Total Pageviews

Monday, December 22, 2008

..Alam Menjerit!!

..La ni cuaca asyik tak menentu je..kekadang ujan kekadang panas terik..klu dulu masa aku kecik bulan December adalah musim tengkujuh,dan bulan bulan selepasnya pula musim buah buahan,tapi sekarang tidak lagi buah buah seperti rambutan dan durian boleh kita nikmati sepanjang tahun..musim hujan lebat pun begitu jugak bila bila pun boleh berlaku..

..apa pun ujan sebenarnya adalah rahmat dari yang maha Esa..dengan ujan le pokok2 di hutan dan tanaman dapat hidup subur dan kita jadikan tanaman tadi sebagai sumber makanan untuk membesarkan perut kita hingga..lepas tu datang plak di antara kita yang kasi tebang dan tarah sesetengah pokok dan tempat di mana ianya berada..tak bersyukur langsung..aku rasa ini amat tidak adil bagi kita dan juga untuk generasi yang akan datang..

..dalam kitab pun ada cakap bila mana pasak bumi (gunung ganang/bukit bukau) dimusnahkan akan tibalah kejadian gempa bumi,tanah runtuh dan lain lain bencana alam,lebih kurang camtu le kalu aku tak silap..antara contoh yang boleh kita jadikan iktibar ialah dengan apa yang berlaku pada Bukit Antarabangsa baru baru ini..dah jadi budaya masyarakat kita tak nak belajar dari kesilapan..

..abis apa lagi bila musibah dah berlaku macam macam kenyataan yang keluar dari pelbagai pihak yang penyudahnya menyalahkan bencana alam dari yang maha Esa..walhal sebenarnya segala yang buruk itu datangnya dari perbuatan kita jua dan yang baik itu hanyalah dari Allah..ini isu basi sebenarnya ..tapi setidak tidaknya dengan ruang yang ada ini dapat jugak aku melepaskan apa yang terbuku di hati..apap pun meminjam kata kata si Nabil Raja Lawak..hah! Lu pikir la sendiri..

3 comments:

ubilepih said...

ha..ha..ha betul lu cakap bro..dulu2 masa bebuda wa sempat tengok fenomena minyak masak membeku bila tiba musim sejuk,arwah mak wa cakap minyak tido..dlm tahun awal 80an kat Cameron Highland kalau nak beli minyak masa masih boleh di beli dlm bentuk potongan kiub..la ni kita bole pakai singlet je kat atas nun...

WanBeruas said...

..bukan apa..kesian pada generasi yang terkemudian..boleh dengar cerita jee..kira2 kita beruntung gak sebab pernah dan masih merasa..Alhamdulillah..

benludin said...

manusia oh manusia...mmg tidak serik2 dari membuat kesilapan

jln gua musang-cameron runtuh....adehhh!!! camner gua nak balik kampung