca Bismillah ke? Aku agak terpempan namun terus aje menjawab"Sudah" Aku amik positif je perkara ini,Alhamdulillah ada jugak orang yang nak mengingatkan aku walaupun sebelum ini kawan rapat yang sebangsa dan seagama pun tak pernah mengingatkan..dalam hati berkata nasib baik apek ni tak tanya awak dah solat zuhur ke? Kalo idak sure padan muka aku..kerana walaupun jam dah menunjukan pukul 2 petang aku masih lagi belum mencari masjid untuk bersolat..pergh!!


Apek ni rupanya saorang yang peramah,dia galak bercerita tentang kesusahan menanggung anaknya yang seramai empat orang sebelum ini hingga mereka berjaya sampai ada yang menjadi arkitek,doctor dan pilot..aku tak amik peduli pun apa yang diceritakan tahkan ye tahkan idak..sebab dengan shahdunya aku lagi syok melayan ABC yang di depan aku ni..syrup syrup.. aahh..solat belum lagi..


Dalam pada itu aku amat tertarik dengan keramahannya dan ini yang payah nak kita jumpa dari peniaga lebih lebih lagi dengan orang kita Melayu yang senyum mereka kadang kadang sama mahalnya dengan harga makanan yang dijual,sedangkan kita semua sedia maklum senyum itu juga adalah satu sedekah..


Sekali lagi bila nak membayar aku agak terkejut kerana harga ABC yang aku makan tadi amat murah bagi aku berbanding dengan harga di tempat tempat lain yang biasa aku singgah..dengan pelbagai rencah yang banyak di dalamnya lagi..dah namanya pun air batu campur..ehek
..agaknya pun apek ni bagi diskaun sebab aku sudi mendengar ceritanya kot..ye sangat le tu..he he..


Ramah,sedap,banyak dan murah leh dengar cerita gak lagi..hahh apa lagi yang aku nakk..apa yang aku tau,jika berkunjung ke daerah ini lagi gerai ABC ni akan menjadi salah satu distinasi untuk aku bersantai sebelum menyambung tugas..Ok apek wa cau ..lain hali wa latang..sambil bergerak mencari mesjid kepala aku penuh dengan dendangan lagu dari Children Of Bodom dari stereo keta..